27

480 87 17
                                    

CM-MYG



••••••

Puk!


Aku berhenti dan segera menjeling diri Yoongi disebelah yang baharu memasukkan sekotak besar koko krunch maxx ke dalam troli yang ku tolak.

"Apa? Koko krunch tu ada free cawan hello kitty," selamba dia berkata.


Aku menjeling malas sebelum memandang isi di dalam troli. Semuanya sudah lari daripada senarai asal barang.



Baharu sahaja aku ingin menolak troli ke kanan untuk ke kaunter pembayaran, Yoongi terlebih dahulu menarik gari di tangannya menyebabkan aku turut tertarik sekali.




"Sebelah sana! Aku nak beli kitkat." katanya selamba sebelum menarik troli sehingga kembali bertukar arah ke kiri.




Puk!


Puk!


Aku hanya memandang tajam diri Yoongi yang sedari tadi memasukkan beberapa jenis gula-gula ke dalam troli. Kitkat tidak pula diambil.




"Yoongi, aku nak pergi tandas," kataku sebelum menjadi mangsa palau si Yoongi. "Yoongi, kau dengar tak--."




"Gunakan nama ganti diri yang betul kalau nak aku dengar kau," cantasnya selamba dengan mata yang meliar memandang sekeliling.



"Min Yoongi-ssi. Boleh saya pergi ke tandas?" Aku menyoal dengan memekankan perkataan 'saya' disitu.




"So? Pergilah."



"Gari?"



"Arr~ gari...," poket seluar diraba olehnya sebelum muka cuak minta penampar ditayang buatku. "Aku rasa... kunci dah tercicir--."




"Hanat. Aku nak pergi tandas ni woi!"




.
.
.
.
.





"It's a little bit complicated, Miss," kata Vernon yang sedang membelek gari ditangan aku dan Yoongi.




Lubang gari itu dicungkil dengan besi halus.





Aku menoleh memandang Yoongi yang sedang menonton television rumahku sambil menguyah koko krunch maxx di dalam mangkuk besar. Aku membawanya pulang ke apartment milikku.




"Do not move!" marah Vernon pada Yoongi yang tangannya asyik bergerak-gerak mengaut koko krunch.




Sudahlah makan mengunakan tangan kiri. Sengaja ingin menaikkan darah Vernon yang sedang duduk mencangkung diatas lantai berhadapan aku dan Yoongi dan ditengah-tengah antara kami.




Muka buruk ditayang buat Vernon. "Ada nampak mummy happy?" selamba lelaki itu berkata sebelum kembali mengalihkan pandangan ke skrin television yang sedang menayangkan cerita akasia TV3.





"Annoying!" kutuk Vernon dan kembali menyambung kerjanya mencungkil lubang gari itu. "Maybe we should call the locksmith," cadang Vernon.




Manakala, aku hanya mengangguk tanda bersetuju.




"So, we'll sleep together this night, right Killer?" Yoongi menyoal setelah berpaling memandangku.




Tangan yang bergari miliknya dipangku pada kepala sofa dan kepalanya ditongkat. Memandang aku dengan riak wajah mengoda miliknya.





Lantas aku mengalihkan pandangan ke sisi. Muka aku memanas. Tercungap-cungap aku bernafas seolah-olah aku baharu menamatkan satu larian 400 meter.




"S-sleep t-together?" Vernon menyoal gagap meminta kepastian.




"Yes, look at this hand?" Gari ditangan ditayangkan buat Vernon sebelum lelaki itu kembali menyambung ayatnya, "So, I was forced to sacrifice my virgin tonight," sayu lelaki itu berkata.




Dasar. Ambil kesempatan!





"B-but--."





"Vernon ... we as human beings need to sacrifice," cantas Yoongi selamba lantas menyentuh bahu Vernon bagi menyalurkan kekuatan.




Lantas lelaki berhidung mancung itu bangkit daripada posisi mencangkung dan berlalu pergi. Bayang Vernon yang semakin menjauh di pandang.















"Hahaha. Budak lawak. Mana kutip--."




"Let's sacrifice, Min Yoongi," jerit Vernon daripada ruangan dapur.




Lantas aku menoleh memandang Vernon yang sedang mengangkat parang. "Babi. Jantan tu nak potong tangan aku! Yeona tolong aku!" carut Yoongi.




Aku mengeleng kecil memandang Yoongi yang mula duduk memeluk lutut dengan sebelah tangan diatas sofa itu. Manakala tangan kirinya yang bergari memeluk erat lenganku.




'Kenapa comel sangat,Min Yoongi? Kau membunuh aku lagi.'










••••••

to be continue

[✔] Catch Me - mygWhere stories live. Discover now