"Sampai hati encik tipu Elina selama ni. Baby Dee ni anak encik?? Kenapa mesti tipu? Saya memang pekerja encik saja tapi kenapa encik tak bagitahu hal sebenar. Saya minta maaf encik. Boleh tak kita balik esok? Saya dah tak nak kerja dengan encik. "
Elina menghantar whatsapp pada encik Rizal. Baru puas hati dia.
Encik Rizal tersedak ketika minum air selepas membacanya. Ternyata Elina benar benar marah padanya. Sehingga nak berhenti kerja. Alamak masak aku.
"Elina. Dengar dulu aku ada sebab buat macam tu. Please jangan buat perangai kita dekat kampung sekarang ni... "
"sebab apa?? "
"sebab.. Nantilah aku cerita. Panjang sangat nak bagitahu dekat sini. Nanti aku sambung. Please. "
"encik.. Saya nak balik! ""Elina please. Jangan macam ni. Elina keluar sekarang baby Dee nak susu. Tolong buatkan. Semua kelengkapan susu formula ada dalam bilik kau. Aku janji aku bagitahu semuanya nanti. Cepat keluar. "
Tegas Encik Rizal sambil mendukung Dee yang sedang menangis.
Tidak lama selepas itu, Elina muncul bersama botol susu. Terus didukungnya anak kecil itu ke biliknya. Sekali pun dia tidak memandang Encik Rizal yang masih menanti dia bercakap dari semalam lagi. Marah betul, kata hatinya.
Petang itu ketika baby Dee tidur, Elina ke dapur menolong mak lang dan jiran jiran membersihkan pinggan mangkuk dan kelengkapan periuk belangga yang digunakan ketika kenduri semalam. Elina begitu ramah melayan orang kampung. Walaupun dia merajuk dengan Encik Rizal namun dia tetap berlagak biasa dan peramah. Encik Rizal lega.
Dalam pada itu, beberapa orang jiran mereka berbisik sesama sendiri.
"Baik betul pengasuh Delaila tu Kiah. Sampai ke sini dia ikut Rizal. Betul ke dia cuma pengasuh, atau dia sebenarnya isteri Rizal, Kiah? "
"ishh.. Kamu ni Limah. Kenapa cakap macam tu. Isteri dia bukan Elina. Memang baik budaknya. Rajin. "
"Betul tu Kiah, aku tengok bukan main rapat mereka berdua. Tu...... anak dia pun rapat sangat dengan Elina.. " jawab Mak Yam pula.
"memanglah rapat Yam, dah berapa lama dia kerja mengasuh budak tu. Kamu ni pun.. "
"Kiah, tak risau ke isteri si Rizal tu?.. Dah lah Elina tu muda lagi, cantik. Di buatnya Rizal jatuh hati porak peranda rumah tangga diorang. "
"astarfirullahal aazim. Sampai ke situ pula kamu fikir Limah. Elina tu baik budaknya. Isteri Rizal pun kenal Elina tu. Jangan fikir bukan bukanlah. Minta jauh semua tu. Aku pun sama, kalau boleh tak nak semua tu berlaku. Sudah lah kita doakan yang baik baik saja. Cepat siapkan kerja ni. Jangan cakap pasal ni lagi, nanti dengar dek Elina apa pula katanya. "
Mak lang Rokiah bangun dan menyusun periuk ke tempat asalnya. Mak Limah dan Mak Yam turut bangun membantunya mengangkat gelas dan pinggan mangkuk yang telah dicuci oleh Elina lalu menyusun di tempat biasa.
Ketika Elina membantu Mak lang memasak di dapur Encik Rizal mendukung anaknya. Elina masih tidak bercakap dengannya. Dia serba salah. Dia tahu dia salah tapi dia lakukannya bersebab. Dia tidak mahu sesiapa pun tahu tentang siapa ibu kandung Delaila.
"ahhh... " Elina terjerit kecil. Tangannya luka kerana pisau. Darah mengalir di hujung jari telunjuknya. Encik Rizal menghampiri. Dia mengambil kotak first aid dan memanggil nama sepupunya itu.
"Mira.. Mira! "
Mira datang ke dapur apabila namanya di panggil. Mak lang yang baru keluar dari tandas juga menghampiri mereka.
"kenapa ni, darah? "
Elina menahan sakit."Elina luka kena pisau. Mira tolong abang. Buka first aid. Balut luka kak Elina. "
Mira hanya menurut. Mak lang mengajak Elina duduk di kerusi. Encik Rizal masih di situ. Dia masih tahu batasnya pergaulan mereka. Dia menyuruh sepupunya itu untuk menyapu ubat gamat dan membalut luka di jari Elina.
"sakit lagi Elina? "
Elina menggeleng."tak. Sikit aje Mak cik. "
"hm. Akak termenungkan apa tadi sampai terhiris tangan ni.. Haa teringat buat hati ye? " usik Amira. Mereka ketawa.
"mana ada. Pisau tu tajam sangat. Okey dah ni. Sikit aje. Thanks Mira. "
"welcome akak. Dah akak berehat. Jari tu jangan kena air dulu nanti pedih. Duduk sini diam diam biar Mira potong bawang ni. Mak nak masak apa ni? "
"masak ayam masak merah. "
Encik Rizal masih memandang Elina.
"tahan sakit tak? "
Elina tidak menjawab."sakit lagi ke ni?" kali ini Amira menoleh. Encik Rizal meninggikan suara. Tiba tiba dia rasa marah pada Elina yang tidak menjawab soalannya.
"amboi kasarnya abang Rizal ni. Cuba cakap elok elok. Kak Elina sakit tu.. "
"cakap elok dah ni.. "
"tak. Dah okey sikit. Jom mandi baby.. "
Elina ingin mengambil baby Dee dari dukungan Encik Rizal.
"tak apa lah, aku mandikan dia. Kau rehat aje. " Encik Rizal pergi meninggalkan dapur.
Amira duduk berhadapan dengan Elina."kak nak tanya sikit.. Akak dengan abang Rizal bergaduh ke. Dah macam pasangan kekasih pula Mira tengok. "
"Eh mama ada! Kekasih?? Encik Rizal dah kahwin tau. Akak ni baby sitter aje. "
"itulah, Mira tengok akak sesuai dengan abang tapi abang kahwin dengan pelakon tu.. Mira tak berkenan sangat dengan Mawar Alia tu, sombong. "
"Mira! Kenapa cakap macam tu... Ish budak ni.. "
Elina diam.
Amira mencebik."Dekat rumah kak Mawar okey tak. Dia masak tak...?"
"aa.. "
Sudah.. Aku mana tahu. Aku bukan selalu jumpa Mawar Alia."Aa.. Rajin juga lah masak. Akak jaga siang aje. Akak tak tahu lebih lebih. Cuma bila hujung minggu dia selalu masak banyak banyak. Keluar jalan jalan. "
Elina menipu."ye ke... Bukan ke kak Mawar tak suka orang tahu dia dah kahwin?"
Mak lang menegurnya.
"Mira. Jaga jaga sikit mulut kamu tu. Tak baik cakap macam tu. Itu hal rumah tangga orang lain. Jangan masuk campur. Dah belajar memasak dengan mak. Kamu tu nanti nak kahwin. Kalau tak pandai masak lapar kebulur si Badrul tu nanti.. Jangan cakap pasal isteri abang Rizal lagi nanti dia marah kamu Mira. Ingat tu... "
Amira tersengih. Dia menutup mulutnya.
😬😷
YOU ARE READING
👠 | EPISOD RINDU ELINA | By : missPuteri | in The Making.... now |
HumorEpisod Rindu Elina: Menceritakan kisah 👠👒👗Nur Haura Elina yang menjadi pembantu rumah menggantikan Mak Yam yang sedang sakit. Encik Rizal Arman yang cerewet itu betul betul menjengkelkan Nur Haura Elina. Sepanjang bekerja di situ dia hanya mempu...