09

518 81 12
                                    

CM-MYG


••••••


   -----
Bab 09
   -----


Aku memandang ke luar tingkap kereta memandang pantai sepanjang perjalanan ke Busan.



Tempat ini tidak berubah langsung. Ada pokok kelapa, ada pantai, ada pondok, ada signboard dan ada kenangan aku bersama Yoongi.



Aku mengeluh lagi dan lagi.




"Yeona nak berhenti makan dulu?" Daddy yang duduk dibahagian sebelah Sungjae yang  sedang fokus memandu membuka bicaranya.




"Taknak. Yeona nak balik dan berehat. Letih," kataku.



Penat mencuba memadam ingatan lama.



"Ok, Daddy terus hantar kamu ke rumah Apartment Busan," balas Daddy lancar lantas kembali memandang ke hadapan.




Skip



"Yeona, ingat pesan Daddy. Jangan keluar tanpa pemantauan bodyguard ok?" Daddy berpesan padaku dihadapan rumah banglo besar yang berwarna putih itu.





"Ok, Daddy. Yeona tahu jaga diri. Daddy tu, Yeona suruh bermalam dekat sini Daddy taknak!" kataku dengan satu cebikkan bibir.




"Daddy perlu urusan kumpulan Chilsongpa china tu. Lepas Tuan dia mati, makin kuat mereka menyalak dekat Gwanju itu," kata Daddy sambil mengusap kepalaku.




"Biasalah, anjing kurap memang macamtu. Daddy hati-hati tahu. Tak perlu risaukan Yeona. Yeona akan ok," kataku lagi bagi menyakinkan orang tua itu.




Tubuhku dipeluk Daddy sebelum lelaki itu mula berbicara pelan, "Dekat sini meski kamu adalah ketua mereka, kamu masih perlu berhati-hati tahu. Jangan leka walaupun sesaat pun dan kertas misi serta duit untuk kamu belanja ada dekat dalam beg hitam bawah sofa depan television. Periksa CCTV dulu, banyak perangkap dalam rumah tu."




Aku angguk pelan. Daddy lantas menjarakkan wajahnya sebelum tersenyum mesra dan beredar pergi.




"Sungjae. Jaga Daddy aku," kataku memberi arahan. Aku tersengih memandang Sungjae yang sedang membesarkan lubang hidungnya padaku.





"Tahu. Kau tu... jaga diri," bahuku ditepuk lembut oleh Sungjae.






Aku mula melangkah masuk ke dalam rumah, pintu aku tutup serapatnya.





Besar. Tidak ubah seperti istana. Lagi-lagi hanya aku seorang di dalam apartment mewah ini.




Aku memerhati sekeliling ruang tamu. "Jom bersihkan rumah Yeona!" jeritku sambil merengangkan badan.




Plastik sampah berwarna hitam aku ambil di bahagian dapur sebelum alat perakam serta peranti suara yang berada setiap pelosok bahagian ruang tamu aku tanggalkan dan masukkan ke dalam plastik hitam.




Dinding aku ketuk-ketuk serta bingkai gambar yang tergantung aku angkat. Di rumah aku, disitulah tempat strategik bagi Daddy untuk menyorokkan senjata mahupun wang haram.





Tapi, hampa. Selain perakam litar tertutup serta perakam suara, aku tidak langsung menemukan apa-apa.





Tap!




Tap!




Tap!




Bunyi tapak kasutku bergema.




Tap!




Tap!




...




Tap!




Aku berhenti dan kembali mengundur ke belakang. Bunyi tapak kasutku tidak kedengaran.




Aku menanggalkan kasutku dan meletakkan disitu sebagai tanda sebelum aku melangkah untuk mengambil tukul.




*****





Touchlight daripada telefun pintarku dihalakan kearah setiap ruangan bawah tanah apartments itu.





Hebat. Selalunya ruang rahsia di rumah Daddy di sebalik dinding. Tetapi, ini dibawah tanah.




Tempat yang langsung tidak dapat difikirkan oleh otak manusia lain.




Setiap laluan bawah tanah ini penuh dengan rak fail dan dokumen serta wang. Matawang China, Yuan.




Malah, disini turut menyimpan banyak dokumen pemerdangan manusia dan jual beli serbuk dadah.




Pengaruh mereka tersangatlah kuat. Setelah apa yang Tuan Kang kecapi, dia mati ditimbus tanah.




Kesian orang tua itu. Duitnya ini tidak dapat membawanya kemana.





Mati sia sia.




Aku menoleh memandang satu bingkai gambar usang yang memaparkan Daddy dan Tuan Kang baharu memanterai penjanjian bersama.




Puan Jeon berada di tengah-tengah mereka dan ini...





Aku memandang wajah kecil Abang Jungkook dan anak lelaki Tuan Kang iaitu Chani.




"Perempuan ni...." Pandanganku jatuh pula pada figura gadis cilik.





Mereka memanterai penjanjiaan untuk menghentikan pertumpahan darah di antara puak mafia.





Aku mengeleng kecil. Dunia mafia terlalu memeningkan biar Shana sahaja yang uruskan hal Ssangyongpa dan Chilsongpa itu. Aku pula hanya fokus kepada misi membunuh aku yang seterusnya.




••••••

to be continue

[✔] Catch Me - mygWhere stories live. Discover now