part 10

5 0 0
                                    

"Abang tak faham kerja Mawar, Mawar masih ada contract selama enam bulan lagi. Tolonglah bang. Baby dah sihat. Izinkan Mawar balik, Kerja Mawar banyak tak settle lagi. "

"kenapa Mawar lebih pentingkan karier Mawar berbanding keluarga kita? " jawab Encik Rizal kesal.

Mawar menghampiri suaminya dan memeluk suaminya. Dia memegang pipi Encik Rizal.

"Please abang. Jangan cakap macam tu. Abang tahu kan, ni minat Mawar sejak dari dulu. Sebelum kita kahwin kita dah janji kan? Abang akan bagi Mawar terus dalam industri ni. Mawar janji lepas habis contract dengan Mega Record studio, Mawar akan bagitahu seluruh dunia yang kita dah nikah. Dah ada anak sayang. Abanglah hero pujaan hati Mawar selama ini.. "

"kenapa nak tunggu sampai enam bulan?. Kalau lepas enam bulan pun awak tetap dah langgar contract. Kita dah kahwin dua tahun. Syarikat tu boleh saman awak. "

"Sekurang kurangnya biarlah sampai telemovie dan drama Mawar habis pengambaraan. Please sayang. Mawar tak nak karier yang Mawar bina selama ni berkecai macam tu aje. Okey. Mawar janji lepas habis pengambaraan ni Mawar akan bagitahu Encik Othman semuanya. Semuanya.. Pasal kita. Terpulanglah dia nak sue Mawar atau apa. Tapi. Tolonglah sabar sayang.. Sikit masa lagi. Lepas ni Mawar akan selalu ada depan mata abang. I promise you. Emm? Abang.. "

Pujuknya lembut. Dia merapatkan pelukan. Encik Rizal mengeluh panjang dan memeluk isterinya erat. Dia kalah dengan rayuan Mawar, cinta dan hidupnya itu. Mawar adalah segala galanya baginya.

"Terima kasih sayang sebab memahami Mawar. Mawar sayang abang. "

----------

Elina membasuh pinggan kotor dan memberi baby makan selepas itu. Encik Rizal yang baru pulang kerja duduk di sofa. Dia kelihatan letih dan tidak bermaya. Elina ke dapur membuat air dan diberikan kepada majikannya.

"kenapa ni encik? Ada masalah ke? "

Encik Rizal tidak menjawab. Dia menghirup nescafe dan mencuit anaknya mesra sebelum meninggalkan Elina dan baby. Elina hanya mencebik, kalau angin malas menjawab macam tu lah. Diam lepas terus tu terus pergi, ngomel Elina.

"kau dah masak? "

"Dah. Hari ni saya masak ikan siakap masak masam manis. Encik nak makan saya hidangkan? "

"kejap lagi aku turun makan. Nak rehat kejap. "

Elina diam. Tadi waktu lunch dia ingat Encik Rizal balik tapi takde pula nampak bayangannya. Selalu kalau dia tak balik dia akan bagitahu. Mungkin dia sibuk kot. Banyak kerja dekat pejabat. Elina malas nak bertanya dia tahu mood Encik Rizal dalam keadaan tak baik. Dia melayani baby yang makin comel itu. Sama macam ibunya Mawar Alia.

"Encik.. Encik... " ketukannya mengganggu Encik Rizal.

Pintu bilik terbuka. Muncul Encik Rizal yang masam mencuka.

"hah.. Kenapa? "

"Elina nak balik dah ni. Baby dekat bawah tidur. Encik kenapa tak turun makan? "

Encim Rizal mengeluh dia menoleh jam tangannya. Oh ya dia terlupa. Dah pukup 6.15 pm.

"kejap lagi aku turun makan. Kau tunggu kejap. "

Elina mengangguk.
"Ni hah, aku belikan kerongsang dari Sabah. Lupa nak bagi kau. Dah seminggu aku balik dari Sabah baru hari ni aku teringat. Terima kasihlah sebab kerja lebih masa sepanjang aku tak ada minggu lepas. "

"oh. Takpe. Terima kasih encik untuk kerongsang ni. Saya balik dulu. Encik jangan lupa makan pula. Semua saya dah hidangkan. Assalamualaikum.. "

"waalaikumussalam. "

Elina berlalu. Hari mulai hujan dia berlari memasuki keretanya. Lama dia tunggu dalam kereta kerana hujan mulai lebat. Dia tahu jika dia drive nanti mesti tak nampak jalan. Dia fikir untuk tunggu sebentar.

Tidak lama selepas itu cermin keretanya diketuk. Rupa rupanya Encik Rizal yang datang menyuruhnya masuk ke rumah semula kerana hujan terlalu lebat. Tanpa fikir panjang dia turun dan berpayung dengan majikannya itu. Kedudukan mereka terlalu dekat. Elina berdebar debar. ☔🌂 Tetiba aje Elina teringat lagu memori daun pisang.

Elina menyapu bajunya yang terkena air hujan.

"kenapa duduk luar?. Masuklah sejuk dekat luar ni. Aku ambilkan baju dengan tuala untuk kau. "

"takpe lah encik saya tunggu dekat sini ajelah. "

Encik Rizal meninggalkannya.
Elina mencuka. Huhu boleh tahan sejuknya. Menyesal dia tidak menerima perlawaan majikannya itu.

Tidak lama selepas itu sehelai baju, kain batik dan tuala dihulurkan pada Elina.

"nah. Pakai ni. Baju kau basah. Masuk lah dalam. Kenapa nak tunggu dekat luar? Degil betullah. "

Elina mengikut untuk masuk ke dalam. Siap berpakaian Elina masuk ke dapur. Dia melihat Encik Rizal sedang makan.

" kau nak makan? Duduklah. "
"tak. Saya dah makan tadi. "

"hurm.. "

Elina melangkah keluar.
"Elina... "

Elina menoleh.
"Takpelah. Aku buat sendiri. "

"buat apa encik? "

"takpelah. Kau pergi luar tengok baby kut dia dah bangun tak ada orang, nangis pula. "

Elina menghilang dari pandangannya.

Ketika dia berkira kira untuk balik, dia melihat Encik Rizal membawa dua mug air milo panas keluar dan memberikan padanya. Elina teragak agak untuk ambil. Pelik. Tiba tiba aje majikannya itu membuatkan air untuknya. ☕

"Ambillah. Aku bukan letak apa pun dalam tu. Dekat luar sejuk. Sebelum balik minumlah dulu. Bukan senang nak rasa air yang aku buat. Sedap ni. Kaw. Apa lagi minumlah. "

Elina tersenyum. Dia meminumnya perlahan. Bismillah. Kau lindungilah aku ya Allah. Majikan aku ni baik pula hari ni.
😐😬
Emm. Sedap.

"sedap. Terima kasih encik. Baiklah hujan dah berhenti saya balik dululah encik. "

"Kau okey ke balik rumah berkain batik macam ni? "

"okey je encik. Rumah saya bukan jauh pun. Ni nak balik rumah je, bukan nak singgah mana mana. "

Encik Rizal hanya diam. Hm. Bagus. Sempoi. Dia memang selamba. Kalau isteri aku memang tak lah. 

"encik. Nak tanya baju dan kain batik siapa ni? Encik kan duduk sorang aje? " saja Elina ingin menduga dan nak dengar jawapan dari Encik Rizal. Agak agak dia jawab apa eh?.

"erh.. Tu baju kain batik semua yang makcik aku punya. "

"oh ye ke.. Baju pun? Nampak baju ni macam bukan yang orang tua punya.. Er tak apalah Elina balik dulu. "

"Banyak tanya pula kau ni. Makcik aku tu lebih kurang baya baya kita je. Bukan tua sangat. Sebab tu dia berfesyen. Ada stail. Dia rock and roll kau mana tahu.. "

Elina ketawa sebelum dia beredar. 😎👒🎸🎹🎤🎷🎺

👠 | EPISOD RINDU ELINA | By : missPuteri | in The Making.... now |Where stories live. Discover now