-19♡

13 5 0
                                    

Tombol pintu dipulas lalu pintu bilik perlahan-lahan terbuka. Taehyung mengambil nafas sedalam mungkin dan dihembus keluar sebelum dia melangkah masuk ke dalam wad yang menempatkan Min Hana.

Hari ini dia memakai semula mask pada wajahnya. Dia tidak mahu Hana takut atau gelisah melihat wajah hodohnya.

Sebaik sahaja dia masuk, kelihatan Hana sedang duduk bersila dia atas katil dengan sebuah senyuman manis. Jantung Taehyung mula berdegup laju. "Sinilah." pelawa Hana sambil melambai-lambaikan tangannya ke arah Taehyung.

Perlahan-lahan Taehyung cuba menghampiri Hana dengan hati yang resah. Hana pula masih tidak lekang dengan senyuman di bibirnya.

"Terima kasih sebab datang lawat aku." ucap Hana.

Taehyung masih lagi mendiamkan diri. Memang dari dulu dia malu nak bersuara dihadapan Hana.

"Kenapa kau tak jujur je dengan aku yang kau suka aku?"

Taehyung tersentak. Peluh mula keluar membasahi dahinya. Nervous. Hana tersenyum melihat karenah Taehyung. Perlahan-lahan dia cuba turun dari katil dan menuju ke arah Taehyung yang sedang menundukkan wajahnya.

Hana memegang kedua-dua belah pipi milik Taehyung membuatkan namja itu sekali lagi tergamam. Jantungnya berdegup semakin laju. Tidak pernah tangan mulus itu memegang wajahnya. Wajahnya yang hodoh.

"Terima kasih sebab protect aku selama ni. Terima kasih sebab sanggup cederakan diri kau demi aku. Aku tahu, kau yang selalu belasah Ilhoon bila Ilhoon kacau aku. Dan aku tahu kau juga yang selamatkan aku dari kebakaran kelmarin."
Taehyung masih diam membisu. Nak sahaja dia menjawab sama-sama tetapi entah mengapa mulutnya bagaikan di gam. Hana perlahan-lahan cuba membuka mask di wajah Taehyung. Cepat-cepat Taehyung memegang tangan Hana dan memberhentikan perlakuannya.

"Jangan." kata Taehyung sambil menggelengkan kepalanya. Hana tersenyum.

"It's okay. Jangan takut." kata Hana.

Taehyung menelan air liurnya. Perlahan-lahan dia melepaskan tangannya dari Hana. Dia membiarkan Hana membuka mask nya. Hana tersenyum tatkala mask sudah ditanggalkan.

Taehyung lantas menundukkan wajahnya tatkala mask sudah ditanggalkan. Hana meletakkan mask itu di atas sebuah meja. Dipandangnya wajah Taehyung yang tertunduk memandang lantai itu.

"Hey, pandanglah saya." kata Hana.

Taehyung masih tidak berganjak. Dia malu dengan wajahnya berparut sekarang. Hana mengeluh kecil. Dia memegang kedua-dua belah pipi Taehyung lalu diangkatnya wajah Taehyung menghadap dia.

"Awak tak perlu takut dengan parut dekat muka awak tu. Awak dah cukup kacak dekat mata saya." kata Hana cuba memberi semangat pada Taehyung.

Taehyung tersenyum sebaris mendengar pujian dari Hana. Hana mengeluarkan sesuatu dari poket bajunya. Pendrive.

"Ambil ni." kata Hana lalu menghulurkan pendrive berbentuk panda itu kepada Taehyung.

"Mwonde?" soal Taehyung sambil membelek-belek pendrive comel itu. Hana tidak menjawab dan terus duduk semula di atas katilnya. Dia tersenyum memandang Taehyung. Itu merupakan kali pertama mereka sebegitu rapat.

"Awak buka bila awak sampai rumah nanti. Hope awak sukalah." kata Hana lalu dia menyelimutkan tubuhnya.

Taehyung yang perasan Hana seakan-akan kesejukkan itu lantas mengurangkan suhu penghawa dingin. Hana tersenyum melihat tindakan Taehyung.

Masih tidak berubah. Masih cuba menjaga dirinya. Buat pertama kalinya, Hana rasa dirinya dilayan bagaikan seorang puteri. Buat pertama kalinya, Hana dapat rasakan dirinya disayangi dan dilindungi oleh seseorang memandangkan Hana merupakan anak yatim piatu sejak lahir.

"Awak, terima kasih sebab tolong jaga saya even tu semua bukan tanggungjawab awak pun." ucap Hana dengan senyuman. 
Taehyung tersenyum lalu dia menghampiri Hana. Dia duduk disebuah kerusi yang terletak bersebelahan dengan katil Hana. Ditenungnya anak mata berwarna hazel itu.

"Awak tau tak.. Saya tak pernah terfikir pun yang saya akan duduk serapat ni dengan awak. Saya tak pernah terfikir pun dapat bercakap dengan awak macam sekarang. Sebab saya selalu sembunyikan diri saya dari awak. Saya takut awak tak faham.. Tak faham betapa jahat nya saya." luah Taehyung dengan wajah yang sayu.

Hana menggeleng perlahan. Digenggam erat jari jemari mulus milik Taehyung. "Jaewon dah cerita semuanya. Saya faham dengan lumrah hidup awak. Saya faham semua tu." balas Hana.

Taehyung tersenyum bahagia. Tidak sangka. Gadis yang selama ini dia minat dalam diam, berada di depan matanya sahaja. Senyuman manis itu dia hanya dapat lihat dari jauh sahaja tetapi sekarang senyuman itu berada betul-betul dihadapannya. Lirikan mata yang menawan itu berada betul-betul dihadapannya.

Sungguh dia bahagia sekarang. Tidak pernah dia merasa sebegini gembira dalam hidup nya.

"Awak, dah lepas waktu lawatan ni. Awak baliklah dulu." kata Hana sambil mengerling ke arah jam di dinding. Taehyung mengangguk perlahan lalu mengambil mask nya untuk dipakai.

"Andwae. Jangan pakai. Awak kena yakin dengan diri awak. Jangan sorok." halang Hana. Taehung tersenyum dan menganggukkan kepalanya. Mask itu disimpannya semula ke dalam poket hoodienya.

"Esok saya ambil awak balik." kata Taehyung. Hana mengangguk perlahan sambil membuat thumbs up pada Taehyung.

Tombol dipulas lalu Taehyung pum berlalu keluar dari kawasan itu.

"Huwa! Bahagianya!"

To Be Continued❤

#1 the truth untold [ C ]Where stories live. Discover now