-12♡

16 5 0
                                    

Kim Taehyung. Min Hana. Wang Wen Xiao. Park Bo Gum.

Taehyung memandang kosong nama yang sudah tertulis di papan putih itu. Nama-nama itu disenaraikan oleh Mrs Chin, Guru Geografi mereka. Mrs Chin telah bahagikan mereka kepada beberapa kumpulan untul melaksanakan projel bangunan hijau. Tidak sangka pula Taehyung dan Hana sekumpulan.

Keluhan dilepaskan. Lagi dia mahu larikan diri dari Hana, lagi dekat pula mereka.

"Taehyung-ah!"

Taehyung memaling ke belakangnya.

Jung Jaewon.

Dia memandang semula ke arah papan putih. Entahlah. Rasa sakit hati pula mengenangkan hari dimana dia ternampak Jaewon dan Hana 'dating' sama-sama.

Jaewon memandang ke arah papan putih. Dia cuba memcari namanya.

Park Jimin. Choi Yun Ah. Jung Jaewon. Jung Wendy.

Jaewon memandang Taehyung disebelahnya. Dia dapat mengagak kenapa Taehyung asyik termenung sahaja. Ditepuknya bahu Taehyung dengan sengihan.

"Peluang ada depan mata. Apa lagi yang kau nak?" soal Jaewon sambil menunjukkan ke arah nama Min Hana di papan putih. Taehyung mengeluh kecil. Pandangan dialihkan ke arah Jaewon.

"Aku tau kau pun suka Hana kan?"

Soalan dari Taehyung mengundang ketawa dari Jaewon. Kepalanya digeleng-gelengkan. Taehyung memandang dengan wajah blur. Dah kenapa tiba-tiba gelak?

"Aku tak pernah pun suka Hana. Aku suka orang lainlah. Tapi aku nak jaga Hana dari hyung aku je." balas Jaewon lalu menuju ke arah tingkap. Tangan dimasukkan ke dalam poket lalu dia menarik nafasnya dan dihembus.

Taehyung tersentak seketika. Lupa pula dia tentang Ilhoon. Dah mati ke belum namja itu?

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡
♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

Taehyung menuju ke arah lokernya sebaik sahaja dia selesai mengemas beg sekolah. Kunci loker dibuka lalu dia menyusun buku-buku teks di dalamnya. Tutup sahaja pintu loker, terpampang jelas wajah Emilia di sebelahnya.

Taehyung terhinjut sedikit ke belakang. Terkejut bhaii.

"Hy. Nak balik dah ke?" soal Emilia dengan sengihan bak kanak-kanak.

Taehyung menjulingkan matanya ke atas sambil mengeluh. Apalah nasib hari ni asyik kena kacau dengan minah ni aje?

Taehyung tidak menjawab soalan Emilia dan terus menuju ke arah motornya. Kelihatan Taena sudah pun menunggunya di sana.

"Kenapa oppa lambat?" soal Taena dengan cebikkan.

"Ada hantu kak limah kacau terberanak tengah jalan tadi." balas Taehyung acuh tak acuh lalu terus menyerahkan helmet kepada Taena sebelum dia menghidupkan enjin motornya.

Emilia melihat dari jauh. Dia mengeluh kecil. Entah mengapa dia teringin sangat nak berkawan dengan Taehyung. Kedinginan namja itu membuatkan Emilia tertarik padanya. Tetapi.. Siapa yeoja yang naik motor bersama dia tadi? Yeochin dia ke?

"Emilia?"

Emilia tersedar dari lamunannya. Dia memandang ke belah kirinya. Seorang gadis tersenyum manis ke arahnya. Emilia membalas senyuman gadis itu.

"Saya Min Hana. Selamat berkenalan." ucap Hana sambil menghulurkan tangannya kepada Emilia untuk bersalaman. Emilia menyambut salaman dari Hana dengan senyuman.

"Awak tak balik lagi ke?" soal Hana sambil melihat sekelilingnya. Manalah tahu kalau-kalau Emilia tengah tunggu seseorang di situ.

"Ahhh.. Saya tengah tunggu unnie saya ambil." balas Emilia dengan senyuman.

"Ohh.. Kalau macam tu, saya balik dulu ya? Annyeong!"

Hana melambaikan tangannya pada Emilia lalu terus berjalan pulang ke rumah dengan payung ditangannya. Emilia membalas lambaian Hana.

"Cantiknya dia. Mesti ramai fans. Bukan macam aku. Tomboy, annoying, hodoh. Takde siapa suka." bebel Emilia sendirian sambil mengguis-guis tanah menggunakan kakinya.

Pin! Pin!

Emilia mengangkat wajahnya tatkala seseorang membunyikan hon kereta. Mukanya mulai masam. Erinia Christopher, unnie kepada Emilia sudah pun sampai.

"Lambat!" kata Emilia sebaik sahaja badannya melolos masuk ke dalam kereta. Erinia mencuit peha Emilia membuatkan gadis itu mengaduh kesakitan.

"Lambat lima minit pun muka dah masam mencuka. Cuba kalau aku ambil kau lambat sejam? Mahu nya macam katak muka kau nanti." ejek Erinia lalu terus memandu keretanya meluncur keluar dari kawasan sekolah.

"Lambat tetap lambat." kata Emilia sambil menyilangkan tangannya. Ha merajuk ni meraju!

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡
♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

Taehyung memberhentikan lariannya. Dia tercungap-cungap mencari oksigen. Mask pada wajahnya dibuka sebentar sebelum dipakai semula. Dia memandang segenap lorong. Sebenarnya dia kena kejar dengan anjing tadi. Sebab tulah dia lari bagaikan tak cukup tanah.

"Fuh! Penat woh lari tadi." katanya sambil menyeka peluh yang mulai membasahi dahinya.

"Cantiknya bunga tu! Kau tau tak tu bunga apa?"

Taehyung memandang ke arah suara seorang kanak-kanak perempuan. Senyuman mula terukir disebalik mask. Terdapat seorang kanak-kanak perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki sedang mengusya sebuah kedai bunga dihadapan mereka.

Perlahan-lahan Taehyung menghampiri kedua-dua kanak-kanak itu.

"Molla. Kau tau ke bunga apa?"

Taehyung memandang ke arah bunga yang dimaksudkan kanak-kanak itu. Dia tergamam sebentar. Bunga sakura.

"Aku pun tak tahu. Hmm, jomla beli aiskrim!"

Kedua-dua kanak-kanak itu berlalu meninggalkan Taehyung yang masih lagi sedang menatap bunga sakura itu. Dia melihat tanda harga pada pasu pokok bunga sakura itu.

Dikeluarkan dompetnya bagi melihat sama ada wang nya mencukupi atau tidak. Cukup!

Kling!

Loceng kedai itu berbunyi menandakan ada orang masuk. Taehyung yang masuk.

"Jeogiyo, saya nak beli bunga sakura tu boleh?" soal Taehyung pada seorang pekerja di situ.

Pekerja itu memandang ke arah bunga sakura yang dikatakan oleh Taehyung sebentar tadi. "Ahh nae boleh boleh. Sekejap ya, saya ambilkan."

Pekerja tersebut lantas menuju ke arah bunga itu. Diambilnya lalu disimpan ke dalam sebuah plastik lutsinar.

Setelah membuat pembayaran, Taehyung lantas berjalan pulang ke rumahnya. Dia berhasrat untuk menanam pokok bunga itu di halaman rumahnya. Bolehlah dia tengok 'Hana' setiap hari.

"Dapat tanam bunga yang melambangkan kau pun dah cukup buat aku happy."

To Be Continued❤

#1 the truth untold [ C ]Where stories live. Discover now