part 12

0 0 0
                                    

"Zal.. Mari sini kejap mak lang nak cakap sikit. "

Encik Rizal menghampiri mak saudaranya itu..

"Kenapa bawa balik sekali anak dan baby sitter kamu tu?.. Kalau orang kampung bertanya nanti apa mak lang nak jawab? Kamu kan nak rahsiakan perkahwinan kamu dan Mawar? "

"jawab anak saudara Rizal lah, mak lang.  Anak kak Shida. "

"nak jawab anak kak Shida?? Apa kamu merepek ni Rizal?.  Semua orang kampung kenal kak Shida kamu tu..  Kak Shida selalu balik sini. Dia mana ada anak. Lagipun dia kan dah bercerai tahun lepas kamu dah lupa ke? jangan buat pasal Rizal oi. Nanti orang pandang serong pula pada kakak kamu tu.. " Marah mak lang Rokiah.

Alamak ya tak ya juga. Rizal mengeluh. Kepalanya digaru. 😐

"Habis tu macam mana ni mak lang? "

"macam mana apa? Mengaku ajelah baby Delaila tu anak kandung kamu. Kamu dah kahwin. "

"ya lah memang Rizal dah kahwin, dan itu anak Rizal. Masalahnya yang dekat luar tu bukan isteri Rizal. Dia cuma baby sitter. Mak lang rasa orang percaya tak? "

"percaya atau tidak itulah kenyataannya. Bagitahu ajelah kamu dah kahwin. Isteri kamu sibuk kerja jadi tak dapat balik kampung. "

"aa yelah mak lang. Rizal rasa baik berterus terang macam tu dekat jiran jiran. Ni mak lang ada apa apa yang nak Rizal tolong tak ni?"

"haa ada mak lang nak ajak kamu pergi ambil kelapa dekat rumah Pak cik Hamid. Kita pergi sekarang, nanti tak sempat pula. Esok dah majlisnya. "

Encik Rizal mengikut mak lang dari belakang.

Ketika dia melalui ruang tamu dia melihat Elina sedang tidurkan baby Dee.

"Elina aku nak keluar kejap. Kau jaga baby Dee baik baik. Kalau ada apa apa bagitau Mira. Okey tak ni? "

"okey.. " Elina memjawab.

Tanpa fikir panjang dia mengambil kunci kereta dan menghidupkan enjin kereta.
-------------

Majlis pertunangan Amira, anak mak lang berlangsung dengan lancar. Kedua dua belah keluarga bersetuju untuk melangsungkan perkahwinan pada bulan April ini.

Amira kelihatan cantik dengan pakaian yang membaluti tubuhnya. Orangnya kecil molek dan ramping. Senyuman manisnya menawan hati orang orang yang memandangnya. Elina mendukung baby Dee yang sedang merenggek untuk tidur. Encik Rizal menghampirinya.

"Amboi Rizal, kahwin tak bagitahu Mak Ton. Tahu tahu dah ada anak. Comel anak kamu ni? Siapa nama, isteri kamu pun bukan main lawa! Cantik. "

Encik Rizal memandang susuk tubuh yang menyapanya itu. Dia ketawa kecil wajahnya merah.

Elina tersenyum dan terpingga pingga. Elina memandang Encik Rizal, dia juga menunggu jawapan daripada Encik Rizal.

"Aa.. Maaflah hari tu kami kahwin dekat luar negara. Majlis sebelah perempuan aje yang buat kenduri. Waktu tu Mak Lang sekeluarga tak ada dekat sini pergi umrah. Saya dah kahwin Mak Ton, tapi ni bukan isteri saya. Dia Elina, baby sitter.."

"baby sitter anak kamu? "

"haa.. aa... " lambat dia menjawab sambil memandang Elina.

Elina berpura pura terkejut. Sekilas dia melihat wajah Elina sekali lagi. Dia tahu Elina pasti terkejut dengan pengakuannya tapi dia tidak ingin menipu orang kampungnya. Biarlah dia berterus terang. Pasal Elina nanti dia akan terangkan padanya. Pasti Elina sekarang marah padanya kerana berbohong selama ini.

"ye ke...? habis mana isteri kamu?. "

"Dia kerja. Dia sibuk tak dapat cuti. Hari tu dia dah cuti masa kami pergi holiday Mak Ton. Nak cuti memang susah, kerja dia pun banyak kena siapkan. Sebab tu saya balik dengan Elina dan anak saya aje. "

"oh macam tu ke... Panjang pula ceritanya. Jadi kamu dah kahwin lah ye.. Mak Ton baru berkenan nak jodohkan kamu dengan anak Mak Ton, si Wawa tu. Tak ada jodoh kamu berdua nak buat macam mana. Elina dah lama kerja dengan Rizal? "

"Err dah lama mak cik. Sejak baby Dee umur 6 bulan lagi. "

"oh macam tu..  Elina asal dari mana? "
"Asal Melaka mak cik. "

"oh.. Lawa sungguh kamu ni..  Dah berpunya ke? "

"hah?.. "
Merah muka Elina. Encik Rizal juga terkejut dengan soalan jirannya itu.  Adakah Mak Ton nak kenalkan Elina pada anak sulungnya itu, Iqbal?.

"aa.. Belum.. " Elina tersipu malu dia membetulkan kedudukan baby Dee di ribaannya itu.

"kalau begitu bolehlah mak cik kenalkan pada anak mak cik. Dia suruh mak cik carikan calon untuknya. Esok makcik kenalkan ye.. "

Elina buat buat tersenyum. Mukanya merah. Encik Rizal yang perasan akan keadaan Elina yang malu itu segera mengubah topik lain.

"Elina tidurkan baby dekat dalam. Dah mengantuk sangat baby Dee ni.. "

"ye lah. Saya minta dia dulu mak cik.. "

"Aa.. Pergilah. "

Setelah kelibat Elina tiada Mak Ton memuji muji sikap bertanggungjawab Elina. Sebenarnya dari tadi lagi Mak Ton perhatikan gadis ini hatinya berkenan tapi dia ingat Elina milik Rizal. Kini dia tersenyum kembali apabila mengetahui Elina masih anak dara dan belum berkahwin. Sesuai sangat dengan anaknya Iqbal.

"Rizal. Mak Ton berkenan sangat dengan Elina tu. Nanti tolong Mak Ton ye.  Tolong kenen kenenkan mereka berdua. Boleh tak Rizal? "

"boleh Mak Ton. Mana tahu jodoh Iqbal. "

"itulah... Aamiin.. Mak Ton harap begitulah. "

Encik Rizal berdegup kencang. Hatinya berdebar. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia rasa tidak senang hati dengan peemintaan Mak Ton untuk melamar Elina untuk Iqbal. Adakah dia sukakan Elina?. Hatinya menolak. Dia memarahi dirinya sendiri.. Aku sudah ada Mawar. Mawar adalah isteriku yang sah, bisiknya.
Encik Rizal berlalu ke dapur dengan berat hati.

👠 | EPISOD RINDU ELINA | By : missPuteri | in The Making.... now |Where stories live. Discover now