part 3

23 0 0
                                    

Setelah handbrake ditarik dia menaikkan cermin tingkap. Nampaknya cuaca pagi ni redup aje. Mungkin nak hujan.☔💧

Cari nahaslah kalau dibiarkan cermin ni terbuka. Tadi dia hanya menggunakan aircond segar daripada Allah swt. Bukan apa nak on aircond karang minyak kereta pun tinggal dua bar lagi. Duit dia dah hampir kering. Seminggu lagi baru dia dapat gaji. Dalam pursenya hanya tinggal rm54. Macam mana nak hidup seminggu lagi ni oi.. Elina membetulkan tudung bawalnya sebelum melangkah keluar.

Aik.. Baru dia perasan kereta encik Rizal di bawah garaj. Encik Rizal tak kerja ke hari ni? Elina mengerling ke arah jam tangannya. Sudah pukul 10 am.😯🕙 Hari ni hari selasa. Em. Kenapa encik Rizal masih ada dekat rumah?. Dahinya berkerut.

Salam diberi. Ternyata pintu juga tidak berkunci.

Elina meletakkan beg tangannya di atas meja. Dia mencari kelibat tuan rumah si encik tebuan itu. Tv terpasang. Dia mengambil remote untuk meng'off'kannya. Tiba tiba dia terkejut kerana disergah. Terduduk dia dibuatnya. Encik Rizal pula menahan gelak.😂😂

Entah kenapa lucu betul cara Elina terduduk di atas lantai. Sampai melatah. 'oi mak kau terkejut. Jatuh kebabom. Bom bom eh bombom kau! '😩😳

Sebelum dia terjatuh tangannya berpaut pada sofa namun terlepas apalagi dah macam nangka buruk dia terjatuh.

Amboi bukan main dia ketawakan aku. Getus Elina. Merah padam mukanya.

"Apa ni encik Rizal main sergah sergah macam tu.. Kalau Elina kena sakit jantung tadi macam mana? Ni nasib baik jatuh aje. Kalau pengsan?. Encik juga yang susah. "
Elina bangun dan membetulkan bajunya.

"yang kau main capai remote terus offkan tv tu kenapa? Kau tak nampak aku ada dekat sini? " encik Rizal menyoalnya sambil on tv semula.

siap dengan comforter bagai ni kenapa pula encik Rizal ni?suara pun serak basah. Dia demam ke?

"Elina tak perasan pula encik ada dekat sini. Elina nak off tv kalau tak ada orang. Membazir. Encik kenapa tak pergi kerja? Encik tak sihat ke guna comforter tebal tebal sampai sini. Kenapa tak tidur dekat bilik? "

Panjang lebar dia menyoal encik Rizal.

"kau ni memang selalu banyak tanya kan.. Biarlah aku nak tidur dekat mana pun ini rumah aku. "

Tiba tiba dia bersin berkali kali. Tisu digapai dan disapu hingusnya yang keluar sama ketika bersin itu. Dia menenyeh dan menunjukkan wajahnya yang tidak semenggah tu. Merah hidungnya kerana selsema. Baru dia tahu majikannya itu demam selsema.
😪
"encik Rizal demam ni. Nak pergi klinik? Elina bawa encik gi klinik? "

"tak payah! Bukan teruk pun. Aku dah makan ubat. Dah kau pergi buat kerja. "

"betul ke? Encik dah makan belum ni? "
Encik Rizal hanya diam. Dia masih menonton televisyen tanpa menoleh ke arahnya.

Elina malas nak bertanya lagi dia terus ke dapur. Lalu dia merebus dua biji telur. Dua keping roti diambil dan disapu jem kegemaran encik Rizal. Macam mana dia tahu 'jem kaya aunty rose' ni kegemaran encik Rizal?. 🍞🍯☕

Haa dia tahu sebab dari hari pertama dia kerja hanya jem ni yang ada di atas meja makan. Jadi dia tahu encik tebuan tu suka jem ni. Dia membuat teh o dan menghidangkan di atas meja kecil di tengah tengah sofa yang encik Rizal baring. Dia lantas melakukan kerjanya.

Batang mop dipegang, lalu dia mula melakukan tugas mengemop lantai dapur dan ruang tamu itu. Tadi dia sudah membeli ayam di pasar. Setiap hari dia akan mula bertugas pada pukul 10 am. Sharp okey. Kalau tak memang nahas. Dekat rumah ni ada punch card tau?🔍📌📌 Huhu. Setiap seminit dia lewat, rm5 akan dipotong dari gaji Elina. Sejak tiga minggu bekerja Elisa sudah lewat sebanyak 10 minit. Jadi dia sudah kehilangan rm50. Woo sampai hati encik Rizal. 😤😩

👠 | EPISOD RINDU ELINA | By : missPuteri | in The Making.... now |Where stories live. Discover now