part 14

4 0 0
                                    

"Senyap aje. Marah lagi? "

Elina diam. Baby Dee tidur di seat belakang dengannya. Encik Rizal melihatnya melalui cermin hadapan.

"Elina.."
Tiada jawapan juga.

"Okey aku minta maaf sebab sebelum ni aku tak pernah honest dengan kau yang baby Dee tu sebenarnya anak aku. Tapi aku ada sebab. " Jelas encik Rizal.

Elina diam lagi. 😕

"Sebab tu kau tak perlu tahu kenapa? Sekarang tugas kau jaga baby Dee dengan baik. Aku tak pernah gagal membayar gaji kau tiap bulan kan? So kau dah tahu. Tolonglah buat macam tak ada apa apa yang berlaku. Tak payah lah nak merajuk tak nak bercakap. Sampai nak berhenti kerja. "

"Ye saya tahu encik saya ni cuma pekerja. Tapi encik dah tipu saya. Encik tak jujur.  Kenapa nak rahsiakan identiti Delaila?. Kesian dia. Selama ni saya dah fikir macam macam. Mana mak ayah Delaila? Kenapa encik yang kena jaga? Tapi sebab tak nak encik marah saya diam aje. Tak sangka anak encik sendiri, encik cakap anak saudara. Encik tak sayangkan Dee? "
Elina meluahkan semua yang terpendam di hatinya.

"sayanglah! Sebab aku sayang aku nak jaga dia.. "

"mana mak Delaila encik? Tolonglah jawab dengan jujur kali ni.. Salah ke kalau saya sebagai pengasuhnya nak tahu? "

"kau tak payah tahu. " Encik Rizal tetap tidak mahu mendedahkan siapa sebenarnya isterinya.

"Suka hati encik lah. Kalau macam tu saya nak berhenti. Saya tak nak bersubahat dengan encik. Encik tak jujur. Entah entah encik ada muslihat lain. Saya tak nak terlibat! "

"ish.. Kau ni.. Okey. Aku akan bagitahu tapi bukan sekarang. Tunggu beberapa bulan lagi.. "

"kenapa kena tunggu berbulan bulan, susah sangat ke saya nak tahu pasal mak Delaila encik? "

"Sekarang bukan masanya lagi. Kau tak payah risau apa apa. Aku takkan libatkan kau sekali dengan hal Dee. Puas hati? "

Sudahnya encik Rizal pula diam. Elina berputus asa. Dia membuang pandang ke luar tingkap. 😒

👠 | EPISOD RINDU ELINA | By : missPuteri | in The Making.... now |Where stories live. Discover now