Elina membawa baby Dee ke luar rumah. Dia melayani kerenah anak majikannya itu. Gelak ketawa mereka kedengaran dari tingkat bawah. Encik Rizal juga terhibur. Ada senyum di bibirnya. Elina benar benar menyayangi anaknya itu.
Encik Rizal mendail number telefon isterinya. Setelah sepuluh minit berbual Encik Rizal menyuarakan isi hatinya untuk mengajak isterinya pulang ke kampung.
"sayang. Hujung minggu ni, Mak Lang ajak balik kampung ada kenduri. Jom kita balik sayang. Dah lama kita tak balik kampung arwah papa. "🏡
"balik kampung?. Em abang. Mawar minta maaf, bukan Mawar tak nak pergi. Tapi shooting drama berapa hari lagi dah nak habis lepas tu ada press lagi. Ada announcement drama terbaru. Mawar memang sibuk. Kalau tak hadir, macam mana Mawar nak naikkan rating drama tu?... "
"sayang... " Encik Rizal mengeluh.
Sebenarnya dia sudah tidak tahan mendengar alasan isterinya itu. Sudah lama mereka tidak balik kampung bersama sama. Kali ini dia benar benar ingin memohon cuti untuk pulang. Isterinya pula banyak alasan.
"Sayang. Kita ni dah kahwin tau. Sayang ada tanggungjawab pada keluarga kita. Sudah sudahlah tu dengan kerja. Mawar dah lupa abang ni Suami Mawar??. Sayang kena patuh pada abang tahu... "
"Mawar tahu abang. Tapi memang Mawar tak boleh. Abang tolonglah faham. Mawar tak nak gaduh dengan abang. Mawar minta maaf. Mawar minta abang sabar.. Sikit aje lagi... Abang... Please. "
"sudahlah Mawar. Abang dah kecewa sangat dengan Mawar. Mawar berhentilah. Lupakan cita cita Mawar tu. Mawar tak pernah cuba nak faham abang. "
"abang..... "
Panggilan diputuskan.Encik Rizal termenung.
Puas dia beristiqfar. Hatinya benar benar terluka dengan Mawar Alia. Bukan dia tidak memahami isterinya.. Namun isterinya lebih mementingkan kerjayanya sejak dari dulu lagi. Egonya tiba tiba meninggi. Di tambah lagi dia melihat gambar mesra Mawar Alia dan hero pujaan ramai bernama Hariz.Pasangan itu sering mendapat perhatian dan sering didoakan oleh peminat supaya mereka disatukan melalui ikatan perkahwinan. Hatinya makin terguris kerana cemburu. Kalau ikutkan hati dia ingin memberitahu seluruh Malaysia bahawa Mawar Alia itu miliknya. Isterinya.
Tetapi dia keberatan. Sekelip mata mungkin nama baik isterinya akan tergugat. Seorang artis yang telah melanggar contrak. Alia pasti tidak akan memaafkannya.
Satu mesej pesanan ringkas masuk.
"abang. Mawar tak ada niat nak lukakan hati abang. But please! Tolong kali ni aja. Bagi Mawar tempoh empat bulan lagi. Mawar janji. Mawar sayang abang tau. Jangan marah Mawar lama lama abang. Mawar rindu. 💋💋💕"
Encik Rizal tidak membalas. Sebaliknya meletakkan telefonnya kembali.
----------------------
"Elina? "
"ye encik. "
"em. Hujung minggu ni hari cuti kau free tak.."
"kenapa encik? "
"aku nak balik kampung. Nak bawa baby Dee sekali. Kat sana Mak Lang aku nak buat kenduri. Sepupu bertunang.. Aku takut diorang tak dan nak handle semua benda. Tak sempat nak layan baby. So aku ingat. Aku ingat.. nak ajak kau ke sana. Jaga baby dekat sana. Boleh? "
"ah... " Elina berjeda. Dia berfikir. Biar betul sampai ke kampung dia nak aku jaga baby Dee. Seganlah nak ke kampung majikannya itu.
Kejap Mawar Alia tak ikut balik sekali ke?.
Soalnya dalam hati."boleh tak aku nak minta tolong kau ni? Kalau tak boleh, tak pe lah. Aku cancel aje balik kampung tu... Lain kali ajelah aku balik. "
Elina memandang Encik Rizal. Dia serba salah. Betul ke keputusan yang aku buat ni? keputusan untuk ikut Encik Rizal ke kampungnya.
"kampung encik dekat mana? "
"Dekat Johor. "
Johor?. Jauh juga tu Elina diam."Takpelah kau tak payah fikir. Aku tak jadi balik sana. " Encik Rizal mendukung baby Dee.
"berapa hari dekat sana encik? "
"aku punya plan nak cuti seminggu. Alang alang dah cuti baliklah lama sikit. Tapi nak tinggal baby dekat sini, lama lama rindu pula. Tak pelah lain kali aje lah aku balik. "
"Encik. Saya boleh ikut encik. Lama dah encik tak balik kan?. Mesti encik rindu dekat keluarga encik. Saya setuju ikut encik balik kampung. Jaga baby dekat sana. "
"betul ke ni? "
"ye.. "
Elina mengangguk.
"okey" jawab Encik Rizal ringkas. Dia berlalu. Wajahnya ceria sedikit. Dia sebenarnya terperanjat kerana Elina menurut kemahuannya untuk menjaga anak kesayangannya di kampung nanti.Selepas itu, Encik Rizal berpaling semula.
"Elina. Terima kasih. " Encik Rizal tersenyum. Hensemnya lahai. Cair Elina seketika. 😳😊
Elina juga tersenyum. Sama sama encik jawabnya dalam hati. Entah kenapa hatinya berbunga bunga. Sejak kebelakangan ini dia menyukai layanan majikannya itu. Cepat cepat dia berhenti berangan. Encik Rizal tu suami oranglah, bisik hatinya.
YOU ARE READING
👠 | EPISOD RINDU ELINA | By : missPuteri | in The Making.... now |
HumorEpisod Rindu Elina: Menceritakan kisah 👠👒👗Nur Haura Elina yang menjadi pembantu rumah menggantikan Mak Yam yang sedang sakit. Encik Rizal Arman yang cerewet itu betul betul menjengkelkan Nur Haura Elina. Sepanjang bekerja di situ dia hanya mempu...