-15♡

13 5 0
                                    

Taehyung terduduk di atas sofa yang terletak di ruang tamunya. Sudah dua hari dia pulang dari hospital. Dan sudah dua hari juga dia tidak bersua muka dengan Hana kerana cuti.

Hari Ahad.

Hari yang paling membosankan.

Esok dah sekolah.

Tv pun tak ada cerita yang best best.

Taehyung menutup televisyen nya tatkala tidak menjumpa siaran kegemarannya. Badan dibaringkan di atas sofa. Fikirannya mula melayang jauh.

Teringat pula di mana hari pertama dia berjumpa Hana sewaktu berumur sepuluh tahun. Sejak dari itu, memang dia sudah jatuh cinta pada Hana.

FLASHBACK

23 July 2010

Taehyung termenung sendirian. Walaupun dirinya berada di taman sekarang, fikirannya entah melayang ke mana. Puan Kim yang melihat Taehyung hanya mendiamkan diri itu, lantas menghampirinya.

"Tae, tak nak main dengan adik ke?" soal Puan Kim sambil mengusap lembut kepala Taehyung. Taehyung mendongak memandang wajah omma nya. Berseri-seri. Sebenarnya, jauh di sudut hatinya, dia rindukan appa nya.

"Tae malas." balas Taehyung dengan cebikkan. Puan Kim tergelak kecil lalu melabuhkan punggung disebelah Taehyung. Sekali lagi rambutnya diusap lembut.

"Tae kenapa? Rindu appa ke?" soal Puan Kim. Dia bagaikan dapat mengagak mengapa Taehyung mendiamkan diri. Taehyung mengeluh kecil dan menganggukkan kepalanya. Siapa je tak rindu?

"Jangan risau, sayang. Appa selalu jaga Tae dekat atas tu. Tae kena doakan appa baik-baik saja setiap hari ya." nasihat Puan Kim.
Taehyung mengangguk tanda faham. Puan Kim bangkit dari duduknya lalu menuju ke arah Taena yang sedang bermain kotak pasir.

Tiba-tiba sekumpulan kanak-kanak lelaki yang sebaya dengan Taehyung, datang menghampiri namja itu sambil bercekak pinggang. Taehyung hanya diam membisu tanpa mengetahui apa yang sedang berlaku.

"Eeee! Dah lah muka hodoh! Lepastu takde appa. Hahahahahh padan muka! Appa kau mesti tinggalkan kau sebab kau hodoh sangat." ejek seorang kanak-kanak lelaki di situ. Rakannya yang lain turut menggelakkan Taehyung.

Taehyung menundukkan kepalanya. Sedih. Sedih kerana dirinya dipandang rendah hanya kerana parut pada wajahnya itu. Taehyung pantas menekup wajahnya menggunakan kedua-dua belah tangan kecilnya.

"Lahh.. Kenapa tutup muka pula? Baru sedar muka tu hodoh ke? Ahhahahahaha."

Lagi sekali kanak-kanak lelaki itu mengejek Taehyung. Taehyung masih lagi diam membisu walaupun hatinya meronta-ronta mahu menangis.

"Yah! Tak baiklah korang cakap macam tu dekat dia. Kesian dia dah tak ada appa. Korang apa tau perasaan takde appa tu macam mana? Yelah, sebab korang semua kan ada omma dan appa yang kaya raya. Lainlah macam aku dengan dia, kitorang dah tak ada orang yang disayangi depan mata. So, kalau korang taknak aku report dekat omma korang, baik korang jangan kacau dia dah! Arachi?" bebel seorang gadis kecil.

Kanak-kanak lelaki itu mula beredar meninggalkan dia dan Taehyung. Takutlah tu dah kena ugut.

Gadis itu menoleh memandang Taehyung. Ditepuknya perlahan bahu Taehyung.

"Awak, janganlah takut. Mereka dah pergi." kata gadis itu.

Taehyung perlahan-lahan mengangkat wajahnya. Dia memandang gadis di hadapannya itu. Jantung nya mula berdegup kencang. Gadis kecil itu tersenyum ke arahnya.

#1 the truth untold [ C ]Where stories live. Discover now