Kaki Sarang dilangkah dengan gemah gemalai sambil fikirannya berada jauh dari tubuhnya . Memikirkan semula tawaran pekerjaan di Min Club membuatkan hatinya menjadi tidak tentu arah . Dengan usianya yang 19 tahun dan masih bersekolah di Chung Hwa High School , dia terpaksa menipu umurnya ketika hendak mengisi surat tawaran bekerja sebagai pelayan . Walaupun pekerjaan tersebut tidak sesuai dengan umurnya , tetapi dia perlu mencari wang perbelanjaan untuk appa dan adik lelakinya di rumah .
Baju seragam sekolah masih lagi dipakainya . Hampir sehari suntuk dia menghabiskan masa di perpustakaan sekolah . Jam sudah pun menunjukkan tepat pukul 11 malam . Tanpa dia sedari , kakinya bergerak tanpa berhenti untuk melintas jalan . Lampu isyarat sudah menunjukkan warna jingga bagi pejalan kaki tetapi dia tidak sedar sehinggakan sebuah kereta dipandu laju menghala ke arahnya . Kedengaran bunyi hon yang kuat datang dari kereta honda tersebut . Tubuhnya terasa kaku sehinggakan dia tidak mampu untuk membuat apa-apa .
Semuanya berlaku hanya dalam sekelip mata apabila dirinya kini sudah terselamat berada di dalam dakapan seorang lelaki . Mukanya berada tepat di dada sasa lelaki tersebut . Dia dapat merasakan jantungnya dan jantung lelaki tersebut berdegup dengan pantas sekali . Setelah dia tersedar apa yang berlaku , dengan pantas dia melepaskan dirinya dari dakapan lelaki tersebut .
"Ka...kamsahamnida...." suara Sarang hanya terkeluar di hujung-hujung sahaja . Dia menundukkan kepalanya beberapa kali dan perkataan maaf tidak lekang dari bibirnya .
Dia langsung tidak memandang wajah lelaki tersebut . Anak matanya dari tadi berada di kasut lelaki yang tidak dikenali itu . Dengan keadaannya yang cemas , dia melangkahkan kakinya untuk melintas jalan tetapi lengannya ditarik dari belakang membuatkan dia terhenti .
"Chu Sarang" terkedu dibuatnya apabila lelaki itu memanggil namanya .
"Lampu belum hijau" suara lelaki tersebut dan bauannya membuatkan hati seketul Chu Sarang cair di tempat kejadian .
Dia tidak membalas apa-apa malah langsung tidak memandang wajah lelaki tersebut . Agak lama mereka menunggu lampu hijau , Sarang mempercepatkan langkahnya ke seberang meninggalkan lelaki tersebut .
"Apa kau buat ni Sarang bodohnya kau" katanya sendiri sambil mengetuk-ngetuk dahinya dengan telapak tangan .
--
Pin rumah ditekan lalu dedaun pintu dipulas . Kasut sekolahnya ditanggalkan lalu memasuki rumahnya sambil menyeru nama adik lelakinya .
"Taehyung ah ~"
Tiada seruan .
Pintu tandas dibuka dari dalam lalu terpapar wajah adiknya dengan bibir yang masih lagi kebiru-biruan dan terdapat ketulan darah . Melihat keadaan adiknya itu membuatkan dia mengeluh panjang .
"Noona belikan makanan , Taehyung belum makan kan ?" ujarnya sambil menarik lengan Taehyung ke meja makan yang bersaiz kecil itu .
Taehyung langsung tidak berkata apa-apa malah hanya memandang makanan yang dibeli Sarang beberapa minit yang lalu . Bungkusan makanan dibuka lalu diletakkan di hadapan Taehyung .
"Appa....belum balik ?" soal Sarang perlahan .
"Belum" hanya sepatah yang dijawab Taehyung .
Sedang dia sibuk menyediakan makanan , tiba-tiba tangannya dipegang oleh Taehyung lalu memberhentikan pergerakannya . Sarang memandang Taehyung dengan riaksi yang hairan .
"Tangan noona belum sembuh ?" soalnya sambil memandang ke arah pergelangan tangan noonanya yang dibalut rapi akibat terkena serpihan kaca .
Sarang tersenyum kecil lalu menepis perlahan tangan Taehyung .
"Noona okay lahh" jawab Sarang dengan senyuman palsu dibibirnya .
"Noona....jangan tinggalkan Taehyung sorang-sorang....Taehyung janji akan jaga noona dari appa...." kali ini anak mata Taehyung memandang tepat ke arah anak mata Sarang .
Hati Sarang terasa sebak dengan kata-kata adiknya itu . Sudah hampir 11 tahun mereka berdua didera oleh appa mereka sendiri setelah kematian omma mereka . Setiap hati , Sarang akan dipukul ataupun disuruh untuk membuat macam-macam oleh appanya . Taehyung sebagai seorang lelaki akan sentiasa melindungi noonanya yang dipukul hampir setiap hari .
"Noona takkan tinggalkan Taetae lah" katanya dengan senyuman yang paling manis dibibir .
--
Setelah pulang dari sekolah , Sarang terus membuat haluannya ke Min Club . Hari pertamanya bekerja di situ tidaklah seteruk yang disangkakan . Cuma ada sahaja tangan-tangan yang akan meraba punggungnya yang menonjol luas oleh kerana skirt yang dikenakan amatlah singkat sehingga menampakkan peha gebusnya itu . Sedang dia sibuk melayan pelanggan , dia dapat merasakan sepasang anak mata yang memerhatinya . Cuba dicarinya tetapi yang berada di situ semua kelihatan sedang bersuka ria .
Kelihatan seorang lelaki memasuki club tersebut lalu duduk di salah satu tempat kosong dimana berada jauh dari kawasan orang ramai . Sarang menarik skirtnya kebawah sebelum pergi ke lelaki tersebut . Lelaki tersebut mengenakan baju kemeja dan tshirt di dalam . Rambutnya berwarna blonde dan aura lelakinya begitu kuat sekali .
"Chu Sarang" ujar lelaki tersebut membuatkan Sarang terkaku . Dari mana dia tahu namanya ? Dan bauannya seperti pernah dibau sebelum ini .
"Nae ?"
"Sejak bila awak kerja sini ?" soal lelaki itu lagi dengan keningnya diangkat sebelah .
Sarang terkedu buat seketika . Siapa lelaki itu sehinggakan dia tahu namanya dan sibuk tentang hal peribadinya ?
"Kejap , awak siapa ya ? Kita pernah jumpa ka ?" soal Sarang bengang dengan situasi tersebut .
"Well....saya Park Jimin...berhenti kerja kalau awak tanak dijual . Bukan apa , awak tu sedang diperhatikan" bertambah bengang Sarang dibuatnya .
Dengan bertindak kurang sopan , Sarang beredar dari Jimin dengan perasaan yang begitu bengang . Dengan membuat haluannya ke tandas .
Paip air dibuka , tangannya menadah air yang keluar tidak henti dari paip air . Mukanya dicuci dengan air tersebut . Dalam lubuk fikirannya , perkataan Jimin masih lagi bermain-main seperti ada yang berbisik .
"Dijual ?" soal Sarang sendiri sambil memandang dirinya di hadapan cermin . Ada juga perasaan takut di dalam dirinya . Tepat tekaannya , ada sepasang anak mata yang memerhatinya dari jauh . Tapi siapa ?
"Ehem...." tiba-tiba suara seorang lelaki kedengaran dari luar tandas .
"Siapa tu ?" kepalanya cuba dipanjangkan untuk menjenguk di luar . Tangannya yang basah dilap di skirt kemudian kakinya melangkah keluar dari tandas .
Tiba-tiba tubuhnya ditarik dan ditolak ke dinding . Matanya dipejam rapat , dia hanya dapat merasakan hembusan nafas dan bauan tersebut .
"Lagi sekali saya bagi amaran , berhenti kerja sebelum awak menyesal Chu Sarang" lehernya dicium oleh Jimin sebelum dia melepaskan genggaman tangannya .
Perlahan-lahan Sarang membuka kelopak matanya . Hatinya hampir meletup apabila melihat wajah Jimin yang agak marah dihadapannya itu tetapi ditolaknya ketepi apabila mengingati semula dengan perangai Jimin .
"Apa masalah awak ? Saya takda kaitan apa-apa pun dengan awak ! And saya takpernah pun jumpa awak !" bertubi-tubi yang dikenakan kepada Jimin .
"You don't remember ? Saya lelaki yang selamatkan awak dari kena langgar dekat traffic light.... masih tak ingat ?" kali ini Jimin tersenyum sinis apabila melihat Sarang yang terkejut itu .
"Arhhh saya tak kesah lah awak siapa !" dengan itu Sarang berlalu pergi .
"Prepare yourself Park Sarang"
-
YOU ARE READING
HERO | PJM
Fanfiction"Kalau awak dengar cakap saya , takdanya awak kena rogol macam ni" "Jangan berani langkahkan kaki awak keluar dari rumah ni selagi awak bergelar isteri saya yang sah" "Ceraikan saya lepas saya lahirkan anak awak" Started on Jan 27