11

493 92 2
                                    

CM-MYG

••••••

   -----
Bab 11
   -----


Point of view;
Min Yoongi


Aku keluar daripada perut kereta hitam dengan terburu-buru. Berlari anak kearah Joshua yang telah menanti ke datanganku di luar bas yang terhenti di birai jalan.

 Berlari anak kearah Joshua yang telah menanti ke datanganku di luar bas yang terhenti di birai jalan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



Tempat kejadian telah dikawal ketat oleh pengawai polis. Para penumpang dan orang awam diarah mengosongkan tempat kejadian.


Walau demikian, masih ada yang sibuk merakam serta mengambil gambar kejadian daripada jauh.




Diri Joshua didekati.






"Pengawai Hong!" Bahu lelaki itu ku sentuh daripada belakang.






"Tuan Min!" lantas lelaki itu mengangkat tabib sebagai tanda hormat kepada orang atasan.






Aku menoleh memandang beberapa ahli forensik yang baharu keluar daripada bas.


"Kami akan bawa mayat ke hospital forensik," kata salah seorang ahli forensik yang lengkap berpakaian jubah putih serta penutup mulut pada Pengawai Kim.


"Boleh benarkan kami lihat keadaan mangsa?" Aku menyoal lantang membuatkan dua pandangan manusia itu beralih kepadaku


"Maaf. Encik ni?"


"Min Yoongi, inspektor bahagian jenayah Barat," kataku sekaligus melangkah kearah dua manusia itu.



"Min Yoongi?" Lelaki forensik itu lantas memandang Pengawai Kim dan kembali memandangku serta menanggalkan mask dimuka. "Yoongi, dah lupa aku ke?" Dia menyoal.



"Jun Hui Wen," sebutku pelan lantas.



"Yup. Ini aku Jun. Pergilah tengok mayat tu Inspektor Min. Tapi jangan sentuh apa-apa," katanya memberi kebenaran sekaligus amaran. Manakala, aku hanya mengangguk kecil.



"Pengawai Hong. Jom!" Aku mengajak Joshua untuk bersamaku. Aku menaiki bas.



"Tuan Min, mask," kata Joshua lantas menghulurkan mask putih kepadaku. Manakala, lelaki itu telah memakai mask miliknya.



"Tak perlu."



Mayat lelaki yang merupakan pelajar di sebuah sekolah Busan didekati. Mayatnya masih berada di dalam posisi duduk di atas kerusi dengan besi halus terpancak pada leher.




"T-tuan Min, boleh tak kalau saya nak--."



"Jangan nak mengada nak turun. Kau kena belajar," cantasku.



Aku melihat mulut mangsa yang sedikit terbuka, bibirnya sudah pucat lesi.



Aku mengeluarkan sarung tangan plastik pakai buang, dan memakainya. Tangan aku kibarkan di hadapan wajah mangsa yang kelihatan terdapat beberapa ekor lalat berkumpul di bahagian mata yang terbeliak besar.



"Besi tajam terkena terus pada bahagian halkum mangsa," bicaraku.



Aku berpaling memandang Joshua yang sedang berdiri membelakangiku.



"Tuan Min... Nanti saya rela dihukum. Saya tak tahan!" kata Joshua sebelum berlari anak turun daripada bas.




Aku mengeleng kecil, "Budak pelatih."




Aku menunduk memandang cawan plastik Americano. Minuman daripada Paradise Cafe. Di bahagian luar cawan itu terdapat nama kafe serta logo.



Aku berpaling pula kearah telefun mangsa di tangan. Ada panggilan tak diangkat.



Aku membongkokkan sedikit badanku bagi mencapai telefun pintar itu.



Skrinnya dibelek olehku.




"15 panggilan tak dijawab,
Hae Chan (BFF)💖"



Plastik aku keluarkan sekaligus, telefun itu dimasukkan di dalamnya.



Aku bergerak pula ke pintu kecemasan yang terbuka luas. Terdapat pelekat forensik. Berkemungkinan laluan pembunuh untuk melarikan diri.



Aku kembali berpaling. Berura-ura untuk keluar daripada bas sehinggalah mataku menangkap satu kad joker di atas lantai berdekatan seat mangsa.




Kad Joker itu aku capai dengan mengunakan sarung tangan sebelum kad diterbalikkan.




새로운 사명 : Na-Jaemin을 죽이라




"Kad pembunuhan? Pembunuhan diupah ke?" Aku menyoal diri sendiri



"Sekejap. Membunuh mengunakan arahan daripada kad...." Aku menutup mata sambil mengosok pelipis sendiri. Mata aku celik sebelum mulut mula mengatur bicara, "Kes yang sama seperti pembunuhan bersiri yang dilakukan oleh kumpulan mafia luar negara, Dragon Head."




Aku memasukkan kad itu ke dalam plastik sebelum berlari anak keluar daripada bas. Diri pengawai Kim didekati. "Pengawai Kim. Kes ni benarkan saya yang handle," kataku laju sehingga menarik perhatian Joshua yang sedari tadi mengeluarkan isi perutnya. Muntah.



"Baiklah. Kes ini saya serahkan kepada kamu." Pengawai Kim berkata lantas beredar pergi.



"Joshua. Kau jadi pembantu aku. Serahkan ini kepada forensik untuk mendapatkan cap jari pada kad dan pada telefun mangsa ini!" arahku lantas menghulurkan plastik ditangan.



.
.
.
.
.



Tanpa lelaki itu ketahui, ada Yeona memerhati mereka di sebalik keriuhan para wartawan yang datang membuat liputan terkini.



'Takdir akan terus-terusan mempertemukan kita kan, Min Yoongi,'desis hati kecil gadis pembunuh itu sebelum dia mula melangkah pergi meninggalkan kawasan tersebut.




••••••

to be continue

[✔] Catch Me - mygWhere stories live. Discover now