-13♡

13 4 0
                                    

Emilia memandang siling biliknya. Air milo panas ditiup sebelum dihirupnya. Sekali lagi dia mendongak memandang siling.

"Kenapa dia pakai topeng?" soal Emilia sendirian.

Mug berbentuk Koala diletakkan di atas meja. Tangannya mula menggapai sekeping kertas kajang dan sebatang pensel. Diasahnya pensel itu sebelum ia menari-nari di atas permukaan kertas kajang.

"Hahahahaha! Canti juga aku lukis." kata Emilia memuji dirinya sendiri.

Emilia tersenyum puas melihat hasil karyanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Emilia tersenyum puas melihat hasil karyanya.

Tok! Tok!

Pantas Emilia menyorokkan kertas itu ke dalam laci mejanya sebelum dia bergerak membuka pintu biliknya. Tombol pintu dipulas. Kelihatan Erinia sedang berdiri dihadapan pintu sambil memakan chips di tangannya.

"Apa?" soal Emilia dengan wajah bosan. Masuk bilik orang memalam. Cepuk kang.

"Aku bosan." jawab Erinia acuh tak acuh.

Terus dia masuk lalu duduk di atas katil empuk milik Emilia. Emilia menjulingkan matanya ke atas dan mengeluh kecil. Pintu ditutup lalu dia berjalan semula ke arah  meja belajarnya.

"Kau buat apa tadi?" soal Erinia. Mulutnya tidak henti dari mengunyah chips.

"Lukis."

"Lukis apa?"

"Ada ah."

"Nak tengok!"

"No!"

"Aku nak tengok!"

"Nooooo!!!"

"K fine. Kalau kau ada pape masalah. Aku tak nak tolong. Balik sekolah, jalan kaki eh."

"Hak alah main ugut-ugut lak. Nampak muka aku? Ada nampak macam aku kisah? Heh!"

Erinia mendengus geram. Kurang asam punya adik. Dia menggeledah laci meja milik Emilia.

"Woo Woo apa ni!?" Emilia sedaya upaya menghalang Erinia tetapi Erinia mempunyai kekuatan fizikal yang lebih kuat berbanding dengan Emilia.

"Ha! Gambar siapa ni?"

Erinia menayang-nayangkan gambar Taehyung yang di lukis oleh Emilia sebentar tadi. Emilia memeluk tubuhnya dan mencebik. Merajuk ah merajuk!

"Asal kau lukis dia pakai topeng?" soal Erinia. Nak juga dia tengok muka namja tu. Handsome ke tak.

"Dah dia pergi sekolah pakai topeng. Aku syak dia suka topeng." balas Emilia lalu membaringkan badannya di atas katil. Ngantuk pula tiba-tiba. Erinia tersenyum sinis secara tiba-tiba. Perlahan-lahan dia menghampiri Emilia.

"Kau suka dia kan?" soal Erinia sambil menaikkan keningnya. Telinga Emilia mula memerah kerana malu. Laju saja dia menggeleng kepalanya.

"Kau memandai je. Eh, pergilah keluar! Aku nak tidur pun sibuklah." ujar Emilia lalu dia menolak badan Erinia itu keluar dari biliknya.

#1 the truth untold [ C ]Where stories live. Discover now