22

493 77 3
                                    

CM-MYG

••••••

-----
Bab 22
-----






"Hae-Chan!" Aku berlari anak ke arah lelaki beruniform sekolah yang sedang melangkah longhai keluar daripada balai.








Lelaki itu dibebaskan dengan jaminan polis tetapi dia akan sentiasa berada di dalam perhatian polis. Dia masih suspect utama.


Dia berhenti dan menoleh kearahku. Wajahnya pucat, mungkin kerana dia jatuh pengsan sewaktu soal selidik semalam sehingga aku gagal melengkapkan siasatan dalam masa 24 jam, sekaligus pegawai penyiasat (IO) memohon tahanan dilanjutkan melalui reman.





Lelaki itu menunduk kecil kepadaku. "Hae Chan-ssi. Tolong jangan sia-siakan pengorbanan Jae-min," kataku pelan berharap lelaki itu akan membuka mulut tentang kes tiga tahun lalu.





Lelaki itu hanya diam memandang lantai konkrik membuatkan aku melepaskan keluhan kecil. "Ini... bila kamu bersedia untuk ceritakan perkara sebenar. Hubungi nombor ini," Aku berkata sekaligus menghulurkan kad nama milikku.







Huluran disambut olehnya sebelum lelaki itu menunduk dan berura-rura untuk pergi.








Tetapi dengan pantas aku menahan lengannya. "Macam mana kamu dapatkan khidmat pembunuh upahan?" Aku menyoal ragu. Aku tahu ini bukan waktu yang tepat, tetapi aku perlukan jawapan sekarang.










"Daripada laman web gelap 4773N710N," kata Hae Chan lemah sebelum beredar pergi.






"4773N710N... Dark web, Attention?" tekaku lantas berlari masuk ke dalam balai semula.






.
.
.
.
.








"Joshua. Boleh tolong buatkan kopi tak?" Aku menyoal sebelum mengeleng kecil apabila mendapati Joshua sudah terlelap diatas sofa. Tersenguk-senguk kepalanya.



Puk!







"Bangun. Pergi tidur dalam dorm!" arahku setelah memukul lembut bahu lelaki itu.



"Ha?" mamainya.




"Pergi tidur dalam dorm," ulangku membuatkan lelaki itu bangkit daripada tempat duduk sekaligus merengangkan postur badan.




"Tuan... Huwaaa~ Tuan taknak rehat ke? Dah pukul 11 malam ni," soalnya manakala aku hanya mengeleng kecil sekaligus kembali membelek fail pembunuhan Jae-Min dan Soora. "Ok, Yoongi. Goodnight," ucapnya sebelum beredar keluar.




Aku bangkit daripada kerusi seterusnya menarik papan hitam mendekat dengan sofa tempat dudukku. Gambar salinan mangsa Na Jae-Min dan Soora aku lekatkan secara bersebelahan mengunakan pita pelekat kecil.


Foto suspect utama kes iaitu Hae-Chan aku lekatkan dibahagian bawah, tengah-tengah diantara foto kecil Jae-Min dan Soora.



Aku bergerak kebelakang papan hitam sekaligus menarik gambar keratan akhbar wajah Yeona dan diletakkan di bahagian paling hujung bermaksud masih dalam siasatan.






"Yeona...," sebutku pelan.





Aku mengeluh kecil sebelum menulis setiap nama mangsa dan suspect mengunakan kapur putih. Manakala, Yeona ditandakan dengan perkataan 'killer'.





Aku kembali duduk di atas sofa sebelum fail milik Hae-Chan yang terisi penuh dengan latar belakang serta alibi sewaktu kejadian dibelek.





Pap!





Aku menoleh memandang satu bungkusan putih yang baharu terjatuh akibat pelanggaran dengan sikuku. Aku menunduk mencapai bungkusan itu.





Satu bungkusan yang dibalut dengan kemas mengunakan tali rafia atau dengan nama lain polytape berwarna hitam.





Bungkusan yang dipas-kan buatku melalui Joshua. Kata Joshua seorang lelaki berhidung mancung yang berikan. "Untuk... Yoongi Min...," bacaku pelan akan ayat yang tertulis di permukaan bungkusan putih itu.







Tali rafia yang diikat mati itu aku putuskan mengunakan gunting yang sedia ada di atas permukaan meja kecil di hadapan sofa.







Aku mengeluh kecil apabila bungkusan dilekatkan pula dengan pelekat besar, pelekat khas buat kotak. Satu kertas kecil yang terselit diantara lipatan kertas aku capai lalu buka. "Buka dengan cermat," bacaku pelan sebelum kad dibuang merata.





Bungkusan kertas itu aku koyak kasar, sempat pelekat yang sedikit susah dibuka aku gigit dengan gigi. Aku memandang memandang kotak yang dibungkus surat khabar cina pula.






Aku membuka kad kecil diatas permukaan kotak itu, 'Awak langgar peraturan, jadi kena buka balik... hehe,'






Aku mengeluh sekaligus melempar kad arahan menjauh dan bungkusan itu dibuka secara pelahan. Usai sahaja, kotak sederhana besar aku buka sehingga menampakkan satu kotak kecil di dalam yang turut dibungkus padat mengunakan pelekat.






'Cepat, awak dah hampir tiba ke kejutan yang hebat!'






"Babi. Kau permainkan aku ke?" carutku lalu membaling kotak itu menjauh dan mengangkat kotak bersaiz kecil yang dibungkus kemas dengan pelekat biru keseluruhannya.


Kotak itu aku belek mencari hujung bagi pelekat itu sebelum gunting aku capai dan cacakkan pada bahagian bukaan kotak kecil itu.





Pap!





Kotak aku buka sehingga menampak satu pen drive hitam yang khas buat komputer riba.




'Surprise Inspektor Min, selamat menonton.'



Komputer riba lama aku keluarkan daripada almari bagi langkah berhati-hati untuk mengelak komputer dijangkiti virus atau digodam oleh manusia luar.









••••••

to be continue

[✔] Catch Me - mygWhere stories live. Discover now