-14♡

13 5 0
                                    

"Taehyung."

Taehyung tersenyum memandang Jimin yang berdiri disebelahnya. Matanya melilau melihat segenap bilik. Cerahnya. Hospital ke?

"Aku, Jungkook, Yuna dan Wendy yang bawa kau ke sini. Nasib baik sempat kalau tak...Fuh!" cerita Jimin.

Taehyung hanya mengangguk kepalanya. Dipegangnya abdomen dia yang sudah berbalut itu. Sakit. Tiba-tiba dia teringat akan Hana. Ya, Hana!

"Chim Hana...?"

Jimin tersenyum mendengar soalan Taehyung. Dia sudah agak Taehyung pasti akan menanyakan tentang Hana pada dia.

"Hana setakat ni okay. Takde sesiapa pun yang kacau dia." balas Jimin sambil menepuk-nepuk bahu Taehyung lembut. Taehyung melepaskan keluhan lega. Syukur.

Tok! Tok!

Mata Taehyung terbuntang. Siapa pula yang masuk ni? Dahlah dia tiada mask.

"Chim mask aku?" soal Taehyung yang sudah gelisah. Jimin pantas menyerahkan mask putih dari hospital kepada Taehyung. Pantas dia memakai mask itu.

"Masuklah." kata Jimin sebaik sahaja Taehyung memakai mask itu pada wajahnya.

Yuna dan Emilia melangkah masuk ke dalam wad yang menempatkan Taehyung. Taehyung agak menyampah. Emilia. Emilia. Emilia. Hmph!

Emilia meletakkan sebuah bekal makanam di atas meja yang bersebelahan dengan katil Taehyung. Terserlah senyuman manis di wajahnya. Gembira melihat Taehyung sudah menyedarkan diri.

"Saya ada buat omelet. Nanti awak makan ya?" kata Emilia sambil memicit-micit lengan Taehyung.

Pantas Taehyung menepis tangan Emilia. Gadis itu sedikit tersentak. Terkebil-kebil matanya memandang Taehyung yang berwajah dingin itu.

"Aku tak minta kau datang sini. Dan aku pernah katakan yang aku tak nak kau dekat dengan aku. Kau tak faham bahasa ke?" soal Taehyung dengan wajah dinginnya.

Emilia menundukkan wajahnya. Dia mengguis-guis hujung bajunya. Asyik nak marah je.

Jimin dan Yuna hanya melihat kelakuan kedua-dua insan itu. Dapat mereka rasakan yang Emilia sebenarnya sudah tersuka pada Taehyung. Tetapi sayangnya hati Taehyung sudah dimiliki oleh orang lain.

"Chim, bila aku boleh keluar?" soal Taehyung. Dia tidak betah duduk lama-lama di dalam wad itu. Dia risaukan keadaan omma dan Taena. Dia pasti mereka berdua risau tentang Taehyung.

"Erm doktor kata petang esok." balas Jimin yang sedang mengunyah kimbap yang dibekalkan oleh Yuna.

Taehyung melepaskan keluhan. Haduh. Kena duduk sini seharian lagi ke. Ergh!

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡
♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

Hana menutup separuh wajahnya menggunakan hoodie extra size nya. Dia turut memakai mask berwarna hitam berserta dengan kaca mata hitam. Tangannya dimasukkan ke dalam poket hoodie. Hana bagaikan sedang menyorok dari seseorang.

"Hana!"

Jerit seseorang yang sedang mengejar Hana. Gadis itu menoleh sekilas ke belakang kemudian dia turut berlari dari kawasan itu.

"Jangan kau cuba nak lari, Min Hana!"

Jerit suara itu lagi. Hana mempercepatkan lagi lariannya. Dia pun tidak tahu ke mana arah tujunya sekarang.

Bbuk!

Hana jatuh tersembam akibat tersadung dengan batu. Lututnya sedikit berdarah dan seluarnya koyak. Hana merengek kesakitan. Sempat matanya melilau melihat sama ada orang itu masih mengejarnya atau tidak.

#1 the truth untold [ C ]Where stories live. Discover now