"Sayang! Tolonglah. Kesiankan abang. Cuba bertimbang rasa dengan baby Dee. Sayang buat macam ni tak fikirkan kami ke? "
Encik Rizal sedang berbual dengan seseorang di telefon! Elina mencuri dengar dari luar bilik Encik Rizal.
Elina terbukam. Dia merapatkan dirinya ke dinding. Dia cuba menyembunyikan diri. Saat ini dia betul betul berdebar debar. Secara tidak sengaja dia terdengar perbualan Encik Rizal dengan seseorang itu bertambah serius.
"sayang. Okey macam ni apa kata awak balik sekarang tengok anak kita. Baby demam. "
Baby??? Anak kita??.. Jadi Delaila tu anak kandung Encik Rizal?. Elina menutup mulutnya. Sungguh dia tidak menyangka anak asuhannya itu anak majikannya sendiri. Bukan anak saudara.
Tapi.. Siapa ibu kandung baby Delaila?."abang tahu sayang sibuk. Tapi boleh tak kali ni aje tinggalkan sekejap kerja tu. Anak kita lebih penting. Dia rindukan awak. Selama ni mana pernah dia berpisah dengan awak sayang. Awak langsung tak ingatkan baby ke?. Dah berapa bulan awak tinggalkan dia dengan abang. Dengan pengasuh. Sepanjang dia dengan abang dekat rumah ni berapa kali awak datang? Please sayang! Baliklah ke sisi abang. Abang perlukan sayang."
"Awak kena sedar tanggungjawab awak sebagai isteri sebagai ibu. Jangan jadi ibu yang pentingkan diri sendiri, anak tengah sakit pun sibuk dengan shooting. Abang bagi awak masa hari ni aje. Kalau sayangkan anak kita awak balik. Kalau tidak abang nak sayang tinggalkan dunia lakonan dan nyanyian sayang. "
Shooting?? Maksudnya isteri majikannya itu seorang artis?. Jangan jangan, artis yang dimaksudkan itu cik Mawar Alia?.
Elina turun ke tingkat bawah. Pada mulanya dia ingin mengajak Encik Rizal makan. Namun lain pula yang terjadi. Dia tidak menyangka yang Encik Rizal sudah beristeri dan mempunyai anak. Ketika itu juga dia sedikit hampa kerana mempunyai perasaan pada majikannya. Dia tahu Encik Rizal tidak akan memandangnya langsung kerana dia bukanlah secantik Mawar Alia, sekaya dan sekufu dengan mereka.
Elina mengambil daun bunga raya dan membawanya semangkuk air. Daun bunga raya dicarik dan dimasukkan dalam air. Lalu dijelum di kepala baby Dee yang demam. Sudah tiga bulan dia menjaga anak asuhannya itu. Kasihnya tumpah pada baby Dee. Malah dia menganggap anak itu seperti anaknya sendiri. Selepas dia mengetahui bahawa baby adalah anak Encik Rizal dia mula tertanya tanya kenapa Encik Rizal menyembunyikan kenyataan ini?. Kenapa baby secomel Delaila dibiarkan tinggal bersama papanya sahaja. Sedangkan ibunya masih ada dan Elina rasa mereka belum berpisah.
Kesian awak baby..
Elina menyentuh kepala baby.
Dia mendodoi baby yang mula merengek itu. Kesian suhu badannya tinggi. Semalam dia sudah membawa baby ke klinik. Namun masih belum baik.Pukul empat petang Elina masih di sisi baby. Encik Rizal yang berdiri di depan pintu bilik hanya memerhati gerak geri Elina yang menjaga anaknya itu. Elina memang bertanggungjawab menjaga anaknya dengan penuh kasih sayang. Sedangkan isterinya yang juga ibu kepada baby tidak ada bersama anak itu.
"Er.. Encik." Elina baru perasan kehadiran Encik Rizal.
"macam mana baby? Demamnya dah kurang ? " soalnya risau sambil menyentuh dahi baby.
"belum. Suhunya masih tinggi. Kita bawa baby ke kecemasan ajelah encik. Risau saya. Dia susu pun tak nak minum. Asyik muntah muntah. "
"abang. Macam mana baby? "
Satu suara kedengaran. Elina dan Encik Rizal memandang susuk tubuh wanita yang muncul di hadapan mereka itu.
"sayang.. Er.. Mawar.. Bila awak sampai? " mereka memandang Elina yang masih ada di situ. Encik Rizal menyuruh Elina meninggalkam mereka berdua. Elina segera berlalu pergi.
Encik Rizal menutup pintu bilik.
"abang ingat Mawar tak datang. "
"bang.. Mawar minta maaf. Mawar sayangkan abang dan anak kita. "
Mawar mencium tangan dan memeluk suaminya selepas itu dia memangku anaknya pula yang sedang menangis kerana demam. 😪
Encik Rizal hanya mengangguk dan tersenyum lega kerana isterinya pulang ke rumah juga. Anak sekecil Delaila memang memerlukan ibu kandungnya.
Elina duduk di sofa. Lidahnya kelu. Jika dulu dia teruja melihat artis itu. Tetapi kini hatinya berbolak balik. Dia dapat merasakan bahawa Mawar adalah isteri Encik Rizal.
Dia kecewa kerana lelaki itu ternyata milik isterinya yang sah. Masih dia teringat wajah Encik Rizal yang gembira melihat isterinya tadi.
Namun dia lega dan happy sebab baby Delaila sudah menemui ibu kandungnya yang telah menghilang dari pandangan matanya sejak tiga bulan lalu. Pasti anak itu gembira melihat Mawar di sisinya mulai hari ini.
Elina ke dapur untuk panaskan lauk, dan ingin meminta diri untuk pulang kejap lagi. Biarlah dia memberi waktu untuk keluarga ini bersatu semula.
Walau apa pun sebab dan keputusan yang telah mereka ambil Elina tidak ada hak untuk masuk campur. Mungkin juga selepas ini dia tidak lagi akan bekerja di sini.
Dia berwajah muram. 😞😕
"Encik saya balik dulu. Nanti kalau ada apa apa berita pasal baby jangan lupa call saya. Saya risaukan baby Dee. "
"takpelah kau tak payah risau. Sekarang Mawar ada. Dia tahu apa yang terbaik untuk baby. Dia pun sangat rapat dengan baby. Baby memang memerlukan dia. Anyway apa apa pun aku nak ucapkan terima kasih dekat kau. Sebab dah susah payah selama ni untuk baby untuk keluarga aku.. "
Elina memandang wajah Encik Rizal. Dia akur sekiranya dia tidak diperlukan sebagai pembantu rumah di sini lagi.
"ya encik. Elina tahu mungkin sampai di sini saja Elina kerja dekat sini. Mungkin selepas ini cik Mawar nak jaga baby."
"Aih. Kenapa ni? Kau tak nak kerja dekat sini lagi ke? " Encik Rizal pelik dengan kata kata Elina.
"saya nak. Tapi encik cakap macam... Tak nak saya jadi pembantu rumah lagi tadi. "
"bila masa pula?. Cik Mawar tu datang kejap je. Dia kan kerja. Kenapa pula kau nak kena berhenti? kerja kau bagus aku suka. Dah lah jangan merepek. Aku bukan nak suruh kau berhenti kerja. "
Elina termanggu manggu. Cik Mawar ketawa perlahan.
"oh jadi dia lah pembantu rumah yang awak selalu cakapkan tu. Hm.. Terima kasih tau sebab dah jaga rumah, jaga baby.. Siapa nama you tadi?. Wait, I rasa macam pernah nampak. Oh ya.. Kita jumpa dekat luar rumah hari tu... I ingat you jiran Rizal. "
Elina hanya tersenyum.
"tak puan. Er cik Mawar. Saya Elina pembantu rumah ni. "
"ya. I know. Like what Rizal said. I should grateful to you. Sebab dah jaga baby untuk kami. "
"untuk kami? "😐
"Ya!. Maksud I kami berdua ni bestfriend, dah macam keluarga. Jadi kalau you jaga family ni dah sama macam you jaga family I. Thanks once again Elina."😊
Mawar mengenggam tangannya dan tersenyum. Elina berpura pura tersenyum. Encik Rizal hanya mengiakan kata kata Mawar.
YOU ARE READING
👠 | EPISOD RINDU ELINA | By : missPuteri | in The Making.... now |
HumorEpisod Rindu Elina: Menceritakan kisah 👠👒👗Nur Haura Elina yang menjadi pembantu rumah menggantikan Mak Yam yang sedang sakit. Encik Rizal Arman yang cerewet itu betul betul menjengkelkan Nur Haura Elina. Sepanjang bekerja di situ dia hanya mempu...