59 - ending

404 53 15
                                    

CM-MYG




••••••






   -----
Bab 59
   -----




"Serang!" Jerit dua puak mafia itu serentak sebelum mula menyerang satu sama lain.




"Sungjae. Kau lepaskan--."



"Takpayah arahkan aku, aku tahu apa nak buat," cantas Sungjae akan ucapan Yoongi sekaligus mula mengeluarkan batang besi yang digilap cantik.





Tubuh beberapa manusia dipukul kuat dengan batang besi itu dikala jejaka berkot putih itu melangkah kearah dua orang anak majikannya yang masih terikat kemas pada tiang.







"Lepaskan aku cepat! Aku nak terajang mamat psiko tu!" arah Jungkook pada Sungjae yang mula mencangkung disisi lelaki itu. Mencuba meleraikan tali.

















Batang kayu dicapai pelan oleh Doyoung sebelum diri Sungjae cuba dipukul daripada belakang. Tetapi, gagal apabila dirinya ditendang kuat oleh Yoongi.






"Tch, sial!" carut lelaki itu dengan senyuman yang tidak langsung pudar daripada bibirnya.








Lelaki itu mendongak wajah memandang Yoongi yang berdiri dengan riak wajah kosong. "Hentikannya Kim Doyoung, semua dah berakhir," kata Yoongi tenang.







"Belum. Aku tak dapat, orang lain pun tak akan dapat," kata Doyoung sekaligus menhentak tangan ke lantai dan melompat ke posisi berdiri di hadapan Yoongi. "Kau patut mati," kata Doyoung dengan senyuman sinis.








Batang kayu diatas lantai dipijak hujungnya sehingga membuatkan kayu itu terlantum tinggi ke langit. Dengan tangkas lelaki mencapai batang kayu dan dilibas kearah Min Yoongi yang berada lima langkah besar dihadapannya.






Puk!






Doyoung tersenyum sinis dikala diri Yoongi terjatuh ke tanah dek kerana menerima pukulan daripadanya. "Pergi mati!" jerit Doyoung sekaligus memukul tubuh Yoongi berkali-kali tanpa sempat lelaki itu membalas.






Pukulan dikuatkan. Dengan penuh perasaan amarah dilepaskan buat Min Yoongi yang mengigit bibir menahan pukulan di atas belakangnya. "Kenapa... Kenapa kau suka sangat rampas perhatian Soora daripada aku?! Aku meluat!" jerit lelaki itu lagi.





"Doyoung... hmm... aku tak anggap kau lebih daripada seorang kawan," Suara Soora bermain dikepalanya.







"Habistu kenapa kau layan aku macam seorang kekasih?" soal Doyoung sambil merenung kosong wajah Soora.








Puk!




Puk!





Puk!










Pukulan pada belakang Yoongi makin dikuatkan sebelum dengan laju Yoongi menahan kayu itu dengan tangannya dan kayu ditolak kuat kedepan sehingga hujungnya mengenai perut Doyoung.








Terus terjatuh lelaki itu dibuatnya sambil menahan rasa senak di bahagian perut. Gigi diketap geram memandang diri Yoongi yang sedang cuba bangkit ke posisi berdiri.









"Shin Soora, Na Jaemin, Haechan... bukankah mereka bertiga kawan kau?" Yoongi mula berkata-kata. "Cuba... cuba kenangkan kembali segala kenangan indah kalian." Kayu dijatuhkan pelan ke tanah.





"hiks...hiks... m-maaf... Soora... Haechan... Jaemin... a-aku bersalah. A-aku musnahkan kepercayaan korang pada aku," tangis Doyoung tersedu-sedu.








Bang! Bang!









Bunyi tembakkan yang dilepaskan oleh beberapa orang polis yang datang ke lokasi menghentikan pembalahan diantara dua puak itu.







"Semua dah selesai," kata Yoongi sebelum mula berpaling kearah Yeona yang berdiri di sebelah Jungkook. Senyuman manis diukir buat Yeona.








Dengan laju, Doyoung mengeluarkan pisau buah yang berada dipinggangnya  dan leher Yoongi dipeluk erat daripada belakang sekaligus pisau dibenamkan ke kulit daging bahagian rusuk kiri lelaki itu.





"Tak semudah tu, Jaemin. Aku tak dapat, orang lain pun tak akan dapat," ucap Doyoung sekaligus menekan senjata itu lebih kuat.






"Yoongi!" jerit Yeona lantas merampas pistol di tangan Jungkook dan pistol sedas tembakkan dilepaskan tepat tepat mengenai dahi Doyoung.







Terkedek-kedek gadis itu berlari kearah Yoongi yang sudah terkulai layu bersama jasad tak bernyawa milik Doyoung. "Yoongi, bertahan... Ambulance akan sampai, bertahan!" kata Yeona setelah kepala Yoongi dipangku.








"Y-yeona... huh... a-aku tak pernah ucapkan ni pada kau... m-maaf... s-semuanya bermula sebab mulut aku. K-kalau aku tak halau kau, k-kita tentu dah bahagia dan k-kau boleh hidup macam orang normal. Semua bermula kerana a-aku... m-maaf...," ucap Yoongi. Sesekali lelaki itu menenguk kasar air liurnya.







"Hiks... tak... semua bukan salah awak, saya yang--."








Yoongi meletakkan jarinya pada bibir mulus gadis itu. Tercungap-cungap lelaki itu bernafas sebelum mula berbicara, "P-park Y-Yeona... Aku cintakan kau... A-aku sayangkan kau, bertemu kau kembali adalah anugerah yang paling indah dalam hidup aku. A-aku tak pernah minta apa selain untuk terus berada disamping kau...."






Teresak-esak gadis itu menangis. "J-jangan t-tinggalkan saya...hiks...hiks...,"







"T-tak semua cinta ada penamat yang baik... huh...huh.... T-takdir akan s-selalu pisahkan kita ke?" Lelaki itu menyoal sambil mengusap pipi Yeona yang makin menjadi-jadi tangisannya.







"Saranghae, Park Yeona," ucap Yoongi sebelum tangannya secara perlahan-lahan jatuh ke tanah.








"Y-yoongi bangun! Bangunlah... hiks...hiks... j-jangan tinggalkan saya!" Gadis itu meraung kuat.










Mata si gadis terhenti pada pisau yang berada diatas lantai, pisau dicapai sekaligus ditekan kuat pada perutnya.







"K-kita tetap akan cipta takdir kita sendiri, Min Yoongi," ucap Yeona sebelum tubuhnya yang berlumuran darah mula jatuh terkulai layu.






































The end

[✔] Catch Me - mygWhere stories live. Discover now