51

324 46 2
                                    

CM-MYG



••••••




   -----
Bab 51
   -----







Point of view;
Author.






"Aigo, uri sonja! (cucu lelaki)" sapa nenek apabila Kim Doyoung mula melangkah keluar daripada perut teksi.




"Annyeonghaseyo, halmeoni, harabeoji," ucap Doyoung sopan lantas menunduk hormat.




"Aigo, kacaknya," puji Nenek lantas menepuk punggung Doyoung membuatkan lelaki itu tersenyum kekok. "Kamu tak bawa kawan-kawan dengan teman wanita kamu ke?" soal Nenek laju.



"Ha?"



"Teman wanita kamu... Shin Soora ajna? (betul)" soal Nenek membuatkan wajah Doyoung kembali bertukar kelat.




"Doyoung, letih. Doyoung masuk dulu," kata Doyoung meminta diri sebelum mula melangkah masuk ke dalam rumah.




Sampai sahaja dipintu gerbang rumah kayu itu, lelaki kacak itu kembali berpaling ke halaman rumah, mengimbau kenangan lama.









"Wah, angin dekat Jeju betul-betul nyaman tak macam dekat bandar!" jerit Haechan yang sedari tadi mengangkat kamera digitalnya merakam sekeliling kawasan rumah Nenek Doyoung.




"Halmeoni!" jerit Doyoung lantas berlari anak kearah neneknya yang sedang duduk bersila diatas bangsal kayu di hadapan halaman rumah.




Riak wajah pelik yang ditayangkan oleh neneknya membuatkan Doyoung ketawa kecil. "Halmeoni, ini Doyoung. Kim Doyoung, cucu nenek," kata Doyoung lagi mencuba mengingatkan wanita tua itu.



"Aigo, uri bunny?!" jerit Nenek sambil menepuk punggung Doyoung.




"Wuu~ Doyoung si bunny chiki boom," perli Haechan sambil merakam wajah Doyoung yang sedang malu diperlakukan seperti bayi oleh Neneknya sendiri.



"Jya-nugu?(siapa ini)" soal nenek dengan senyuman ramah memandang manusia bersama dengan cucu lelakinya itu.



"Annyeonghaseyo, halmeoni. Kami kawan Doyoung, harap nenek tak kisah kalau kami menumpang dekat sini selama cuti sekolah ini!" balas Soora ramah sambil menunduk 90 darjah.




"Ah~ Kamu teman wanita Doyoung?" soal nenek dengan senyuman penuh makna sekaligus bangkit dan mula jalan mendekat pada Soora.



"..."




"Aida! (Tak) Kami cuma chingu! chingu (kawan) tak lebih daripada tu!" jerit Doyoung menafikan.





"Aigo~ lelaki dan perempuan tak akan boleh jadi kawan.... Kamu dah lama sukakan Doyoung kan?" soal nenek membuatkan Doyoung menepuk dahi sendiri.




"..."




"Halmeoni! Dah, Soora dah penat. Jom masuk!" jerit Doyoung lantas menarik tangan Soora masuk ke dalam rumah.



"Aigo~ uri bunny dah besar. Doyoung dalam bilik tu ada satu katil, cukup untuk dua orang tidur," sengih nenek.



"Halmoeni!!!"



"Aigo~ siapa nama kamu berdua pula?" soal nenek sambil menoleh memandang dua manusia yang masih terpacak dihalaman rumah dalam panas terik.





"Annyeonghaseyo, halmeoni. Saya Jaemin dan ini Haechan. Kami pun kawan Doyoung," kata Jaemin mengenalkan diri sambil menunduk dengan beg galas diturunkan ke bawah dikala dia menunduk hormat.




"Ah~ ajna? (betul ke) Marilah masuk. Dekat luar panas. Atta (gosh) bunny ada kawan-kawan yang kacak. Tolong jagakan Doyoung," kata nenek sebelum mula melangkah masuk ke dalam rumah.











Pap!






"Kamu mengelamun apa?" tegur nenek pada Doyoung yang masih termenung di hadapan pintu.




Laju sahaja lelaki itu mengeleng dan berjalan masuk ke dalam rumah sebelum langkahnya kembali terhenti mengejut memandang dekorasi rumah yang langsung tidak berubah sedikitpun. Tetap sama seperti hari terakhir dia tinggalkannya.





Matanya fokus memandang meja panjang berkaki pendek yang berada ditengah-tengah ruang tamu.








"Atta! (gosh) semua hidangan laut!" teruja Soora memandang makanan yang tersedia di hadapan mereka saat ini.







"Makan, makan!" perlawa nenek lantas mencapai kimchi lobak putih dan disuakan ke mulut Haechan disebelahnya. "Buka mulut! Buka mulut!" arah nenek memaksa budak bandar itu merasa masakan desa yang dimasak olehnya.







Manakala, Soora dan Jaemin hanya ketawa memandang riak wajah teragak-agak untuk menelan makanan di dalam mulut yang dipamerkan oleh  Haechan. Buruk.








"Atta! (gosh) sara-itne (hebat). Kimchi ni betul-betul sedap!" jerit Haechan teruja lantas cuba mengaut kimchi ke dalam mangkuk tetapi terlebih dahulu di halang oleh nenek.








Wanita tua itu lantas mengaut sedikit demi sedikit kimci di dalam mangkuk dan dimasukkan di dalam mangkuk anak-anak muda di hadapannya. "Uri bunny, makan banyak-banyak," kata nenek. Manakala, Doyoung hanya mengetap bibir. Malu di hadapan kawan-kawan yang sedang tersengih penuh makna.




"Aigo~ uri bunny, kyota! (comel)" jerit Soora sambil menyonggol lengan Doyoung.






















"Nenek tak tukar ke dekorasi rumah ni?" soal Doyoung pada si nenek yang mula bergerak ke arah dapur.




"Eh, bukankah kamu dan kawan-kawan kamu yang marah nenek ubahnya dulu? Kamu cakap nak kekalkan macam ni sampai kamu dan kawan-kawan kamu datang kesini balik," senyum nenek. Manakala, Doyoung hanya mengeluh panjang dan berlalu masuk ke bilik.






Setiap tempat ada kenangannya sendiri dan aku masih ingat segalanya. Kenangan bersama mereka akan terus menerus menghantui hidup aku buat selamanya.












••••••

to be continue
author noted


- beberapa chapter akan fokus pada doyoung k, supaya senang nak bongkar kenapa dan sebab Soora mati. Apa perkaitan doyoung dengan kes soora.

[✔] Catch Me - mygWhere stories live. Discover now