part 4

75 0 0
                                    

Hari ini hari cuti Elina, dia berwajah ceria kerana hari ini hari gajinya yang pertama. Selepas dia mengisi minyak kereta dia memandu ke rumah sahabat baiknya, Hana. Mereka berpelukan. Hana sahabatnya itu bekerja sebagai setiausaha pejabat.

"rindunya aku dekat kau. Lama kita tak keluar shopping macam ni kan. So how's your life? Okey ke kerja dekat rumah encik tebuan tu? "

Hana tersenyum. Tidak sabar dia ingin mendengar cerita majikan yang selalu membuat sahabatnya itu stress.

"hm. Tak payah cakap pasal dia lah. Buat hilang mood aje. Cerewetnya dia....... ya Allah. Bukan main. Semua nak perfect. Sebulan dah macam setahun dekat rumah tu. Tapi nak buat macam mana sabar je lah. Memang aku perlukan kerja sekarang ni. "

Elina mula meluahkan perasaannya.

"ye ke sampai macam tu sekali? Habis tu kau memang nak stay kerja situ lagi ke? Boleh tahan ke ni?"

Elina menjungkit bahu. "entahlah. Tengoklah dulu macam mana... "

"Anyways dia hensem tak? Dah kahwin belum? "

Hana tersenyum miang. Elina mencebik. 🙍😏

"hm.. Bolehlah. Tapi sombong! Kau nak try dia ke? ... Hello.. Sufian tu kau nak letak mana Hana? "

Hana ketawa perlahan. 😬

"alah kau ni El aku gurau aje lah. Hati aku ni setia pada yang satu. Oh abang Sufianku.. Bila abang nak datang meminang Hana? Sudah naik kematu dik Hana menunggu... " Hana gelak. Elina turut ketawa.

"ha.. Bila nak langsung majlis korang berdua ni? Bercinta dah lapan tahun. Tak ada apa apa plan ke..? "

"ada.. Plannya macam ni lah.. Dating sampai ke sudah. Entahlah Sufian tu. Kata sayang. Cinta. Hm.. Tapi bila cakap pasal kahwin dia cakap tak ready lagi. " Hana menarik muka masam. Nasi goreng daging masak merah disuap ke mulutnya.

"Sufian tu tak ready kut dia belum cukup duit nak pinang kau. Nanti apa pula kata family kau. Nak bagi anak diorang makan apa?. Jangan risaulah. Sufian tu setia. Macam kau juga. Tak lama lagi naik pelamin kau orang berdua, aku doa doakan... Aamiinn... "

"aamiinn... Terima kasih El doakan kami. Itu lah kalau difikirkan balik aku nak cari je boyfriend lain. Tapi sebab aku tahu Sufian tu baik dan setia aku sanggup tunggu. Aku buang jauh jauh semua secret admire aku yang lain. Jangan aku dah tua kerepot baru dia nak datang minang aku sudah. "

Hana dan Elina ketawa besar.

"kau pula macam mana, Faris apa khabar? Lama tak dengar cerita pasal dia. Betul ke kau dah break dengan dia babe? "

"aa.. Not now. Yang tu lagi aku tak de mood nak cerita. Cukup kau tahu, yang aku dengan dia dah tak ada apa apa. Kami dah putus. "

"wei.. Cerita lah.. Kenapa?? Aku ingat korang happy je.. Sweet couple in the world. Sweet sweet. Bersarang IG dan fb korang dengan ayat ayat cinta.. Madah pujangga.. Kenapa, tak nak share dengan aku ke?? "

"nope. Tak de apalah. Anggap je lah kami tak de jodoh ye cik Hana... Dah lah cepat makan. Kita belum solat asar tau.. "

"ye lah. Bukannya nak share dengan aku... "
"Hana.. Bukan tak nak share. Just something personal. Rasanya baik kau tak payah tau.. "

Hana buat muka. Dia benar benar nak tahu pasal Faris tapi Elina tak nak kongsikan apa apa pasal teman lelakinya itu. Opps.. Bekas teman lelakinya itu. Ianya berkaitan aib Faris. Biarlah hanya dia seorang yang tahu.

Selesai shopping mereka berdua berjalan menuju kereta. Tanpa disangka sangka satu incident berlaku.

Elina terjatuh ketika pencuri cuba meragut beg tangannya. Hana menjerit sekuat hati. Pencuri itu kelihatan terkejut dan cuba bertindak lebih kasar menarik beg tangan mereka berdua.

"tolong!!!.... Tolong...... "

Sepantas itu juga sebuah kereta muncul dan melanggar pencuri yang sedang bergelut menggugut mangsa mangsanya menggunakan sebilah pisau. 😰🔪

Saat itu pencuri itu terjatuh dan menjerit kesakitan kerana dilanggar. Pemandu lelaki itu muncul dan memukul peragut tersebut. Seorang peragut berbaju hijau yang berada di atas motor turut ingin membantu, namun tidak berani apabila melihat dua orang pengawal keselamatan dan seorang polis mengejarnya dari belakang. 🚔🚔

Akhirnya peragut berbaju hitam itu ditangkap dan mereka berdua ke balai polis untuk membuat laporan.

Tangan Elina yang cedera dibalut, dan diberi ubat luka oleh doctor perempuan berbangsa india itu.

Elina masih terkejut dan trauma. Wajahnya pucat. Dia tidak menyangka lelaki yang menolongnya itu adalah majikannya.

"kau okey tak ni Elina?. Pucat aje. Boleh drive balik rumah tak ni? Ke nak aku hantar kan..?"

"aa.. Saya okey. Kawan saya dia boleh drive. Kan Hana? "

"aa.. Encik saya boleh drive. Terima kasih encik dah bantu kami.. " Hana memandangnya sambil tersenyum.

"Terima kasih encik.. " Elina pula bersuara.

"okey. Aku pergi dulu. Lain kali hati hati sikit. Sekarang ramai penjenayah. Kena selalu ada benda mempertahankan diri. Ingat tu... "

Encik Rizal berlalu, mereka berdua masih memandangnya.

Dalam perjalanan pulang, Elina masih mengaduh sakit.

"kau okey tak ni.. Tinggal rumah aku je lah malam ni. Risau pula aku. "

"tak nak lah. Segan dengan kawan kawan kau.. "

"nak segan apanya El?. Diorang semua kenal kau.. Habis tu kau nak drive balik macam mana lepas ni? Haa macam ni lah aku drive terus rumah kau. Nanti aku call Sufian datang ambil aku dekat sana. "

"terima kasih Hana.. "

"sama sama El. Tak payah lah nak berterima kasih. Aku kan kawan kau. Susah senang kita bersama okey. Dah kau rest. Sampai rumah nanti jangan lupa sapu ubat, makan ubat lepas tu rehat. "
Pesan Hana.

"baik.. Cik Hana.. "

Elina tersenyum.

Tiba tiba dia teringat Encik Rizal yang kebetulan datang menyelamatkan mereka berdua tadi. Dia merasa majikannya itu agak berani bertindak di saat saat mendebarkan itu. Saat mereka berdua sedang bergelut dengan peragut yang tak berperikemanusian itu.

Tiba tiba Hana bersuara sambil memandangnya.

"Eh, El kau kenal ke Encik Rizal tadi.. Dia tahu nama kau.. Siapa dia tu..? Hensemnya lahai.. Dah lah berani. Dah macam hero tamil tadi kau perasan tak...? Dia main langgar aje peragut tu tadi. Kan... "

"dia tu... Sebenarnya majikan aku."

"what?? babe, Majikan kau... betul ke, itulah Encik tebuan yang kau cerita tu?? "

Elina mengangguk.

"ya.. Hm.. Patutlah dia kenal kau. Boleh tahan jugak dia tu.. Cool aje, nampak tak tadi..? Lepas ni tak boleh panggil encik tebuan dah. Kena panggil encik penyelamat... Tak pun. Mr brave man.. "

"ada ada jelah kau ni. Cubalah panggil dia macam macam. Dia sound aku tak ingat nanti. Dia garang tau. Kat luar nampak lain. Cuba kau kerja dengan dia baru kau tahu... "

"ye ke... But at least dia tolong kita. Kau berbaik baiklah dengan dia. Lepas ni dah tak jadi tebuan dah kot."

" Aku memang selalu buat baik dengan dia. Dia kan majikan aku. So far macam tak de perasaan. Muka ketat aje..... Tapi aku tak nafikan dia memang berani tolong kita tadi. Baik juga dia kan.. "😀😌

"haa itulah aku cakap El. Dari sisi lain majikan kau tu baik juga. Tak adalah biar aje kita kena ragut.. "

Aku hanya mengiakan. Esok aku kerja. Rasanya macam tak ready aje nak masuk kerja. Luka dan calar calar dekat tubuhnya masih menyakitkannya.😭😭 Encik Rizal. Bagilah cuti... Pintanya dalam hati. Namun dia takut untuk meminta cuti dengan majikannya yang garang itu. Er..

👠 | EPISOD RINDU ELINA | By : missPuteri | in The Making.... now |Where stories live. Discover now