"Aku... rasmi dia dulu sebelum kau"
"Jap... apa benda kau cakap ni . Aku takda masa lah nak layan bodoh kau ni . Kau keluar sekarang" arah Jimin setelah mendengar pengakuan yang tidak masuk akal dari Jungkook .
"Memang lah kau taknak terima kenyataan sebab anak dalam kandungan Sarang tu anak aku.. bukan anak kau" tambah Jungkook lagi dengan senyuman sinis .
"Aku ingat lagi pertama kali dia merayu panggil nama aku..."
"Kau keluar !" Jimin menghentak tangannya dimeja dengan perasaan yang geram .
Tanpa berkata apa-apa , Jungkook melangkahkan kakinya keluar dari pejabat Jimin dengan perasaan yang berpuas hati .
Beberapa jam berlalu , hari sudah pun malam . Jimin membuat kerjanya dengan hati yang tidak tenteram . Telefonnya asyik berdering menunjukkan nama Sarang . Dia langsung tidak menjawab panggilan Sarang . Entah mengapa hatinya terasa sakit sejak Jungkook memberitahu hal yang entah betul atau rekaan semata-mata .
Setelah kerjanya selesai dia terus mengambil kunci kereta dan turun ke parking bawah tanah . Enjin kereta dibuka lalu dia membuat hala tujunya ke sebuah gerai di tepi jalan . Sudah sekian lama dia tidak menjejakkan kaki di tempat sedemikian . Beberapa botol soju telah dihabiskannya . Kepalanya terasa berat dan memusing . " Kenapa awak buat saya macam ni Sarang . Apa salah saya sampai awak sanggup tipu saya..." katanya di dalam hati .
--
Jam sudah pun menunjukkan tepat pukul 1 pagi . Tidak pernah lagi Jimin balik selewat ini . Panggilan tidak dijawab , balik pun lambat. Ada yang tak kena ka dengan suaminya itu . Perutnya terasa sakit sejak pagi tadi . Tarikh yang dijangka oleh doktor sudah semakin dekat . Dia menelefon Jimin untuk memberitahu hal tersebut tetapi panggilannya langsung tidak dijawab . Dia masih lagi menahan sakit construction . Sekejap hilang , sekejap datang balik . Baru dia faham rasa sakitnya proses untuk melahirkan anak .
Pintu bilik terbuka dari luar . Jimin masuk bersama dengan bau alkohol yang langsung tidak menyenangkan hati . Sarang terus bangun dari baringnya lalu menangkap suaminya itu dahulu .
"Awak pergi mana sekarang baru nak balik ? Saya call tak angkat awak oergi mana ?" soal Sarang dengan begitu risau .
Tetapi Jimin langsung tidak hairan dengan soalan yang ditujukan oleh Sarang . Dia membaringkan tubuhnya di atas katil lalu terus memejamkan mata . Sarang bertambah hairan dengan perubahan Jimin yang begitu mendadak itu . Dia seperti kali pertama mereka berjumpa . Butang baju Jimin dibuka Sarang , tetapi secara tiba-tiba Jimin menarik Sarang mendekatinya .
"Penipu" senyuman sinis terukir di bibir Jimin lalu dia kembali memjamkan mata .
Sarang terkedu dengan apa yang telah didengarinya . Dia membuka baju Jimin lalu menyelimut badannya . Walaupun hatinya terasa sakit atas luahan Jimin itu tetapi dia meletakkan ke tepi perasaan tersebut .
--
Contrustion berjaya mengejutkan Sarang pada awal pagi . Dia membuat haluannya ke dapur untuk menyediakan sarapan . Sakit ini bukan boleh dilayankan sangat , nanti semakin menjadi-jadi .
Setelah beberapa minit , Jimin juga turut bangun dan bersiap untuk ke tempat kerja . Sempat dia memuntahkan semula segala minuman semalam . Kelihatan Sarang yang asyik memegang perutnya seperti menahan kesakitan . Mata Jimin terus memandang kalendar yang sedia ada di dinding . Sekarang baru dia tahu Sarang mengalami kesakitan kerana hari yang ditetapkan oleh doktor sudah semakin hampir .
YOU ARE READING
HERO | PJM
Fanfiction"Kalau awak dengar cakap saya , takdanya awak kena rogol macam ni" "Jangan berani langkahkan kaki awak keluar dari rumah ni selagi awak bergelar isteri saya yang sah" "Ceraikan saya lepas saya lahirkan anak awak" Started on Jan 27