01

1K 127 25
                                    

CM-MYG

   -----
Bab 01
   -----

••••••





Point of view;
Author







klerk!




Gadis bernama Park Yeona yang sedari tadi berdiri diluar ruangan bilik tidur Yoongi mula menolak pelahan pintu yang menjadi penghubung buat ruang kamar itu.




Yeona mula melangkah masuk, mencuba merapatkan kedudukkannya dengan Min Yoongi yang sedari tadi berdiri menghadap tingkap.





Lelaki itu lengkap berpakaian kot hitam, memandangkan hari ini adalah hari pemakaman dua insan penting di dalam hidupnya.






"Yoongi, saya--."



"Yeona keluar. Aku taknak jumpa kau," halau Yoongi akan tetapi pada nada suara dan riak wajahnya tiada terselit apa-apa perasaan pun. Tiada riak suka, sedih mahupun marah.




"Saya nak minta maaf. Saya dah ingat semuanya," ucap Yeona sebelum tersenyum.




"Keluar," halau Yoongi sepatah.




"Saya tahu awak marah saya. Sebab saya Yoori kemalangan, dan Puan Min--."




Belum sempat Yeona menghabiskan ayatnya, Yoongi terlebih dahulu menjerkah kuat, "Yah, Park Yeona kau pekak ke? Keluar daripada bilik aku. Berambus!"




Walaupun, sedikit tersentak dengan herdikan milik lelaki yang disukainya itu, Yeona masih mencuba untuk memujuk hati Yoongi agar memaafkannya, Dia tak sengaja. "Saya tahu awak masih marahkan saya, Min Yoongi. Saya minta maaf. Semua salah saya, kalau bukan--."




"Kau sedar rupanya? Kenapa adik dengan mak aku yang mesti mati? Sepatutnya kau yang mati. Dasar pembawa siyal!" amuk Yoongi.




Tidakkah dia sedar, kata-katanya berjaya menguris hati Yeona bagaikan pisau tajam.




"Y-yoongi--." Nama itu meniti bibir Yeona. Tak terkata dengan ucapan yang baharu dilafazkan oleh lelaki itu.





"Aku tak patut kutip kau. Aku patut biarkan kau mampus jer waktu tu. Orang yang dekat dengan kau ni memang akan mati! Dulu Jinyoung, Lepastu Yoori dengan Mak aku. Kau ni pembawa malang!" herdik Yoongi lagi setelah berpaling menghadap gadis berambut panjang dan bergaun putih paras lutut itu.




"Y-yoongi sampai hati awak!" sebak Yeona. Air mata ditahan sebolehnya.



"Sampai hati aku, kau rasa? Habistu kau? Bawa sial dekat keluarga aku? Dah berambus. Kau takpayah tunjuk muka kau depan aku lagi!" jerit Yoongi kuat.




"Ya, betul kata awak. Sepatutnya saya yang mati... bukan Yoori dan bukan juga Puan Min. Saya--."




"Betul tu. Kau yang patut mati. Pergi mampus cepat. Jangan bawa siyal kau dekat aku dah. Berambus!" herdik Yoongi lagi.



Tidak menunggu masa yang lama, Yeona terus berlari keluar daripada bilik Yoongi apabila takungan air matanya kian tumpah.



Bam!




Sebaik sahaja pintu dihempas kuat, Yoongi terus menjerit tidak ubah seperti orang gila. Barang yang berada diatas meja belajar ditolak kasar dengan mengunakan tangan sehingga semuanya jatuh menghempas lantai konrik itu.



[✔] Catch Me - mygWhere stories live. Discover now