30

474 71 1
                                    

CM-MYG




••••••




   -----
Bab 30
   -----





Mataku meliar kesekeliling ruang pasar, Bupyeong Kkangtong Market. Aku  menolak pipi dengan lidah sebelum mula melangkah kearah satu bangku kayu.




Sekeliling ruang pasar yang riuh dengan suara pembeli dan penjual aku pandang lama. Dapat aku rasakan diri seolah diperhatikan di sebalik tiang dan lorong-lorong sunyi itu.











Tempat duduk diambil sebelum lipatan beberapa keping duit bernilai seratus ringgit setiap satu ditolak diatas permukaan meja kearah seorang lelaki yang mengayakan baju kemeja berbunga dan berkaca mata hitam, gaya orang hawai.




Huluran diambil dan dimasukkan ke dalam poket baju kemejanya. "Apa yang kau nak tahu?" Dia menyoal tanpa memandang aku.




Manakala, aku terus memusingkan badan ke sisi dan telefun pintar ditekup pada telinga. "Maklumat tentang kejadian tiga tahun lalu berkait dengan kematian seorang gadis sekolah menengah disebuah lorong gelap," kataku.



"Enam ratus ringgit... tak cukup untuk mengembalikan ingatan tiga tahun lalu," sinisnya meminta bayaran dinaikkan.



Aku mengeluh kecil. Mafia mana sahaja yang tidak mengenali Jackson Wang, pakar penghabis duit dan semua maklumat tentang kegiatan mafia berada di dalam tangan dia. Dialah yang sering kali menjadi buruan pihak polis dan para mafia.





Kepingan duit aku keluarkan daripada poket seluarku dan ditolak serta diletakkan di bawah pasu kecil di tengah-tengah permukaan atas meja bulat itu.





"Tiga tahun lalu, Shin soora mati disebuah rumah penginapan murah dan mayatnya diheret dan dibuang di satu lorong gelap, pembunuh mencuba menjadikan kes seolah-olah mangsa diragut dan dirogol oleh perompak jalanan. Tapi, malang apabila dua orang lelaki melalui kawasan itu... mereka nampak segalanya dan pembunuh pun...," ayat digantungkan sebelum lelaki hawai itu kembali berbicara, "... done, untuk sambungan bayaran mesti dinaikkan."






Dompet duit aku keluarkan daripada tas tangan dan ditolak kasar kearah lelaki itu. "Dalam tu ada duit tunai bernilai satu ribu dan beberapa keping cek bernilai tiga ribu yang sudah ditanda tangan, hanya belum ditulis tarikh sahaja. Jadi cek masih laku," kataku panjang lebar.




Manakala, Jackson terus membelek isi di dalam dompet. "Ok. Sampai mana kita berhenti tadi?"




"Dua makhluk yang nampak kejadian?" Aku cuba mengingatkan.



"Mereka yang nampak kejadian itu terus melaporkan pada seorang anggota polis lelaki penyiasatan di bahagian Daegu, Jung Ho-seok," cerita Jackson sambil menekankan nama polis yang berkait dengan kes Shin Soora.




"On day. Malang tak berbau, Inspektor Jung mati ditetak beramai-ramai oleh satu kumpulan mafia dan mayatnya ditanam di kawasan hutan di kaki gunung. Hanya kerana dia sudah hampir ke arah kebenaran di sebalik pembunuhan Shin Soora," sambungnya. "Any question?" soalnya.





"Siapa pembunuh--."



"Bukan soalan tu. Aku boleh bagi maklumat tapi tidak boleh membangkitkan nama orang yang terlibat. Bukankah kau berkerja untuk polis, jadi aku rasa kau boleh cari jawapan tu sendiri," perlinya sambil menjuihkan bibir kearah Yoongi yang sedang berdiri berpeluk tubuh di sisi kereta bersama dengan Vernon. "So, soalan lain?"



"Dekat mana Soora mati sebelum mayatnya dibuang?" Aku menyoal.



"Mic drop hostel, bilik 301. Tak jauh daripada sini," balas Jackson sebelum kembali menyambung ayat, "Selepas Inspektor Jung menghilangkan diri tanpa khabar berita, seorang lelaki yang merupakan saksi kejadian ditahan oleh polis yang boleh dikatakan mempunyai hubung kait dengan kes Shin Soora."





"Lepastu dia dibebaskan dan kes ditutup sebab dia dah diugut oleh manusia di sebalik topeng polis itu?" Aku menyoal laju.




"Yes, that right." sokongnya. "Sampai sini sahaja pembincangan kita. Untuk pembincangan baharu, bayaran harus ditambah lagi."



Aku lantas bangkit daripada tempat duduk. Topi diatas kepala ditarik ke hadapan menutup bahagian mata.



"Cik. Keyword."



Aku berhenti daripada melangkah. Tetapi tidak pula aku berpaling menghadap Jackson yang sedang mengocangkan gelas air jus miliknya.




"Keyword; dua orang saksi, satu gadis dan seorang pembunuh... mereka adalah kawan rapat," sambung Jackson.



Aku kembali melangkah kearah Yoongi dan memasuki perut kereta di bahagian belakang bersama dengan Yoongi. Manakala, Yuta dan Vernon duduk di bahagian hadapan.











••••••

to be continue

[✔] Catch Me - mygWhere stories live. Discover now