part 8

7 0 0
                                    

Elina menyanyi riang. Encik Rizal whatsapp tadi mengajaknya keluar. Sudah tentu keluar untuk mencari barang dapur dan keperluan baby Dee. Biarpun begitu, dia gembira sangat. Ini kali pertama majikannya mengajaknya keluar. Entah kenapa sejak akhir akhir ini dia begitu menyenangi perlakuan Encik Rizal, lagi lagi apabila majikannya itu melayani anak buahnya itu. Persis seorang bapa mithali gitu.

Tak sangka dalam sifatnya yang garang Encik Rizal begitu menyayangi anak kecil itu. Sejak baby Dee ada, Elina juga dilayan dengan baik. Hatinya berbunga bunga namun cepat cepat dia menyedarkan dirinya sendiri agar tidak mudah lupa diri dan jatuh cinta pada lelaki itu.

Oi cik Haura Elina binti Razak, jangan nak perasan sangat yang Encik Rizal Arman tu sukakan kau. Dia hanya bersikap baik sekarang kerana awak tu penjaga anak saudaranya saja. Okey so stop berangan. Elina meneruskan perjalanan ke rumah majikannya.

Siap memandikan dan memakaikan baju si kecil dia ke ruang tamu. Semua kelengkapan baby disediakan. Dua keping pampers, dan sepasang baju. Dan juga tiga botol susu formula siap siap dia letakkan di dalamnya susu yang belum dibancuh. Encik Rizal menghidupkan enjin kereta.

"encik. Saya nak duduk mana ni?. Depan ke belakang?. "

Bukan apa Elina rasa kekok. Nak duduk belakang rasa macam boss pula. Nak duduk depan rasa macam dekat sangat. Tak biasa duduk sebelah boss.

"duduk ajelah mana mana. Eh kejap. Duduk depan lah. Apa ingat nak duduk belakang. Aku ni driver kau? "

Elina hanya sengih menuruti arahan Encik Rizal yang menyuruhnya duduk di depan. Kan dah kena. Huhu. Elina diam sambil memangku anak saudara majikannya itu.

Dalam perjalanan suasana sepi tanpa bicara. Hanya kedengaran Elina melayani baby Dee. Lepas itu dia senyap semula.

"Dah kenapa senyap aje ni. Selalunya macam bertih jagung. Pot pet pot pet. "

Elina memandangnya sekilas.

"saja. Nanti kalau cakap banyak, encik marah pula. Lagipun, tak ada apa nak cakap. Encik, baby nak tidur ni encik. Ala baby janganlah tidur kita nak keluar ni.. " Namun baby tetap merengek nak tidur. Dia mahukan susu.

"Encik baby nak susu. Boleh berhentikan kereta kejap Elina nak bancuh susu dekat tempat duduk belakang. "
Ujarnya lembut.

Mendengarkan baby nak minum susu, Encik Rizal segera menukar ke lane kiri dan berhenti di sisi jalan. Dia membuka pintu dan terus membancuh susu baby Dee.

"Kau tenangkan dia. Biar aku buat. "

Elina mengangguk. Baiknya encik Rizal.

Sesampai di mall baby Dee tertidur juga akhirnya. Lama mereka duduk dalam kereta kerana kesiankan baby Dee yang dah lena. Bedtnya dia tidur. Sayang pula nak kejutkan dia.

"Biar aku dukung baby. Nanti sampai dalam aku beli stroller. Senang sikit letak baby dalam tu. "

Encik Rizal sudah keluar dan menghampiri Elina untuk mendukung baby yang sedang tidur itu.

Sebuah stroller berwarna merah putih dibeli untuk baby. Elina menolak stroller baby dan membeli keperluan yang disenaraikan oleh majikannya. Susu dan pampers sudah dibeli. Tinggal makanan tambahan seperti biskut belum dijumpai.

Disebabkan lapar mereka makan di sebuah restoren yang berada di dalam mall itu. Encik Rizal memesan speggeti untuknya. Manakala Elina masih memilih menu dihadapannya. Sebenarnya dia malu untuk memesan makanan. Dia segan. Kalau boleh dia nak pesan air aje. Walaupun dia agak lapar. 😩

"apa yang lama sangat tu? Kau nak makan tak ni? "

"er.. Nak.. "😧

"habis tu... Order je lah. Cepat sikit. "

"ar.. Hm.. Bagi saya chicken chop.. "

"okey cik. Yang biasa ke special? "

"biasa.. "

Encik Rizal memandangnya.
"itu saja? "

"ya.. "

Pelayan yang bernama Amira pergi meninggalkan mereka.

"kenapa ambil masa nak order? kau takut aku potong gaji kau kalau kau makan hari ni? "

"er.. Mana ada, saja.. Tadi rasa macam dah kenyang.. "😁

"oh. Dah kenyang. Jadi nak cancel balik la ni. " saja Encik Rizal ingin mengusiknya.

"hah?? Aar.. Janganlah encik. Saya lapar ni. "😳

Encik Rizal ketawa kecil. Dia lucu melihat wajah Elina yang terkejut itu. Comel getusnya. Namun dia berlagak selamba dan menggagah anaknya itu yang sudah bangun dari tidur. Dia mendukung anaknya.

Elina mati kutu. Dia memarahi Encik Rizal yang sengaja mengenakannya tadi.

Sampai makanan dia terus makan tanpa menunggu Encik Rizal mempelawanya. Encik Rizal hanya memandang dengan ekor mata sambil tersenyum. Lapar betul bibik aku ni.

Beberapa helai baju dibelikan untuk baby Dee. Semua Elina yang pilihkan. Encik Rizal hanya mengikut saja. Dia serahkan pada Elina. Boleh tahan juga taste Elina. Kesemuanya memang cantik belaka. Ditambah pula yang memakainya baby comel seperti anaknya itu. Memang ada taste! Encik Rizal suka.

"kau tak nak shopping?"

Elina mengeleng.

"ambil je lah. Ni ha. Blaus cantik cantik.. "

"tak. Hari ni rasa tak ada mood nak shopping. Selalu nak shopping kena ada mood dulu.. "

"ye ke? Selalunya perempuan suka shopping. Hari hari shopping pun tak pe. Ke kau tak selesa keluar shopping dengan aku? "

"Eh tak ada lah encik. Saya memang jarang shopping. Bukan selalu shopping. Kalau ada nak pergi majlis ke kenduri ke baru saya shopping. Ye lah saya ni bukan orang senang nak shopping selalu macam encik. Encik orang berduit. Saya kerja pun pembantu rumah je. Baby sitter. "

Elina menolak stroller ke depan. Encik Rizal rasa terpukul. Haihh. Bad mood pula bibik aku ni.

"ambillah satu. Ambil aku belanja. Sebab hari ni kau dah temankan aku shopping barang baby "

"eh takpe encik. Saya pun suka dapat keluar dengan baby hari ni. Tak payah susah susah nak belanja saya ke apa. Encik. Saya nak pergi sana kejap nak cari botol susu baby. Yang tu dah macam tak elok dah nak guna. Kejap ya encik. " Elina terus pergi.

Encik Rizal memilih sehelai blaus berwarna merah jambu dan meletakkan ke dalam troli. Dia mengagak saiz tubuh Elina. Elina hanya sedikit berisi dari tubuh isterinya.

Sampai di rumah pukul dua petang. Selesai solat Elina meminta diri untuk pulang.

Encik Rizal menghadiahkan blaus yang dimasukkan ke dalam paper bag lalu diberi kepadanya.

Elina terkejut dan tidak tahu nak kata apa. Encik Rizal memberinya hadiah?. 😍

"apa.. Ni encik? "

"ambillah. Aku tak tahu lah, kau suka ke tak. Saiz sesuai ke tak. Kalau tak padan tak selesa boleh tukar dalam masa seminggu ni.. "

"kenapa encik bagi dekat saya. Tak payahlah. Saya dah banyak blaus. "

"itu hadiah untuk kau sebab dah jaga baby dengan baik selama ni. Dah lah. Kau ambil ni. "

Akhirnya dia mengambil juga.

"terima kasih encik. Saya pergi dulu. "

Encik Rizal hanya tersenyum kecil sebelum masuk ke dalam rumah.

Elina tersipu malu sambil berjalan menghampiri kereta. Hatinya berlagu riang. Dia suka dapat hadiah dari majikannya. Tidak sia sia hari ini dia keluar dengan Encik Rizal dan baby.  Murah rezekinya, Encik Rizal belanja makan dan dapat hadiah lagi!.😍

👠 | EPISOD RINDU ELINA | By : missPuteri | in The Making.... now |Where stories live. Discover now