54

314 51 0
                                    

CM-MYG

••••••

   -----
Bab 54
   -----






Point of view;
Kim Doyoung.








Secara pelahan mata dicelik sekaligus memandang sekeliling ruang bilik. Doyoung merengek kecil apabila bahagian kakinya yang berbalut terasa perit apabila digerakkan.






"Kamu dah bangun, baguslah," kata nenek yang berdiri dihadapan bilikku. "Aigo~ macam mana kamu boleh berada dekat dalam hutan itu. Nasib sahaja kawan-kawan kamu jumpa dan bawa kamu pulang," sambung nenek sambil mengeleng kecil membuatkan aku mengagahkan diri untuk mengubah posisi baring ke duduk bersandar di kepala katil.







"K-kawan?" Aku menyoal ragu.








"Yelah, kawan-kawan kamu. Soora, Haechan dengan Jaemin. Aigo~ mereka semua dah besar. Sampaikan nenek sendiri tak dapat cam mereka bertiga," teruja wanita separa baya itu berkata-kata.








"Apa yang nenek mengarut ni, diorang--." Kata-kataku mati dikala seorang gadis menjengukkan kepala ke ruangan bilikku.






"Hai, prince charming!" tegurnya riang. "Halmeoni, Soora dah buat air rebusan yang nenek suruh tadi," katanya pada nenek.







"Aigo~ bagus-bagus," puji nenek sekaligus kepala gadis asing itu diusap. "Mana kawan kamu yang lain?" Nenek menyoal ramah.







"Siapa? Haechan dengan Jaemin? Mungkin masih dekat dapur," balas gadis itu.






"Fuh~ penat!!!" jerit seorang lelaki kacak yang berjalan memasuki ruangan bilikku dengan selambanya diikuti dengan seorang lagi lelaki putih yang beriak wajah kosong.





"Aigo~ uri bunny dah bangun," tegur lelaki itu sekaligus mengosok kepalaku. Manakala, seorang lagi hanya berdiri berpeluk tubuh melihat sekeliling ruang bilik.





Tangannya aku tepis kasar. "Siapa korang ni?" soalku kosong sekaligus memandang tajam tiga manusia asing itu.








"Hahaha! Halmeoni, Soora rasa kepala Doyoung terhantuk dekat pokok sampai member sendiri pun tak ingat," gelak gadis itu sambil memeluk tubuh nenek daripada belakang, dagunya di daratkan diatas bahu nenek.





Mataku tidak lepas memandang gadis asing itu. Daripada skart merah jambu diatas kepala, makeup yang tidak terlalu tebal dan baju gaun putih tersahut dibadan. Dia tidak ubah seperti Shin Soora.







Manakala, dua lagi lelaki asing yang berada disebelahku pula tidak tumpah seperti Haechan si mulut murai dan si Jaemin. Dari segi permakaiannya, mereka serupa. Tapi, itu bukan mereka.








"Halmeoni kenapa benarkan orang asing masuk ke dalam rumah?" soalku kosong. "Diorang bukannya kawan--." Dengan laju mulutku ditekup oleh lelaki penyamar itu.







"Aigo~ bunny. Kau merajuk dengan kitaorang pun, agak-agaklah sampai taknak mengaku member!" kata lelaki itu dengan terlapak tangan yang menekup mulutku sehingga tanganku tergapai-gapai diudara. Sesak nafas.







"Aigo~ apa yang kalian lakukan ini, dahlah nenek nak pergi sediakan makanan," kata nenek dengan gelengan kecil sebelum berlalu keluar.









Terlapak tangan yang menekup mulut Doyoung dileraikan. "Siapa korang ni!" jeritku dengan nafas yang turun naik menahan marah.








"Kami adalah pengawai polis daripada jabatan jenayah berat, Busan. Kami kendalikan kes Shin Soora," kata Yoongi tanpa sebarang riak diwajah.




Lelaki di sebelahku terus menunjukkan bahagian lengan yang berbalut dengan pelekat kertas kuning yang membawa maksud berkerjasama dengan kepolisian. "Aku Baekhyun, yang muka pucat tu Yoongi dan perempuan yang kau duk tenung daripada tadi itu, Yeona. Kami datang untuk kes Shin Soora, harap kau boleh beri kerjasama," kata lelaki itu mengenalkan diri.









"A-aku yang bunuh Soora! Tangkap aku! Aku bunuh dia dan aku yang rancang pembunuhan Jaemin dan Haechan," jeritku kuat sebelum teresak-esak menangis dengan wajah yang ditekup dengan terlapak tangan.







"Doyoung, tolong bagitahu perkara sebenar," pujuk Yoongi lantas mengambil tempat di sebelah Doyoung. "Soora, Jaemin dan Haechan perlukan pembelaan. Bagitahu semuanya. Sampai bila nak sembunyikam kebenaran?" sambung lelaki kacak itu lagi lantas mengusap lembut belakang badanku.





"hiks...hiks... s-sebenarnya...."














•••••••

to be continue
author noted


- dah nak sampai ending dan kepeningan akan belaku. Dah bersedia untuk masuk ke fasa CM yang penuh kehanatan? Reader CM tabahkan hati anda selepas ini!!!

[✔] Catch Me - mygWhere stories live. Discover now