14

456 86 6
                                    

CM-MYG



••••••




-----
Bab 14
-----




Telefun pintar milik mangsa pembunuhan tempoh hari dibelek di bahagian failnya.



Bahagian record call dibuka satu persatu perakam panggilan dimulai dengan call yang terakhirnya.



Hae Chan (BFF) 💖




Lelaki yang paling disyaki oleh polis kerana dialah yang membuat lebih daripada 10 panggilan kepada mangsa pada waktu kejadian berlaku.





Perakam panggilan aku tekan dan mula meletakkan telefun pintar itu diatas permukaan meja.



"Hello, Chan. Asal call? Aku dah dalam perjalanan pergi rumah kau ni."



"Erm... t-tak ada apa-apa. Aku cuma rindu nak d-dengar suara kau. hehehe."



"Hahaha... Baiklah, kawanku aku dah beli kopi kesukaan kau nanti aku sampai rumah kau--."



"Hiks...hiks...,"



"Weh, kau... menangis?"



"Walau dekat mana kau berada sekarang. Lari sekarang! 'Dia' dah tahu kau nak laporkan kejadian tiga tahun lalu dekat polis! 'Dia'... kau kena lari... hiks...hiks...hiks,"



"Apa kau cakap ni, Hae Chan?"



"'Dia' yang paksa aku... A-aku m-minta m-maaf, aku nak kau lari, lari--."



"Aku sayang kau, Hae Chan."



titt! titt! titt!




Aku mengurut pelipis sendiri sebelum mula mencatat masa, tarikh serta masa panggilan berlangsung di dalam satu buku nota kecil.




Knock! knock!



"Masuk!" arahku lantang. Maka, terpampanglah wajah Joshua bersama beberapa fail bertimbun ditangan.



"Ini fail Na-Jaemin yang saya dapat, Tuan Min," kata Joshua lantas meletakkan timbunan fail itu diatas meja kecil berhadapan sofa.




Joshua mengeliat kecil membetulkan urat sendinya.



"Penat? Baharu suruh cari fail. Takkan dah penat?" Aku memerli sekaligus bangkit daripada kerusi dan mendekati diri Joshua.



"Hehe... takdelah, Tuan," sengih Joshua lantas mengambil tempat di diatas sofa.




"Ini semua milik dia ke?" Aku menyoal. Banyak juga kes yang mangsa pernah lakukan.



"Yup. Dia pernah ditangkap atas kes rempit atau berlumba haram, air kencing positif dadah dan dia pernah menjadi suspect untuk kes pembunuhan seorang pelajar tiga tahun lalu," terang Joshua.



"Suspect kes tiga tahun lalu?" Aku menyoal sekaligus berlari mendapatkan telefun pintar diatas meja. Rakaman kembali dimainkan.



"... lari sekarang! 'Dia' dah tahu kau nak laporkan kejadian tiga tahun lalu dekat polis! 'Dia'... kau kena lari... hiks...hiks...hiks,"



"Jadi kemungkinan... pembunuhan ni ada kaitan dengan kes tiga tahun lalu yang dah ditutup tu?" Joshua menyoal sambil mengaru kepala mengunakan belakang pensel ditangan.



Aku mengambil tempat diatas sofa sebelum lengan baju kemeja putih disising sehingga ke paras siku. "Berikan aku fail kes tiga tahun lalu!" arahku pada Joshua.




Lantas lelaki itu menghulurkan kepadaku satu fail. Fail itu aku belek pelan, setiap isi dibaca dan difahami.




"Suspek bagi pembunuhan Shin Soora, seorang pelajar tingkatan 3 ... Terdapat kesan pelecetan dan kesan jerutan dileher serta beberapa kesan penderaan fizikal," bacaku pelan akan isi yang terkandung di dalam fail.




Gambar mangsa perempuan aku itu aku pandang lama sebelum aku bangkit daripada kerusi dan berlari kearah langsir.




Langsir aku selak laju. "Itu Ibu kepada mangsa bernama Soo-ra ke?" Aku menyoal sehingga membuatkan Joshua tergedek-gedek berlari mendekatiku.




"Yup. Itulah Ibu mangsa. Sejak tiga tahun lalu dia berdiri di hadapan pagar balai agar kematian anak gadisnya terbela. Tapi... kes ditutup mendadak kerana tiada bukti yang kukuh," cerita Joshua sambil mengeleng kecil. Bersimpati dengan nasib wanita tua itu.




"Ditutup? Bukankah... sesuatu kes pembunuhan hanya boleh ditutup selepas lebih lapan tahun?" Aku menyoal sinis. Jelas menunjukkan ada sesuatu rahsia disebalik kes gadis malang itu.




Kes yang melibatkan ramai orang kuat dan berkait dengan ahli mafia dan aku akan cari jawapannya.




"Joshua, sediakan laporan untuk membuka semula kes tiga tahun lalu," arahku.










••••••

to be continue

[✔] Catch Me - mygWhere stories live. Discover now