📲Elina mengambil fotonya bersama anak asuhannya itu lalu dimasukkan ke dalam laman sosialnya. Baby comel bernama baby Dee memang senang untuk dijaga. Sudah seminggu dia menjadi baby sitter kepada baby yang di panggil Dee itu. Daripada kekok bertukar menjadi senang.
Sedang dia menyediakan susu formula buat baby Dee dia baru teringat dia belum lagi sempat memasak. 😐😧Alamak sudah pukul 12.30 kejap lagi Encik Rizal balik untuk makan tengahari.
"ala baby.. Kenapa tak nak tidur lagi ni? Aunty nak masak ni... Hmm.. Ala comelnya dia! Senyum pula. Eii... Geramnya aunty. Saja nak suruh aunty melting ye! " Elina ketawa sambil mencubit pipinya. Dia mengeletek baby Dee yang terkekeh kekeh ketawa.
Siap masak nasi dia menggoreng ikan pula. Baby dee ada di ruang tamu sedang baring baring bermain toys. Sekejap sekejap dia keluar melihat baby Dee. Sejak ada dua kerja ini Elina makin sibuk sedikit. Tak menang tangan. Nak mengemas, memasak, nak jaga baby lagi. Namun hari ini dia sudah terbiasa walaupun terlewat menyediakan lunch untuk Encik Rizal. Setelah memasak ikan masak kicap yang simple Elina menarik nafas lega. Dia ke bilik air pula membasuh 💩💩baby Dee😌. Bila dia keluar Encik Rizal sudah berada di meja makan dan sedang makan nasi. Elina serba salah kerana tidak menghidangkan makanan seperti selalu.
"encik. Encik dah balik. Maaflah Elina dekat bilik air tadi.. "
"hmm. Tak pe lah. Okey ke kau jaga baby? Dia meragam tak?" Encik Rizal membasuh tangannya dan menghampiri Elina. Lantas dia mengambil baby Dee dari dukungan Elina.
"okey. Baby tak banyak meragam. Senang jaga baby Dee. "
"baby... Rindunya papa.... Er.. Uncle dekat awak. Jom kita duduk sana. " Encik Rizal membawa baby ke sofa.
Elina buat buat tidak dengar ketika majikannya itu tersasul memanggil dirinya papa. Dia perasan Encik Rizal dah lama tak menyenggat macam tebuan. 😁hm. Kalau tak. Marah memanjang. Mungkin sejak ada baby Dee ni kot, senggat tebuan Encik Rizal dah down sikit. Maybe.
Elina mendekati mereka berdua.
"Elina tak sempat masak banyak tadi. Maaflah encik. Esok Elina masak lebih awal. Baru tak kelam kabut. Baby hari ni dia lari timing. Tak nak tidur sebab tu, Elina masak lambat. "
" Tak pe lah. Lain kali masak satu lauk pun dah cukup. Okeylah aku nak pergi dah ni. Ambil baby ni. Kunci semua pintu. " Saat bertukar dukungan tangan mereka bersentuhan. Cepat cepat masih masing mengelak. 😳
Encik Rizal berlalu meninggalkan mereka berdua. Elina mendukung baby Dee ke biliknya untuk ditidurkan.
"nak tidur dah? dah ngantuk dah?, itulah tadi tak nak tidur. Aunty tahu mesti nak tungu uncle awak kan sayang? Hihi. Okey jom kita tidur. "
Baby Dee mula mengaru garu matanya yang dah mengantuk.
Pukul enam petang Elina ingin pulang ke rumah. Encik Rizal keluar bersama baby Dee.
"bye baby. Aunty balik dulu. Kita jumpa esok eh.. "
Baby dee tersenyum. Dia ingin didukung oleh Elina. Namun cepat cepat Encik Rizal mencuri perhatian anak kecil itu dengan menunjukkan kucing di dalam rumah mereka. Kucing parsi kesayangan Encik Rizal bernama Bellaa.
"Encik saya balik dulu.. "
"haa. "
"Encik. Malam malam okey ke jaga baby? "
Encik Rizal memandangnya semula."okey. "
"Er.. Kalau ada apa apa ke. Nak bantuan saya, nak suh saya jaga baby malam malam pun boleh. "
Hmm.. Encik Rizal berkerut. Kenapa Elina nak tidur dekat rumahnya pula ke?.
"maksud saya. Bawa baby ke rumah saya. "
"takpe aku boleh jaga dia. Siang siang hari jelah kau jaga. Haa ni esok. Esok aku balik lewat. Tengahari pun aku tak balik lunch. Aku lunch dengan client. Pandai pandai lah nak makan ke apa, masaklah. Tengok tengokkan baby betul betul. Jangan lagha tinggal dia sorang sorang pula. Mana tahu ralit sangat main fb, ig. Sampai lupa baby. "
'Wajah Elina berubah. Aihh fb, ig aku pun dia tahu ke?'
"takde lah encik. Saya tak layan sangat media sosial ni. Sepenuh perhatian saya bagi dekat baby Dee ni tau. Kan baby? "
"baguslah kalau macam tu. Lagi satu jangan masukkan sangat gambar gambar baby Dee nanti ada yang memerhati ke apa sampai ada niat nak menculik ke, mana kita tahu. Baby Dee ni bagi aku sangat precious kau tau tak.. Aku tak nak semua benda ni perlaku. Kau kena ingat tu. "
Aih. Tak kan sampai macam tu sekali. Sampai ke situ pula dia fikir, kata hati Elina. Oh jadi memang betul dia stalker lah ya.
"siapa nak culik baby pula encik? Tak de lah. Minta jauhlah dari semua tu. Elina selalu kunci pintu semua. Encik jangan risau lah. "
"haa yelah. Dah kau tak nak balik ke ni? Bersembang dekat sini pula. "
"aa. Nak balik dah ni. Bye baby.. Assalamualaikum encik. "😕😒😒
"waalaikumussalam. "
Tanpa tunggu lama Encik Rizal masuk ke dalam rumah. Pintunya terus dikunci.
Amboi. Aku belum balik lagi siap kunci pintu semua. Hm.. Elina keluar dan masuk ke dalam kereta.
Malam itu di saat baby Dee tidur, Encik Rizal menatap wajah anaknya itu. Dia kecewa dan sedih melihat anaknya itu yang kekurangan kasih sayang seorang ibu.
Usianya enam bulan namun selama ini dia tidak sempat untuk merasai bagaimana membesarkan anak seperti sebuah keluarga yang lengkap. Hanya bulan pertama mereka bersama. Selepas itu anak itu dibawa oleh isterinya jauh. Dia nak jumpa anaknya pun dia perlu minta kebenaran isterinya.
Hanya beberapa kali mereka bersua. Entahlah dia mengeluh sendiri. Sampai bila mereka suami isteri harus berpisah seperti ini. Dia juga ingin membesarkan anak bersama isterinya seperti keluarga yang lain. Namun dia tidak dapat melakukan semua itu. Sudah berulang kali dia menasihati isterinya supaya meninggalkan semuanya dan balik ke pangkuannya seperti dulu.
Dia mengeluh. Salahnya sebab dari awal perkahwinan lagi dia sudah berjanji untuk membenarkan isterinya itu mengejar cita citanya.
Sebagai suami dia berhak membuat keputusan tetapi entahlah dia juga tidak sampai hati ingin memusnahkan cita cita isterinya itu. Buat masa ini dia rela berkorban demi seorang isteri yang sangat dicintainya itu.
YOU ARE READING
👠 | EPISOD RINDU ELINA | By : missPuteri | in The Making.... now |
HumorEpisod Rindu Elina: Menceritakan kisah 👠👒👗Nur Haura Elina yang menjadi pembantu rumah menggantikan Mak Yam yang sedang sakit. Encik Rizal Arman yang cerewet itu betul betul menjengkelkan Nur Haura Elina. Sepanjang bekerja di situ dia hanya mempu...