55

294 46 5
                                    

CM-MYG

••••••

-----
Bab 55
-----



Selepas dua minggu,
Busan. Balai polis.





Point of view;
Author.



Yoongi hanya diam memandang seorang lelaki yang lengkap berpakaian penjara sedang disoal siasat oleh pengawai polis.



"Biar aku ambil alih," kata Yoongi tika suasana hanya sunyi dikalangan para pengawai atasan itu.



Langkah mula diatur kearah pintu bilik soal siasat.







Pap!






Meja dihempuk dengan terlapak tangan sebelum lelaki putih itu mula mengambil tempat berhadapan dengan Kim Du-yung.







"Sudah dua minggu, kau masih taknak buka mulut ke, Kim Du-yung? Sampai bila nak sembunyikan kebenaran? Semua sudah berakhir," kata Yoongi dengan tutur nada suara yang teramatlah sindir.






Manakala, Du-yung hanya kekal berbisu. Tangan yang bergari dimainkan sambil menunduk.







"Tangan kau berpeluh...," sebut Yoongi pelan lantas berdiri daripada tempat duduknya dan mendongakkan wajah lelaki persalah itu.






Rahang mulut lelaki itu dicengkam kuat sehingga menampakkan lidah lelaki itu yang sudah terpotong. "Bukan kau pembunuhnya...."





❛A-aku yang bunuh Soora! Tangkap aku! Aku bunuh dia dan aku yang rancang pembunuhan Jaemin dan Haechan." Suara Doyoung bermain diminda.❜







"Takguna! Dia permainkan aku!" carut Yoongi lantas berlari kearah kamera. "Pembunuh sebenar adalah anak Kim Do-yung, Kim Doyoung!"







❛... Aku yang rancang pembunuhan Jaemin dan Haechan....❜








Dia tahu yang kematian Jaemin dan Haechan adalah terancang. Tapi, macam mana.








Klerk!







"Hahaha, Min Yoongi-ssi."








Dengan pantas Yoongi menoleh kearah satu suara perempuan. Dahi dikerutkan memandang Moon Eunra bersama pistol diacu ditangan sekaligus pintu dikunci agar manusia yang sedari tadi mengetuk pintu daripada luar, tidak dapat masuk ke dalam.









"Eunra--."









"Saya tak akan benarkan awak keluar. Yeona... dia tengah jaga Doyoung, my cousin, dekat Hospital kan? Kesian. Nampaknya perempuan bodoh tu tengah jaga pengambil nyawa dia, Hahaha!" gelak Eunra kuat








"Apa kau buat ni, Eunra?"









"Aku dah penat dengan kau! Kau layan aku macam aku ni boneka tak berperasaan. Aku tunggu kau daripada zaman kolej lagi dan ini balasan yang aku dapat?! Aku tahu sebab kau selalu tak masuk office, kau keluar dengan betina sundal tu kan?! Apa kurangnya aku?!" jerkah Eunra.








Gadis yang tampak ayu berubah sekelip mata kerana dipengaruhi dengan api cemburu.








"Tapi, takpa yang penting Yeona akan mati. Mati di tangan Doyoung," kata gadis itu dengan tutur suara yang kembali bernada ayu.







"Eunra, turunkan pistol," pujuk Yoongi.







"Kalau aku tak dapat, orang lain pun tak akan dapat," kata Eunra dengan rahang yang bergerak-gerak menahan marah.







❛Yoongi-ssi, sebentar tadi ada panggilan daripada Haechan. Tetapi, ada orang lain yang menjawabnya.❜







Kenangan sewaktu gadis itu menyapanya di dalam balai kembali bermain di minda.








"Kau yang angkat panggilan daripada Haechan ke? Eunra... bukan kau yang bunuh Haechan kan?" soal Yoongi dengan dahi berkerut. Berharap teorinya salah.









Hanya dua orang sahaja yang boleh keluar masuk sesuka hati di dalam ruang pejabatku. Joshua, dan Eunra. Aku terlalu fokus pada Joshua sehingga lupa akan seorang lagi. Moon Eunra.








"Haechan? Ar~ budak bodoh tu? Dia tu senang sangat diperbodohkan. Eunra cuma tutup mulut eunra dengan kain jer waktu berbual dengan dia. Mudah sangat percaya atau suara kita memang sama?" gelak Eunra.







"Kau bukan Eunra yang aku kenal!"








"Eunra tu dah mati, Min Yoongi! Kau yang bunuh dia! Kau berikan dia rasa cinta, kau hayutkan dia dilautan cinta lepastu kau tergelamkan dia sampai dia tergapai-gapai. Kau pembunuh! Kau bunuh hati aku dengan layanan acuh tak acuh kau! Aku benci kau!!!" jerit Eunra kuat.







Pistol diacu dan picu ditarik pelan.













Bang!











.
.
.
.
.










Tap!




Tap!






Moon Eunra melangkah kearah pejabat forensik dan bilik Jun dimasuki selamba dengan riak wajah kosong. Gadis itu datang ke pejabat forensic setelah mengetahui apabila jenis dadah yang dimasukkannya ke dalam tubuh Haechan telah siap dianalisa.







"Maaf, Cik tak boleh masuk ke sini sesuka hati," marah Jun pada Eunra dan beberapa lagi lelaki berkot yang merupakan ahli mafia kokuja.






"Geledah tempat ini dan cari dokumen itu," arah gadis yang lengkap berpakaian polis itu sebelum mengeluarkan surat kebenaran pengedahan yang ditanda tangan secara paksa oleh Kim Du-yung tika Jun cuba menghalang dirinya. "Jangan halang kerja polis," kasar sahaja tutur suara gadis itu.






"Cik, kami dah jumpa dokumen Haechan." kata salah seorang lelaki berkot sambil menghulurkan dokumen tebal pada Eunra.







Huluran dicapai kasar dan dibelek dengan senyuman sinis terukir di bibir yang dioles dengan gincu merah jambu lembut miliknya. "Terima kasih kerana memberi kerjasama," kata Eunra pada Jun sebelum beredar pergi bersama dokumen di tangan dengan riak wajah ketat.














••••••

to be continue
author noted

- harap takde yang kena kemurungan.

[✔] Catch Me - mygWhere stories live. Discover now