Nescafe ☕kegemaran Encik Rizal Arman terhidang dengan cepat. Sejak Elina dijerkah kerana lambat melakukan kerja rumah termasuklah kerja dapur membuatkan dia takut untuk berhadapan dengan tuan rumah itu. Hatinya mengomel kerana terpaksa bekerja di sini sementara waktu. Keadaan yang memaksa membuatkan dia tiada pilihan lain. Gasaklah.
"Hm. Hari ni cepat pula kau buat minuman aku. Dah tu tunggu apa lagi. Pergilah dapur. Siapkan makanan. Kau dah siap masak ke belum? " mata Encik Rizal seperti menikam Elina. Elina hanya menunduk. Garang betul dia ni. Kecik kecik makan tebuan ke apa? Wajah Elina mencuka. 😒
"oi. Mengelamun pula. Lunch dah siap ke? " ulangnya lagi.
"er. Encik. Sebenarnya Elina belum masak. Sebab.. "
"belum masak. Habis tu kau buat apa dekat rumah ni. Goyang kaki? "
"tadi encik kata, tak balik jadi Elina masak lambat sikit. Last minute encik kata nak balik, mana sempat nak masak. Kalau encik nak makan sekarang. Elina masak sekarang ni juga. Tapi masak yang ringkas ringkas jelah. "
"menjawab kau eh. Masak apa yang sekejap tu... " encik Rizal bangun mengambil handphonenya di atas meja. Pandangannya terarah semula ke wajah pembantu rumahnya itu.
"Elina boleh masak maggi. Cepat aje siap. 10 minit.. Er 15 minit. "
"maggi? Kau tau tak maggi tu tak bagus untuk kesihatan. Aku dari kecil tak pernah makan maggi kau tau. Ni aku nak tanya sejak bila ada maggi dalam rumah aku ni? "
Elina mengambil maggi dalam beg tangannya. Sebungkus maggi perisa kari ditunjukkan kepada Encik Rizal.
"Tadi Elina pergi kedai beli maggi. Hari ni rasa nak makan maggi.. Balik rumah karang ingat nak masak. Boleh kan, hari ni encik makan maggi. Saya buat special untuk encik. " Elina buat muka comel.
Dia tahu encik Rizal bakal memarahinya lagi kali ni. Semalam dia lupa mop lantai di dalam bilik tamu pun dia marah. Tuan rumah kedaun ni pula garang gila. Nasib baik hensem. Eleh. Hensem pun nak buat apa. Dah macam tebuan! Bila dia marah dia suka menyengat orang tau. Huh!
"hmm. Betul ke kau pandai masak. Apa je lah boleh masak dengan maggi tu.. Yang aku tahu masak air panas. Masuk benda tu. Sedap sangat ke?"
"Rasa maggi kari ni sedap. Maggi ni dia banyak perisa. Ada tomyam, ayam.. Tengok Elina beli yang pek besar lagi. Elina buat special untuk encik. Encik tunggu eh. " Elina mula mengatur langkah ke dapur.
"Eh nak ke mana tu? Aku belum habis cakap. Tak tak tak.. Aku tak nak makan maggi kau tu. Buatkan aku nasi. "
"nasi? Boleh encik tapi dah nak habis waktu lunch encik ni. Tinggal 25 minit je lagi ni. Tak sempat Elina nak masak. Goreng telur boleh la. Tapi masak nasi tu yang lama. Paling kurang 30-35minit. "
Encik Rizal mengaru kepala. Dia duduk.
"apa apa je lah kau masak sekarang. "
"maggi ye encik. " Elina menayangkan giginya pada encik Rizal.
Lelaki di hadapannya itu mendengus langsung tidak menjawab. Selepas itu dia naik ke tingkat atas. Dia tahu encik Rizal ingin menunaikan solat zohor. Selalunya dia akan bersolat di rumah jika dia balik untuk lunch.
Setelah air mengelegak dia pecahkan sebijik telur dan perlahankan api. Dia mengacau telur supaya hancur. Tips ini membuatkan kuah maggi sedikit pekat. Air jangan banyak sangat nanti kuah dia cair tak best.. Dia masukkan udang dua ekor. Masak aje udang dia masukkan maggi dan perasa kedalamnya.
Dia mengisi maggi ke dalam magkuk dan di hidangkan di meja makan. Teh o ais diletakkan bersebelahan mangkuk. Sebenarnya dia boleh buat macam macam, contohnya maggi goreng, maggi bertumis berkuah. Tapi dia nak cepat masak ringkas macam ni ajelah nanti mengamuk pula encik tebuan dekat atas tu. Baru dia nak mengata encik Rizal, tuan rumah itu sudah ada di belakangnya. Nasib baik. Kalau tak.. Kena lagi dia kali ni.
"Jemput makan encik. " Elina buat buat senyum. Dia berjalan menuju ke dapur.
"eh. Nak ke mana tu..? Ni tukar. Aku tak minum ais. Bagi aku air panas. Teh o. "
"Encik. Maggi ni panas, pedas sikit. Minum minuman berais best.. "
"asyik asyik best je kau ni. Bawa keluar air kosong ke sini. "
Elina menarik muka masam. Dia ke dapur mendapatkan air.
Diletakan air di atas meja. Dia berlalu ke biliknya.
"nak ke mana pula tu...? "
"Nak ke bilik. Nanti encik tak lalu nak makan pula kalau Elina dekat sini. Encik nak apa apa lagi tak? Kalau tak ada, Elina nak solat zohor kejap. " Saja Elina membidas encik Rizal.
"hmm... Jangan lupa kunci pintu bila aku keluar nanti. " Encik Rizal tidak jadi mengenakan Elina. Dia mula memegang sudu menghirup kuah maggi 🍝masakan anak saudara Mak Yam itu. 👵
Emm... Encik Rizal tersenyum. 😋Dia meletakkan tisu di meja sebelum pergi.
Selesai solat. Elina mengunci pintu rumah dan mengambil mangkuk dan gelas untuk dicuci.
"eleh. Kata tak pernah makan maggi. Tak best lah. Ni makan sampai licin.... "😒
Elina berkira kira nak masak ketam masak lemak, dia mula memikirkan bahan bahan yang dia beli tadi lengkap atau tidak?. Handphonenya berbunyi, dia berlalu ke biliknya cepat cepat supaya dapat menjawab panggilan itu.
.......
"Hai korang. Macam mana okey tak? Dah kenal ke watak Elina dan Encik Rizal Arman? Hihi belum kan?😝 Okey next episod kita cerita lagi macam mana Elina boleh kerja dengan Encik Rizal yang cerewet tu.. Bye korang. Assalamualaikum. ✋😊🌿🌺🍃
YOU ARE READING
👠 | EPISOD RINDU ELINA | By : missPuteri | in The Making.... now |
HumorEpisod Rindu Elina: Menceritakan kisah 👠👒👗Nur Haura Elina yang menjadi pembantu rumah menggantikan Mak Yam yang sedang sakit. Encik Rizal Arman yang cerewet itu betul betul menjengkelkan Nur Haura Elina. Sepanjang bekerja di situ dia hanya mempu...