31

418 77 9
                                    

CM-MYG

••••••

   -----
Bab 31
   -----




Aku terus mengambil tempat disebelah Yoongi, mug berisi kopi diletakkan diatas permukaan meja. Manakala, mug milikku yang berisi nescafe di pegang erat. "Minumlah air tu," perlawaku sambil menjuihkan bibir kearah mug diatas permukaan meja dikala Yoongi memandang wajahku.








"Oh, thank."






"Awak buat apa?" tanyaku memulakan perbualan.







"Check rakaman CCTV hostel yang kita pergi petang tadi. Banyak sangat orang yang lalu lalang--."







"Sorry, saya patutnya tanya masa dan tarikh kejadian sekali, barulah senang kerja kita nak cari pembunuh tu," kataku. Perasaan bersalah menyelubungi diri lagi.




Aku tidak boleh melihat lelaki itu stress, tentu sahaja aku akan turut terasa bersalah.



"Nope. Bukan salah kau. Lagipun maklumat ni sudah memadai," nafi Yoongi membuatkan hatiku sedikit tenang.




Mata aku alihkan kearah skrin komputer yang memaparkan rakaman CCTV berhadapan dengan bilik 301. "Joshua...," sebutku pelan dan dengan laju menghentikan rakaman.



"Apa yang mamat tu buat-- tarikh 24 haribulan 6 ... bulan enam, maknanya." Wajah Yoongi tampak berfikir dengan tangan yang laju mencatat tarikh di dalam buku nota kecil. "... maknanya 2 bulan selepas kejadian Soora ditemui mati di dalam lorong," sambung Yoongi.




Butan on kembali ditekan membuatkan rakaman video kembali berjalan seperti biasa. "Dia bercakap dengan siapa?" Aku menyoal apabila memandang kelibat Joshua didalam rakaman hitam putih tampak sedang berbual dengan seorang polis.





"Inspektor Jung Ho-seok," sebut Yoongi datar membuatkan aku menoleh kearahnya.





"Aku nak pergi balai," kata Yoongi sekaligus bangkit daripada tempat duduknya.





"Nak ikut!"






.
.
.
.
.






Aku menarik mask menutup bahagian mulut dikala kaki dilangkah memasuki ruang balai.






Balai ini tidaklah terlalu riuh seperti di siang hari. Setelah malam melabuhkan tirai, suasana kian menyepi, hanya kedengaran bunyi cicak dan cengkerik.





Patutkah aku keluar dan periksa signboard kembali?





Pelik. Ini balai ataupun tanah perkuburan?





"Termenung apa?" tegur Yoongi membuatkan aku menoleh memandang wajah kacaknya. Kepala aku eleng laju, jawapan kepada pertayaannya.





"Jom, kita--."






"Min Yoongi-ssi!"





Aku menoleh ke hadapan memandang gadis ayu yang berlari dan memeluk pinggang milik Yoongi. 'Perempuan yang sentiasa dengan Yoongi itu,' desis hatiku.






"Eunra, asal tak balik lagi? Bukan shift awak sampai tengah hari jer ke?" Yoongi menyoal, sempat kepala gadis itu diusap lembut.








[✔] Catch Me - mygWhere stories live. Discover now