28

423 83 0
                                    

CM-MYG

••••••

   -----
Bab 28
   -----








Aku baring dalam keadaan mengereng diatas sofa dengan tangan bergari terlunjur kebawah.







Senyuman dibibirku terukir elok dikala aku fokus menatap wajah putih bersih milik Yoongi yang sedang tertidur diatas lantai bersebelahan dengan sofaku.







Dengan berhati-hati, mulutnya yang sedikit ternganga aku tutup dengan terlapak tangan.






"Min Yoongi... kenapa muncul balik...," monologku sendiri bersama keluhan kecil yang dilepaskan.







Pap!







Nafasku sedikit tertahan apabila lenganku ditarik secara tiba-tiba oleh Yoongi.






Buk!








Membuntang luas mataku dibuatnya apabil tubuhku terjatuh elok diatas badan milik Yoongi.







'Gila. Semua ni gila!' Aku menjerit di dalam hati apabila dengutan jantungku semakin kuat.








Aku mendongak kecil memandang wajah Yoongi yang hanya berada beberapa inci denganku. 'Kacak. Ia buat hati aku kembali tidak keruan,' monologku di dalam hati.






Baharu sahaja aku ingin bangun, pinggangku dipeluk oleh Yoongi mengunakan sebelah tangan manakala sebelah lagi tangannya yang bergari disatukan dengan tanganku disisi tubuh.







"Tidur," arahnya dengan mata yang terpejam rapat.







Tanganku yang berada diatas bahu Yoongi digempal kuat. Mencuba menahan segala rasa yang membuatkan perutku seolah terasa memulas kerana nervous dengan situasi janggal ini.







Tahu begini, aku sepatutnya biarkan sahaja Vernon menetak tangan Yoongi tadi sehingga putus.







Mata aku katup serapat-rapatnya. Aku rasa pagi esok aku akan bangun dalam keadaan tak bernyawa.
















.
.
.
.
.











"President Sonman dan Na Jaemin, ada orang disebalik semua ini yang juga ada berkait dengan kes tiga tahun lalu," kata Yoongi. Manakala, aku hanya menongkat dagu memandang wajah lelaki itu.









Kacak.








Tangan yang sudah terlepas daripada gari digosok pelan. Tiba-tiba aku terasa seperti ingin mengari tangan kami kembali. 'Yeona, stop it!' desis hatiku lantas menampar wajah sendiri.









Diriku yang sedang menampar wajah sendiri dipandang lama oleh Yoongi. "Yeona, kau--."







"Ada nyamuk!" cantasku laju. Sempat aku menangkap jelingan tajam milik Vernon pada Yoongi.








"Aku nak tahu siapa yang bagi kau arahan untuk membunuh Jaemin?" soal Yoongi sambil memandang tepat wajahku.



Manakala, aku hanya tersenyum mesra ke arahnya. "Siapa Jaemin?" tanyaku kembali.










Puk!








Dahi sendiri dipukul pelan membuatkan aku mencebik kecil. "Lelaki yang mati di dalam bas, dekat terowong busan? Ingat tak?"









Aku memandang atas, berfikir dengan mulut yang sedikit ternganga kerana sudah terbiasa. "Arr~ Na Jae-min. Student kacak tu?" kataku apabila sudah kembali mengingati wajah kacak lelaki yang pernah aku bunuh dahulu. "... Tak tahu. Aku cuma diarahkan untuk bunuh dia--."








"Takkan tak tahu langsung?" Berkerut dahi lelaki itu dibuatnya membuatkan aku tiba-tiba diselubungi dengan rasa bersalah.









"Ork!" Meja aku ketuk kuat membuatkan Vernon dan Yoongi memandang tepat diriku. "Kad misi. Dekat kad misi tu ada semua maklumat!" kataku bersemangat.







"Tapi... huh... kad misi tu, dah tercicir," keluhku apabila mengingati kelalaian yang pernah aku lakukan sewaktu menjalankan misi.





"Miss. I can find it to miss," cadang Vernon yang sedari tadi berdiam diri.




Aku hanya mengangkat bahu. Sudah berbulan-bulan hal itu berlalu. Bagaimana lelaki itu ingin mencarinya.









Aku kembali menongkat dagu memandang Yoongi yang tampak berfikir. Masih nampak kacak.






"Kad ni ke? Sekejap...," kata Yoongi lantas meraba poket baju jaket kulit miliknya sebelum satu kad berwatak joker dikeluarkan dan ditolak pelan kearahku.





"Yes! Inilah," jeritku lantas mencapai kad Joker itu.




"Tapi, kad tu kosong. Tak ada apa-apa pun--."




"Itulah awak tak tahu...
Vernon went to take the water, put it in a container," arahku lancar. Manakala, Vernon hanya mengangguk pasrah sebelum bangkit daripada tempat duduknya.
















••••••

to be continue

[✔] Catch Me - mygWhere stories live. Discover now