Elina memasak nasi goreng cina kesukaanya. Siap terhidang dia membancuh milo panas. Tanpa menunggu lama dia terus makan. Berselera sungguh dia hari ini.
Jam sudah menunjukkan pukul 11 pagi dia mula mengangkat raga pakaian kotor lalu dia memasukkan pakaian ke dalam washing machine.
Dia menonton tv sambil mengunyah jambu batu dan nanas. Dia memang suka makan buah buahan. Bila siap menjemur dia membaca novel kesukaannya pula. Hari ni dia betul betul rasa hari cuti. Wow.. Seronoknya. Selalunya bukan dia tidak pernah cuti tapi kali ni dia diberi cuti selama dua hari. Direct dia cuti empat hari berturut turut. Yuhuuu... Im a happy girl ujarnya. 💃
Tidak lama selepas itu, telefonnya berbunyi. Dari Encik Rizal. Kenapa mesti dia nak telefon masa ni juga. Haish.. Aku tengah syok baca novel ni!. 📚
"hello encik.. Assalamualaikum.. "
"waalaikumussalam.. Ha Elina. Kau ada dekat mana ni? "
"dekat rumah lah encik. Saya kan tak sihat."
"ah. Elina macam ni. Aku nak minta tolong dekat kau. Kau kena datang kerja esok. Urgent. "
"hah?? Kenapa encik? Saya tak sihat lagi ni. Kelmarin encik kata.. "
"ya.. Aku tahu. Tapi ni betul betul urgent. Datang jelah. Datang kerja duduk saja pun takpe. Tak payah masak tak payah kemas. "
Belum habis Elina cakap Encik Rizal memotong ayatnya."hah?? Habis tu saya nak buat apa encik?? " Elina keliru. Kerja apa yang dia suruh aku buat ni?? 😮
"kau datang esok aku bagitahu. "
"tapi.. "
"esok aku bayar kau double. "Hah?? Double? Biar betul.😐 Macam mana ni. Err kira okey lah. Double tu..
"macam mana boleh datang tak? "
"aa. Boleh lah encik. Ye saya datang kerja esok. "
"bagus jangan lambat. Assalamualaikum. "
Waalaikumussalam. Elina menjawab namun Encik Rizal sudah menamatkan panggilan.
Elina tertanya tanya kerja apa yang dia kena buat esok ni ha?. Kira on jelah. Encik Rizal janji nak bayar double kira okey lah tu. Alhamdulillah rezeki. Ya Allah aku mohon, aku minta tak ada benda yang pelik pelik.. Yang susah susah kerja yang aku kena buat nanti. Aamiinnn... 😁
----------------
Dalam kelam kabut dia mencari parking di luar rumah Encik Rizal dia ternampak kelibat artis kesukaannya. Mawar Alia. Eh kenapa dia ada dekat sini. Dekat rumah Encik Rizal.. Lawanya dia. Cantik. Elina mencari telefon bimbitnya. Dia ingin mengambil gambar dengan artis kesayangannya itu. 😍
"ar.. Cik.. Cik ni Mawar Alia kan... Saya Elina. Peminat cik. Hai. Boleh kita bergambar?."
Mawar Alia memandangnya tapi macam, nak tak nak aje layan peminat fikir Elina.
"hm. Cepat lah. I dah lambat ni. You tinggal sini ke, jiran Rizal? "
"Ah.. Aa.. Cik buat apa dekat sini? Ada shooting dekat sini eh? " sapaku ramah. Lawanya dia aih.. Hatinya memuji.
"Mawar. Kita kena pergi sekarang. " PA nya bersuara.
"hmm.. Nak ambil gambar kan tadi? boleh cepat sikit tak. "
Elina segera menangkap gambar mereka berdua. Dua keping gambar tertangkap. Cantik senyuman Mawar Elina.. Tapi.
"cik.. Terima kasih sebab wefie ni. Cik memang lawa. Cantik in real life.. Saya memang minat sangat dengan cik Mawar. Lakonan cik Mawar. Semua saya followed. "
Mawar Alia tersenyum ketat sambil berlalu. Elina tergamam. Boleh tahan sombong. Hatinya mengerutu.
Sekilas itu dia berpaling semula apabila artis itu memanggilnya."you.. Cik.. Apa tadi..? "
"Elina... "
"ha.. thanks sebab minat dekat I. " senyuman panjang diberikan sebelum bolos ke dalam kereta.Dia menarik muka ketat semula. Saja dia berpura pura ramah. Sebenarnya Mawar Alia tak ada mood nak melayan perempuan tadi tu. Tapi apakan daya dia takut reputasinya jatuh kalau dia buat macam tu. Sekarang semua pasalnya boleh tersebar hanya dihujung jari. Semuanya boleh viral. Cepat cepat dia menggesa PA nya meninggalkan kawasan perumahan Elite Jaya. Dia tidak mahu sesiapa melihatnya di sini. Kalau tidak karierya bakal hancur.
Elina tersenyum. Moodnya bertukar gembira semula. Tak sangka hari ini dia menemui artis pujaanya yang dia minati selama ini. Dan dapat bergambar pula tu! Mawar Alia heroin drama melayu terhangat sekarang tahu. Dah trending no 1 di Youtube.
Elina memberi salam dan masuk ke dalam rumah seperti biasa. Sampai aje di ruang tamu dia melihat Encik Rizal sedang mendukung seorang baby. Baby tu menangis. Terkial kial dia menenangkan baby itu. Elina terkejut baby siapa dia pegang ni?. But. Comelnya.
"Encik baby siapa ni?"
Elina mula mencuit pipi gebu baby comel ni.
"ha dah sampai pun. Nah ambil baby ni. Mulai sekarang kau ada scope kerja baru dalam rumah ni. Kau kena jaga baby Delaila. "
"hah? "
Encik Rizal mengangguk.
"tapi encik saya tak tahu memang kena jaga baby sekali. Saya tak biasa juga dengan baby encik. "
"biasakanlah. Aku naikkan gaji kau. Jadi rm1500."
Tegas Encik Rizal."tapi.. Encik baby siapa saya kena jaga ni? "
"itu kau tak perli tahu. Buat je kerja yang aku suruh. Kalau kau taknak kau berhenti."Alamak. Mana boleh dia berhenti Encik Rizal memarahi dirinya sendiri!. Nanti kisah dia dengan Mawar Alia akan terbongkar. Dia tahu Elina berjumpa dengan Mawar Alia di luar rumah tadi.
"nak! Okey saya jaga. Tapi encik kena bagitahu details pasal baby ni. Nanti kalau apa apa jadi susah nanti. Dibuatnya saya dikatakan penculik baby ke apa ke? Saya takutlah. "
"penculik? Apa kau merepek ni. Dah kau tak payah risau. Kau bukan penculik pun. Aku pun bukan. Okey nama baby ni Delaila. Umur enam bulan. Dan seperti yang kau lihat its a baby girl. "
"em. Hubungan baby Delaila dengan encik? " soalnya. Itu sebenarnya yang paling utama bermain di fikirannya.
"baby ni.. Anak saudara aku. Buat masa ni aku kena jaga baby Dee ni. Cukup? Dah lah kau pergi mandikan baby ni sekarang. Jangan banyak tanya lagi. "
"baby Delaila ni anak cik Mawar Alia ke encik? " soal Elina lagi. Encik Rizal mengaru kepala. Sudah. Dia serba salah.
"bukan. "
"tadi encik kata anak saudara? Cik Mawar Alia tu adik beradik encik ke? "
"bukan. Mawar tu kawan aku aje. Dah lah jangan sebut nama dia dah dalam rumah ni. Kalau kau sebut pasal Mawar lagi aku potong gaji. Kau faham tak ni?"
"faham encik. " Elina mengutuk dalam hati. Sikit sikit potong gaji. Asyik nak potong gaji aje kerjanya. Ingat aku kisah sangat ke kalau dia potong gaji? Err.😏 Memang aku kisah pun. Huhu😌
'jom baby kita pergi mandi.. Encik kelengkapan baby semua mana, pampers, mandian, baju? "
"tu. Dekat tepi tangga. "
Elina menoleh lalu mengambil beg baby dan beredar ke biliknya.Encik Rizal lega. Dia menarik nafas panjang. Kesian dengan baby Delaila. Maafkan papa sayang. Sayang tinggal sini dengan papa ye. Ujarnya dalam hati.
YOU ARE READING
👠 | EPISOD RINDU ELINA | By : missPuteri | in The Making.... now |
HumorEpisod Rindu Elina: Menceritakan kisah 👠👒👗Nur Haura Elina yang menjadi pembantu rumah menggantikan Mak Yam yang sedang sakit. Encik Rizal Arman yang cerewet itu betul betul menjengkelkan Nur Haura Elina. Sepanjang bekerja di situ dia hanya mempu...