- 13 -

717 59 6
                                    

Belum sempat Jimin hendak menutup enjin kereta , Sarang sudah beria untuk masuk bertemu dengan Mrs Park . Rindu betul dia dengan mak mertuanya itu . Dengan perutnya yang sudah besar dan menunggu masa sahaja , dia berjalan dengan terhuyung-hayang untuk masuk ke dalam rumah .

"Sayang... hati-hati" ujar Jimin sambil memimpin Sarang ke dalam .

"Omma ! Menantu kesayangan omma datang ni !" panggil Jimin apabila melihat ruang tamu yang kosong itu .

Kemudian Mrs Park muncul dari dapur segera memeluk Sarang dengan begitu erat sekali . Setiap sudut wajah Sarang dicium manja Mrs Park .

"Sayang omma datang lahhh . Rindunya omma dekat Sarang" kedua-dua belah tangan Mrs Park menekup pipi Sarang .

"Sarang rindu omma jugakkk" jawabnya dengan nada yang comel .

"Jimin pun rindu jugak" kata Jimin dengan nada mengejek .

"Jihyun mana omma ? Dia keluar ka ?" soal Jimin .

"Ada ja dekat atas . Sejak kelmarin , dia tak keluar bilik pun . Omma pun tak tahu nak buat apa dah"

Sarang memandang Jimin memberi isyarat supaya memujuk Jihyun . Jimin tersenyum kecil lalu membuat langkahnya ke bilik Jihyun yang mana terletak di tingkat atas rumah Mrs Park .

Dedaun pintu dikuak perlahan . Dari luar bilik dia sudah nampak Jihyun yang sedang mengambil angin di tingkap . Jimin mendekatkan diri dengan adiknya itu . Dia berdehem beberapa kali untuk menyedarkan kehadirannya di situ .

"Hyung... nak mintak maaf"

Tiada respond dari Jihyun .

"Hyung tahu tu semua salah hyung . Hyung tak sepatutnya biarkan Sarang seorang diri lepas apa yang dah terjadi dekat hubungan kami . Memang patut kau ada dengan Sarang , entah apa yang akan jadi kalau kau takda . Hyung betul-betul terhutang budi dengan kau" luah Jimin membuatkan Jihyun memandang abangnya itu .

Tiba-tiba kedengaran bunyi bising dari ruang tamu sehingga membuatkan Jimin dan Jihyun berpandang antara satu sama lain sebelum bergerak ke ruang tamu .

--

"Kau sedar lah sikit kau tu sapa !" tengking Soojin kepada Sarang di hadapan Mrs Jeon .

Sungguh biadap .

"Apa bising-bising ni ?! Kau buat apa dekat sini ?!" Jimin juga turut meninggikan suara .

"Haihh... ada rupanya . Memandangkan semua dah ada dekat sini . Saya nk awak bertanggungjawab atas baby dalam kandungan saya ni" kata Soojin sambil menunding jari .

Raut wajah Sarang sudah berubah . Hanya tunggu masa sahaja untuk dia mengalirkan air mata .

"Apa ni Jimin ?" soal Mrs Park yang sudah bengang dengan situasi tersebut .

"Hahaha... kau ingat aku bodoh ka kau boleh nak tipu aku ? Kau ingat nak mengandung ambik masa 3 hari ja ka ? Kau kena tahu , bukan aku yang perkosa kau . Kau yang gunakan aku untuk perkosa kau ! Kau yang tinggal aku ! Kau kena ingat tu !" tengking Jimin setelah tahap kesabarannya sudah hilang .

"Eh ni semua salah kau lah perampas ! Kalau kau tak terhegeh dengan Jimin , dia takkan kahwin lah dengan perempuan macam kau !" badan Sarang ditolak .

"Yah !" tubuh Soojin ditolak semula oleh Jimin .

Jimin bertindak menggenggam kuat lengan Soojin dan menariknya keluar dari rumah .

"Sakit lah Jimin !" sungut Soojin kesakitan .

Jimin kemudiannya melepaskan genggamannya dan menolak Soojin keluar .

"Sakit lagi hati aku bila tengok muka perempuan yang tak pernah nak hargai !"

"Kau dengar sini baik-baik . Aku dah lama lupakan kau . Aku dah lama buang kau dari hidup aku . Sekarang aku dah ada isteri yang betul-betul hargai aku bukan macam kau ! Kau jangan berani sentuh Sarang sebab aku pun tak pernah cederakan dia . Sekarang ni aku taknak tengok muka kau lagi dah . Berambus..." kata Jimin dengan hembusan yang kuat .

Hatinya terasa begitu sakit apabila Soojin mengungkit semula kisah silam mereka .

Pintu rumah ditutup rapat lalu dia mengaturkan langkah ke ruang tamu semula . Tetapi dia tidak dapat mencari dimanakah Sarang berada .

"Sarang mana omma ?" soal Jimin kepada Mrs Park yang masih lagi terkejut dengan apa yang telah berlaku .

"Ada... dekat bilik kamu agaknya" jawab Mrs Park sambil mengurut kepalanya sendiri .

"Omma jangan risau... anak omma masih waras lagi" kata Jimin lalu menaiki anak tangga untuk ke bilik lamanya .

Dia terus masuk tanpa mengetuk pintu . Terlihat Sarang yang sedang menangis di hujung katil membuat Jimin berasa bersalah . Dia mengambil tempat di sebelah Sarang lalu tangan Sarang dipegangnya .

"Sayang... saya tahu awak ambik hati dengan kata-kata Soojin tadi tapi saya nak awak tahu yang hanya awak sorang ja yang da dalam hati saya . Awak tak rampas saya dari dia , tapi saya yang rampas awak dari orang lain" matanya memandang Sarang yang masih lagi menangis .

"Saya penat lah awak... tolong... tolong lah rujuk semula dengan dia . Tenangkan dia . Saya penat asyik kena hentam dengan dia . Kalau awak taknak lepaskan saya takpa saya rela tapi tolonglah..."

"Shhh.... tak saya takkan buat benda-benda bodoh macam tu tolong jangan paksa saya Sarang" air mata Sarang dikesat .

--

2 days later


Kertas-kertas kerja yang sudah lama tertangguh disiapkan Jimin dengan segera . Harinya begitu sibuk sehinggakan tidak sempat menelefon Sarang . Matanya asyik berulang alik dari sekejap di komputer sekejap di kertas . Sehinggalah telefon pejabatnya berdering .

"Nae ada apa ?"

"Ada orang nak jumpa katanya urgent" jawab pembantu peribadinya .

"Suruh dia masuk"

Sesaat selepas dia meletakkan telefon , pintu pejabatnya diketuk beberapa kali .

"Masuk"

Susuk tubuh figura tersebut menutupi lampu yang menyuluh ke arah wajah Jimin . Jimin memandang figura tersebut lalu dia terkejut atas apa yang telah dilihatnya .

"Budak susu ?!" hatinya membuak panas apabila mengingati semula apa yang telah diperlakukan oleh Jungkook kepada Sarang dan sekarang dia kembali .

"Aku ada hal nak bagitahu kau... taknak jemput aku duduk ?" kata Jungkook dengan menjongketkan kening .

"Aku taknak dengar . Kau keluar sekarang sebelum aku buka balik kes kau dengan Sarang" matanya berada di komputer semula .

Dia cuba menenangkan hatinya yang sedang panas .

"Betul kau taknak tahu ? Aku takut kau menyesal seumur hidup sebab membesarkan anak orang lain" kali ini dia berkata sambil memeluk tubuh .


Agak lama Jimin berhenti untuk memikir lalu dia membenarkan Jungkook duduk .

"Apa benda kau nak cakap ? Cakap cepat sikit aku takda masa dengan budak susu  macam kau"

"Kau fikir Sarang tu budak baik ka ?" soalan pertama dari Jungkook membuatkan Jimin bertambah bengang .


"Soalan bodoh apa ni"

"Kau tak pelik kenapa dia kerja dekat club sedangkan banyak lagi kerja lain dekat luar sana" tambah Jungkook lagi .

Kali ini Jimin hanya berdiamkan diri .


"Kau tak rasa pelik ka bila kau first time dengan dia ?" bertubi soalan yang dilontarkan oleh Jungkook .



























"Aku... rasmi dia dulu sebelum kau"

                                   -

HERO | PJMWhere stories live. Discover now