Langkahnya diatur lemah menuju ke kelas. Taehyung memperbetulkan beg sekolah tatkala ia terlucut sedikit dari bahunya. Jam dikerling pada pergelangan tangannya. Dah lambat sebenarnya tapi still takde semangat nak masuk kelas.
Setibanya dihadapan pintu kelas, Taehyung terkaku sebentar. Dia memandang kosong pintu itu. Fikirannya melayang entah ke mana.
"Psst!"
Taehyung memandang ke arah kanannya. Kelihatan seorang yeoja tersenyum ke arahnya. Yeoja itu memegang buku-buku teks nya dan turut membawa beg sandang berwarna hitam. Taehyung menjeling yeoja itu. Tak kenal.
"Weh hak alah kerek sial kau."
Kata yeoja itu lalu menumbuk perlahan bahu Taehyung. Sekali lagi Taehyung menjeling yeoja itu. "Kau dah pahal. Aku tak kenal kau pun.' desis hati Taehyung.
"K fine. Palau palau!"
Yeoja itu mencebikkan bibirnya. Taehyung langsung tidak memandang wajah cemberut disebelahnya itu. Keluhan dilepaskan lalu Taehyung membuka pintu kelasnya. Kelihatan semua pelajar sedang memandang ke arahnya termasuklah Mr Song.
"Kim Taehyung! Kenapa lambat?!" soal Mr Song dengan nada yang tinggi.
Taehyung hanya mendiamkan diri. Malas nak jawab.
"Jawablah gila."
Bisik yeoja disebelahnya. Taehyung menjegilkan matanya ke arah yeoja itu sehingga yeoja itu sedikit terhinjut ke belakang. Ok takut ok.
"Haih.. Pergi jelah duduk tempat awak, Taehyung." keluh Mr Song tatkala perasan wajah dingin Taehyung. Taehyung mengangguk lalu menuju ke tempat duduknya disebelah Jimin. Jimin tersenyum lebar melihat kedatangan sahabat karibnya itu.
"Ha awak ni siapa pula?" soal Mr Song pada yeoja yang sedari tadi mengacau Taehyung itu. Yeoja itu tersenyum sambil tertunduk 90 darjah.
"Hy nama saya Emilia Christopher. Saya pelajar pertukaran sekolah dari Melbourne, Australia." ucap yeoja yang bernama Emilia itu.
Pelajar-pelajar yang lain mula berbisik-bisik tatkala mendengar Emilia memperkenalkan dirinya. Jimin dan Taehyung pula masih tertumpu pada buku latihan masing-masing. Malas mahu ambil tahu.
"Eo, sejak bila ada pelajar pertukaran sekolah?" soal Mr Song sambil menggarukan kepalanya. Emilia tergelak kecil sambil menjengketkan bahunya. Entahlah dia pun datang sini kerana dipaksa. Lagipun sebulan sahaja dia di sini.
"Erm gwaenchana. Awak boleh duduk sebelah Wen Xiao tu." balas Mr Song lalu menunjukkan ke arah Wen Xiao yang duduk di barisan belakang Hana. Wen Xiao mengangkat tangannya ke arah Emilia.
"Oh thanks."
Emilia tersenyum menuju ke arah Wen Xiao. "Yeay! Dapat pun deskmate baru." sorak Wen Xiao kegirangan. Emilia tergelak kecil melihat telatah Wen Xiao yang mencuit hatinya.
(Emilia Christopher)
Emilia menoleh ke bahagian belakangnya. Dia ternampak Taehyung sedang menulis sesuatu di buku notanya, namja yang memalau dia tadi.
"Kau tengok siapa?" soal Wen Xiao yang turut pandang ke belakang.
"Tu mamat tu. Apa nama dia? Tadi aku panggil dia kat luar kelas sebab nak minta tolong, tapi dia palau aku."
Wen Xiao memandang ke arah yang ditunjukkan oleh Emilia. Kepalanya diangguk-anggukkan.
"Tu Kim Taehyung. Dia memang tak banyak cakap dekat sekolah ni." balas Wen Xiao lalu kembali fokus pada kerjanya. Emilia mengangguk sambil membuat mulut berbentuk 'o'.
Di kepalanya masih tertanya-tanya. Kenapa dia pakai mask?
♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡
♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡Kring!!
Akhirnya loceng keramat berbunyi menandakan sudah tiba waktu rehat. Taehyung pantas mengemas buku latihannya kerana perutnya sudah berbunyi lapar. Jimin disebelahnya turut melakukan perkara yang sama.
"Taehyung."
Jantung Taehyung seakan-akan terhenti tatkala mendengar namanya dipanggil oleh orang itu. Ya, namanya dipanggil oleh Min Hana. Perlahan-lahan Taehyung mengangkatkan kepalanya memandang Hana yang sudah tersenyum dihadapannya.
"Nah, ni loket awak. Hari tu masa awak kena denda dekat padang, loket tu terjatuh dari poket seluar awak." kata Hana lalu menyerahkan sebuah loket kepada Taehyung.
Taehyung masih kaku. Dia tidak mahu tangannya bersentuhan dengan tangan Hana. Hana mengeluh kecil lalu meletakkan loket itu di atas meja Taehyung sebelum dia berlalu pergi. Sebaik sahaja Hana keluar dari kelas, Taehyung mengambil loket itu lalu disimpan ke dalam poket blazernya.
"Yah! Asal kau diam je bila Hana bagi loket tu tadi?" soal Jimin sambil menaikkan keningnya. Taehyung memandang Jimin lalu mengjengketkan bahunya. Jimin menjulingkan matanya ke atas lalu menuju ke kantin bersama-sama Yuna.
Kantin Sekolah♡
Taehyung memesan semangkuk mi udon lalu dia mengambil tempat di sudut yang paling kurang manusia. Dia duduk di situ bersendirian memandangkan dia tidak suka makan secara berkumpulan.
"Hy!"
Taehyung mengangkat wajahnya. Matanya dijulingkan ke atas. Emilia. Lagi.
"Aku duduk sini eh?"
Soal Emilia lalu terus dia duduk dihadapan Taehyung. Taehyung mempercepatkan ķunyahannya kerana tidak mahu berlama-lamaan di situ. Si Emilia tu, orang tak cakap pun boleh tapi duduk juga. Degil.
"Asal kau makan laju sangat ni? Kau nak lawan makan dengan aku ke?" soal Emilia lalu dikunyahnya roti coklat itu dengan lebih laju.
PPANG!
Taehyung menghentakkan meja makan itu membuatkan Emilia sedikit teesentak. Dipandang tajam anak mata hazel milik Emilia. Emilia menelan air liurnya yang terasa bagaikan batu kerikil melalui kerongkongnya.
"Aku tak suka orang macam kau dekat dengan aku. Faham?" soal Taehyung perlahan lalu dia terus beredar dari situ meninggalkan Emilia yang masih terpinga-pinga.
Taehyung mengelap mulutnya lalu kembali memakai mask. Dia pantas menuju ke vending machine yang menjual air gas itu. Tiba-tiba mengidam air Pepsi pula.
"Taehyung."
Taehyung mengeluh kecil. Apa lagi si Emilia ni nak?
"Aku minta maaflah."
Taehyung sedikit tersentak mendengar suara sayu Emilia. Tetapi dia langsung tidak memandang wajah Emilia. Emlia mengguis-guis hujung bajunya dengan kepala yang tertunduk ke bawah.
Taehyung mengambil air Pepsi nya lalu beredar dari situ meninggalkan Emilia sendirian.
"Serabut betul Emilia ni.' desis hati Taehyung lalu diteguknya air Pepsi itu.
To Be Continued❤
YOU ARE READING
#1 the truth untold [ C ]
Hayran Kurgu" You Know That I Can't. Show You Me, Give You Me. Once Again I Put On A Mask So You Won't See How Devastating I Am Underneath. But I Still Want You. " " Now I'm Torn Apart. Will You Fade? I'm So Afraid. That You Will Leave Me Once More In The Very...