56 (REAL)

332 43 3
                                    

CM-MYG

••••••

   -----
Bab 56
   -----


Point of view;
Author.



Bang!




Tubuh gadis itu jatuh terkulai layu sebelum sempat picu ditangan ditarik dek kerana menerima tembakan daripada Hong Joshua yang berjaya memecahkan pintu bilik itu.




Tercungap-cungap nafas Joshua disaat darah pekat mula mengalir keluar daripada tubuh gadis yang mungkin sudah tidak bernyawa itu. Pistol diturunkan kesisi sekaligus wajah Yoongi yang masih kaku ditempatnya dipandang lama.




Beberapa orang lagi pasukan polis mula memecah masuk dan memeriksa nadi milik gadis malang itu.
































Kereta hitam berjenama Proton dipandu laju oleh Joshua setelah menerima panggilan daripada sang Ibu. "Apa benda ni?" bingung lelaki itu dikala matanya terpandang satu kad hitam bercorak arnad tertampal diluar cermin depan keretanya.


Brek kereta telah dipotong, sila lompat keluar daripada kereta setelah anda menerima mesej berantai ini - J.J.K❜




Dengan pantas brek kereta ditekan kuat, tetapi gagal. Hon ditekan banyak kali bagi memberi amaran kepada pemandu hadapan sebelum lelaki itu mula menanggalkan tali pinggang keselamatan dan melompat keluar daripada kereta.



Bam!



Bunyi kereta miliknya dirempuh oleh sebuah lori daripada arah sisi. Terus sahaja lelaki itu merebahkan badan ke atas rumput. "Syukurlah," tercungap-cungap lelaki itu berkata sebelum beberapa orang awam mula meluru kearahnya untuk membantu.











.
.
.
.
.











Soora melangkah pelan melalui lorong yang biasa digunakannya untuk pulang ke rumah sebelum kakinya terhenti dikala matanya menangkap figura lelaki yang amat dikenalinya bersama dengan beberapa manusia yang boleh dikatakan terpengaruh dalam dunia politik. "Kim Doyoung?" sebutnya pelan dengan dahi berkerut memandang lelaki yang lengkap memakai baju kot berbulu di badan.






"Kalau tak percaya, korang boleh timbang sendiri kilo setiap satu pek dadah jenis syabu tu," kata Doyoung sambil berpeluk tubuh memandang wajah ragu President Sonman.


"Dadah?" Mulut ditekup. Tidak percaya dengan apa yang dilihat olehnya tika ini. Kaki diundur pelan ke belakang untuk beredar.






Keting! Prenk!





Bunyi tin kosong yang dipijak olehnya sehingga membuatkan mata bundal si gadis bertembung dengan pandangan tajam milik Doyoung. Terus sahaja gadis itu melarikan diri.



"Tunggu sekejap," kata Doyoung pada President Sonman yang masih fokus mengira bungkusan dadah di dalam beg hitam. "Sehun ikut aku!" arahnya sebelum mula beredar daripada lorong.



"Cari Soora tu sampai dapat. Kau pergi belah sana. Jangan biar dia terlepas," arah Doyoung sebelum mula berlari ke arah bertentangan dengan Sehun.





[✔] Catch Me - mygWhere stories live. Discover now