50

342 53 0
                                    

CM-MYG





••••••




   -----
Bab 50
   -----






Point of view;
Author.









Kim Doyoung duduk diatas kerusi menghadap meja belajar yang sedia ada di dalam kamar tidurnya. Frame gambar empat sekawan yang kelihatan teramat akrab dicapai dan disentuh lembut. "Hari perkhemahan," monolognya pelan sebelum menongkat dagu mengingati kenangan sewaktu hari perkhemahan di sebuah kawasan perkampungan kecil suatu ketika dulu.










Kawasan sekeliling penuh dengan sawah padi dan di tepi tidak jauh daripada tempat lelaki itu berdiri terdapat sebuah pondok kayu.











"Yakh! Doyoung lembab, marilah sini!" jerit Shin Soora yang berpakaian lengkap dengan uniform sekolah.








Terkedek-kedek Kim Doyoung berlari kearah Shin Soora yang sedang berdiri bersama dengan Haechan dan Jaemin. "Tch, apa kau panggil aku tadi? Dasar budak," kutuk Doyoung sambil menyerabaikan rambut tocang milik Soora.









"Janganlah. Tadi aku suruh Jaemin ikatkan!" marah Soora dengan laju mencubit bahagian lemak di perut Doyoung. "Doyoung, aku cantik kan?" soal Soora sambil mengedipkan mata berkali-kali kearah Doyoung dengan kedua belah terlapak tangan berada di bawah dagu.









"Cantik? Kejap...." Isi skrin telefun pintarnya dibelek sebelum gambar wajah gadis itu yang sedang tertidur dengan air liur basi meleleh ditayangkan. "Ini lagi cantik, sara-itne! (hebat)," jerit Doyoung bersama lograt satoori atau dengan kata lain bahasa desa yang baharu dipelajarinya.








Terus mati senyuman manis milik gadis itu. "Ah! matna?! (biar betul) padamnya sekarang!" arah Soora.







"Kenapa nak padam? Ini cantik," perli Doyoung.







"Yakh! Kim Doyoung! aaa... paida (buruk) padamnya sekarang!"








"E-unda! (tak akan)," laju sahaja lelaki itu mengangkat telefun pintarnya di angkasa dikala Soora mencuba untuk merampasnya.









Jaemin yang sedari tadi memerhatikan mereka mula melangkah kearah Soora dan Doyoung. "Meohano? (korang buat apa)," soalnya pelan sambil mencapai telefun telefun pintar Doyoung. "Yeppeuno (cantik)," puji Jaemin dengan mata yang fokus memandang skrin telefun pintar itu.




"Mwo-rakhano? (apa kau cakap) Ah, matna (biar betul) ish!" marah Soora.





"Wuu~ Soora dah pandai cakap dialect Satoori," sampuk Haechan.




"Diamlah pendek!"








"Aida (tidak) noe, jinjjaga... yeppeuno (awak, betul-betul... cantik)," kata Jaemin sambil mengosok belakang lehernya. Malu.





"Atta (gosh) sara-itne! (hebat) Go jaemin, go jaemin!" jerit Haechan sambil menekup mulut dengan penuh kegedikkan.




"Ajna? (betul)," soal Soora sekaligus menjelitkan anak rambutnya ke belakang telinga. Malu-malu kucing.







"Wae irano? (apa benda ni) deu-reumna (jijik betul)," sampuk Doyoung sambil berpeluk tubuh.






"Mwo-rakhano? (apa kau cakap) Kau jealous kan, sebab takde orang puji kau? Oklah, aku puji k. Kau pun kacak... kacak dalam bahasa Satoori apa ha?" soal gadis genit itu lantas berlari dan memeluk lengan Doyoung. "Hm... paida? (buruk) Eh, aida (bukan)--."





"Kau tak cakap pun, aku tahu aku kacak," cantas Doyoung lantas melarikan pandangan ke sisi dengan penuh geram.




"Jom, ambil gambar sebagai kenangan!" cadang Haechan lantas mengeluarkan kameranya.




"Jom!" jerit Jaemin dan Soora serentak.





"Korang pergilah, aku taknak--."




Dengan pantas lengan Doyoung ditarik Soora. "Jangan nak mengada. Jom! ambil gambar!!!" jerit gadis itu riang dan menarik diri Doyoung mengikuti langkahnya berdiri di sebelah Jaemin.







"Michin yeonja (perempuan gila)," sebut Doyoung sebelum tersenyum kecil. Hati kecilnya terjentit lagi dengan tingkah laku si gadis.




"Yakh, dongsaeng (adik) ambil gambar cantik-cantik. Biar muka hyung nampak berseri," jerit haechan mengarahkan seorang junior lelaki untuk menangkap gambar mereka berempat. Satu tempat disebelah Jaemin diambil sebelum bahu lelaki itu dirangkul.





"Say kimchi!" jerit Soora tersenyum memandang kearah kamera.




Snap!

























Pap!






Doyoung mencelikkan mata memandang satu tiket penerbangan yang baharu dihempas diatas meja oleh si ayah. "Igebuya, appa? (apa ni)," soal lelaki itu.





"Appa, dah tempah penerbangan ke Jeju buat kamu. Buat sementara waktu, duduk dengan nenek dekat Jeju, jangan balik sini. Kes perempuan tu dah dibuka jadi--."









"Nama dia Soora... Shin Soora," cantas Doyoung. "Appa, kkeman-khaja (mari berhenti) kita serah diri pada polis. Doyoung dah tak tahan. Appa jangan risau, Doyoung sanggup terima hukuman tu, gantikan Appa. Kalau tu... Appa akan cuma kena gantung kerja sebab bersubahat," sambung lelaki itu lagi.





"Jangan cakap benda mengarut. Kemaskan pakaian, esok penerbangan kamu!" tegas lelaki itu berkata.




"Appa... neowae geurano! (kenapa dengan awak ni) Jj-om! (hentikan)," jerit Doyoung dengan lograt Satoori lantas berdiri dihadapan lelaki bergelar ayah itu.




"Kemaskan pakaian dan turun makan!" arah si ayah seolah tidak mendengar herdikkan si anak. Langkah terus diatur keluar daripada ruangan bilik itu.





Pap!




Pintu ditutup sekaligus tubuh lelaki itu turut jatuh ke lantai. "Soora, Haechan, Jaemin... mianei (maaf)... hiks...hiks... ajna mianei (betul-betul minta maaf)," tangisnya kuat.





Rasa bersalah menguasai diri. Malang, yang mati tidak akan pernah kembali.


















••••••

to be continue

[✔] Catch Me - mygWhere stories live. Discover now