05

629 97 21
                                    

SHCT-MYG

   -----
Bab 05
   -----

••••••




Point of view;
Min Yoongi






Korea Selatan;








"Polis jenis apa macamni? Polis tahi kucing!"





Aku yang baharu melangkah masuk ke dalam balai polis bahagian penyiasatan itu terus menoleh kearah seorang lelaki yang sedang mengamuk tak tentu pasal.





Diri Joshua yang mengayakan pakaian polis berwarna putih susu dan topi yang dikhaskan buat polis pelatih didekati.






"Joshua. Asal tu?" Aku menyoal setelah bahu lelaki berwajah comel itu disentuh pelan.





"Oh, Inspektor Min. Itu anak pemilik Syarikat R, Lee Kwang Soo. Dia nak tuntut pampasan insurans. Dia mendakwa dirinya dirompak sewaktu dalam pejalanan untuk memasukkan duit Syarikat ke dalam account bank ayahnya," terang Joshua.






"Then?"




"Kami pun bagitahulah, bahawa penyiasatan perlu dibuat terlebih dahulu sebelum dia boleh menuntut sebarang Insurans. Tapi, dia tiba-tiba mengamuk macam terkena sawan babi."

Aku tergelak kecil, jelas terpancar daripada wajah Joshua bahawa dia tidak berpuas hati dengan tingkah laku lelaki bernama Kwang soo itu.

"Suruh dia masuk ke pejabat aku dan takpayahlah cakap formal sangat dengan aku. Bukannya kita ni orang asing kan," kataku lantas berlalu pergi memasuki ruang kamar milikku sempat bahu Joshua aku pukul pelan.

Aku duduk di atas kerusi sebelum tali leher dilonggarkan sedikit.





Klerk!








Aku memandang lelaki yang baharu memasuki ruang pejabatku sekilas sebelum menoleh memandang Joshua yang berura-ura untuk keluar. "Pengawai Hong, tunggu dekat sini." arahku pada Joshua.






Manakala, Joshua hanya mengangguk dan lantas mengambil tempat berdiri di sebelahku menghadap Lee Kwang Soo.






"Silakan duduk," perlawaku ramah.






Kerusi ditarik oleh Kwang Soo sebelum matanya mula menikam mataku.






"Boleh ceritakan kembali apa, bila dan bagaimana duit Encik boleh dirompak? Ceritakan pada kami secara perlahan," kataku.


"Malam itu, aku dari rumah baharu meletakkan duit syarikat yang bernilai lebih jutaan ke dalam satu beg hitam. Beg hitam itu aku bawa menuju ke bank setelah selesai memakirkan kereta di seberang jalan--."






"Dah periksa rakaman CCTV jalan?" Aku menyoal Joshua.






"Dah, tapi CCTV hanya mengfokuskan bahagian depan dimana kereta milik mangsa diparking," balas Joshua. Manakala, aku hanya mengangguk dan kembali meminta Kwangsoo untuk meneruskan penceritaannya.





"Hampir sahaja di bank, diri aku didatangi oleh seorang lelaki berjaket hitam yang turut memakai topeng badut dan sarung tangan hitam," jelas Kwangsoo.





[✔] Catch Me - mygWhere stories live. Discover now