" You Know That I Can't. Show You Me, Give You Me. Once Again I Put On A Mask So You Won't See How Devastating I Am Underneath. But I Still Want You. "
" Now I'm Torn Apart. Will You Fade? I'm So Afraid. That You Will Leave Me Once More In The Very...
Taehyung membuka langkah menuju ke taman permainan yang berhampiran dengan rumahnya. Memandangkan jarak diantara rumahnya dan taman itu tidaklah jauh mana, Taehyung hanya berjalan kaki ke sana.
Dia duduk di salah satu buaian yang terdapat di situ. Memandangkan hari sudah hampir malam, tiada seorang pun kanak-kanak yang kelihatan di situ. Taehyung mendongak memandang langit yang berwarna jingga kekuningan. Senyuman mula terukir disebalik mask nya itu.
"Aku tau semua ni takdir aku. Aku tak boleh lawan takdir aku. Cukuplah aku dapat tengok kau dari jauh." kata Taehyung sendirian.
Taehyung mengeluarkan kelopak bunga sakura dari poket seluarnya. Dalam perjalannya ke taman sebentar tadi, ada sebuah pokok bunga sakura yang dah layu dan kelopaknya pun sudah gugur. Sebab itu Taehyung ambil kerana bunga itu mengingatkannya pada Hana.
"Ehem."
Taehyung pantas memasukkan semula kelopak bunga itu ke dalam poket seluarnya. Dia mendongak memandang empunya suara. Si Arnab tua Jungkook.
"Hyung buat apa dekat sini?" soal Jungkook lalu duduk di buaian yang bersebelahan dengan Taehyung.
"Saja ambil angin." balas Taehyung acuh tak acuh.
Jungkook diam mendengar jawapan dari Taehyung. Sebenarnya dia teringat akan hari di mana Taehyung kata dia harap dia handsome bagaikan dia. Jungkook dapat rasakan yang Taehyung akan tampak handsome juga tanpa parut itu. Sebab itu Jungkook berbincang dengan samchun nya yang merupakan doktor kulit. Dia ingin membantu Taehyung memperoleh keyakinannya semula.
"Kookie ada something nak cakap dengan hyung ni." kata Jungkook. Perlahan-lahan dia mengangkat wajahnya memandang Taehyung disebelahnya. Taehyung hanya diam menantikan kata-kata seterusnya dari Jungkook.
"Erm.. Kookie punya samchun tu doktor kulit. And Kookie ada soal dia pasal parut dekat muka hyung tu. Dia kata dia ada penawarnya tapi dia nak check dulu kalau-kalau hyung ada apa-apa alahan. So, hyung setuju tak?" soal Jungkook.
Taehyung terdiam mendengar soalan Jungkook. Dia memandang kosong wajah namja disebelahnya. Ditepuk-tepuknya bahu Jungkook. "Hyung dah ditakdirkan macam ni, Kookie." kata Taehyung dengan senyuman disebalik mask.
Jungkook menggeleng laju. "Aniyo! Hyung boleh ubah. Hyung kenalah usaha. Takpe, Kookie akan tolong hyung, hyung setuju ya?" soal Jungkook. Dia berusaha memujuk Taehyung untuk melakukan pemeriksaan. Taehyung tergelak kecil. "Tengoklah." balasnya acuh tak acuh.
Jungkook mengeluh kecil. Susah lah dia ni.
"Hyung lapar ni. Jom makan nak? Hyung belanja, Kookie bayar." ujar Taehyung lalu dia bangkit dari duduknya.
Hana tersenyum puas melihat pakaian yang dipakainya untuk keluar makan malam bersama Jaewon. Hana mengenakan sepasang dress berwarna coklat dan dihiasi dengan reben di bahagian pinggangnya.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
(Bayangkan Hana Pakai Macam Ni)
Hana mengeluarkan telefon pintarnya lalu mengambil beberapa keping gambar dirinya memakai dress itu. Setelah itu, dia menyimpan teledon pintarnya ke dalam sebuah sling bag berwarna putih disertai dengan beg dompentnya.
Tombol pintu dipulas lalu Hana berjalan ke arah pintu utama. Rumah Hana ini hanya rumah setingkat sahaja dan Hana dijaga oleh halmonie nya.
"Amboi, Min Hana. Nak ke mana?" soal satu suara tua dari dapur. Hana tersenyum malu sambil menundukkan kepalanya.
"Hana nak keluar dengan kawan. Halmonie nak makan apa-apa? Boleh Hana belikan."
"Molla. Halmonie kenyang lagi. Hana pergi jelah makan ya, Halmonie tak apa." balas halmonie lalu dia menuju ke bilik tidurnya. Hana menyarungkan sandal pada kakinya lalu dia menunggu ketibaan Jaewon di luar.
"Ehem. Lawa awak malam ni."
Hana terhinjut sedikit akibat terkejut. Dia memandang gerangan manusia di hadapannya. Jaewon. Satu senyuman terukir di wajah tampannya. Senyuman yang mampu membuatkan ramai orang terpukau dengannya.
"Eh mana adalah." balas Hana tersipu-sipu malu. Wajah nya memerah akibat malu dipuji sedemikian. Jaewon tergelak kecil melihat telatah Hana.
"Erm, jomlah kita gerak." ajak Jaewon lalu membuka pintu kereta buat Hana.
S
K
I
P
Hana dan Jaewon tiba di sebuah restoran cina. Mereka mengambil tempat di bahagian yang paling dekat dengan tingkap memandangkan Hana ingin melihat suasana malam. Restoran Cina itu berhadapan dengan taman permainan yang berdekatan dengan sebuah kawasan perumahan.
"Awak nak order apa?" soal Jaewon sambil membelek-belek menu ditangannya. Hana menggosok-gosok tengkuknya. Ini pertama kali Hana menjejakkan kaki di restoran sebegini dan ini juga pertama kali gadis muda itu memakan Chinese Cuisine.
"Molla. Awak order jelah apa-apa." balas Hana. Menu di hadapannya langsung tidak disentuh. Jaewon tersenyum memandang Hana. Comel. "Arrasseo." kata Jaewon lalu menulis sesuatu di sebuah kertas. Butang loceng ditekan lalu seorang pelayan pun tiba di meja mereka. Jaewon menyerahkan kertas tadi kepada pelayan itu.
"Okay, ini saja?" soal pelayan itu meminta kepastian. "Nae." balas Jaewon. Masih dengan senyuman bak bidadarinya.
♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡ ♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡
Taehyung dan Jungkook berjalan beriringan menuju ke sebuah gerai yang dikendalikan oleh seorang imo tua. Gerai itu terkenal kerana kelazatan ramen buatannya. Sedang mereka berjalan, Taehyung menghentikan langkahnya.
Matanya tertancap pada dua orang insan yang amat dikenalinya. Mereka berdua sedang menikmati makanan di sebuah restoran cina. Taehyung memandang sayu. "Hyung, waegeurae?" soal Jungkook. Dia memandang wajah Taehyung lalu dia turut memandang ke arah restoran yang dipandang oleh Taehyung. Taehyung menundukkan kepalanya. Sedih. Cemburu. Geram. Tak puas hati. Semua ada.
"Hyung takde seleralah pula. Hyung balik dulu eh?" kata Taehyung. Dia memusingkan badannya lalu dia berpatah balik ke jalan tadi. Sakit hati melihat orang yang dia sayang bersama dengan orang lain.
Jungkook hanya memandang sepi bayang-bayang Taehyung. Setelah itu, dia sendiri menuju ke gerai itu untuk mengisi perutnya yang lapar.
Taehyung berjalan dengan tangan yang dimasukkan ke dalam poket seluar. Dia terhenti lalu dia mendongak memandang langit yang kian malap. Air matanya mula bergenang di tubir mata.
"Kalaulah kau ada dekat sebelah aku sekarang. Kalaulah aku boleh ajak kau keluar makan sebagaimana Jaewon ajak. Kalaulah aku ditakdirkan bersama dengan kau, aku sumpah akulah manusia paling bahagia dekat dunia ni." rintih Taehyung sebelum air matanya kian membasahi pipi mulus itu.
Ya, dua orang insan yang dia nampak tadi ialah Min Hana dan Jung Jaewon.