Pintu bilik terbuka lalu terpapar wajah Jimin . Bauannya tidak lagi seperti sebelum ini , bauannya bertukar seperti bauan perempuan . Sarang sudah agak Jimin bukanlah seperti lelaki yang baik . Dia terus bergerak ke almari lalu membuka baju dan menyangkutnya . Sarang langsung tidak bergerak dari awal Jimin pergi . Makanan yang tidak luak dipandang Jimin lama . Dia menghampiri katil lalu duduk disebelah Sarang .
"Bangun" ujar Jimin sambil menarik selimut Sarang lalu memegang tangannya tetapi Sarang mengelak .
"Jangan sentuh...." kata Sarang lembut .
"Chu Sarang" lagi sekali Jimin menarik lengan Sarang dan meninggikan sedikit suaranya .
"Jangan sentuh !" kali ini Sarang tidak dapat menarik lengannya dari genggaman Jimin .
"Yah Chu Sarang calm down....saya takkan sakitkan awak..." bisik Jimin cuba menenangkan Sarang yang sudah menangis keesakkan merayu untuk dilepaskan .
"Makan sikit , awak dah tak makan 2 hari.... awak nak duduk sini tanpa makanan ? Listen here Sarang.... saya akan lepaskan awak , tapi bukan sekarang . Saya akan jaga awak baik-baik sepanjang awak duduk dengan saya , saya tak lepaskan awak bukan sebab duit yang saya habiskan . Saya ada sebab lain Sarang...." bisik Jimin lagi lalu dia mengambil makanan yang berada di atas meja .
"Sa...saya boleh makan sendiri"
"Aaa anyi anyi" Jimin mendekatkan sudu ke mulut Sarang sambil menyebut aaaa .
Sarang yang tidak mempunyai keputusan yang lain terpaksa membuka mulutnya .
--
Cahaya mentari di pagi hari menyuluh tepat ke arah wajah Sarang sejurus namanya dipanggil oleh Jimin . Dia membuka kelopak matanya yang masih berat itu . Dia memandang sekeliling untuk memastikan dimana dia berada , setelah fikirannya kembali kepada asal dia terus bangun dari baringnya lalu melihat tubuhnya yang diselimuti dengan selimut tebal . Jimin yang berada di hadapan katil memandang Sarang dengan pelik sekali .
"Sarang ?" soal Jimin kekeliruan atas tindakan Sarang itu .
Anak mata mereka bertemu antara satu sama lain tetapi hanya dalam beberapa saat Sarang terus mengalihkan pandangannya ke arah lain .
"Tanak pergi sekolah ka ?" ujar Jimin selamba sambil membetulkan tali lehernya .
Agak lama otak Sarang berfungsi untuk menelan setiap bait ayat Jimin itu untuk masuk di kepalanya .
"Ohhh.... sekolah..." dianggukkan kepalanya beberapa kali .
"Baju awak ada dekat bilik sebelah . Habis sekolah terus balik sini jangan nak melawat zoo ka apa ka" lalu Jimin beredar meninggalkan Sarang yang masih lagi tidak tahu apa yang harus dilakukannya .
--
Dia terus melangkahkan kakinya ke kelas 5-2D . Sepanjang perjalanannya ke kelas , ada sahaja yang membisik tentangnya . Dia tahu kehilangannya buat 3 hari berturut-turut menggemparkan seluruh sekolah oleh kerana dia tidak pernah ponteng sekolah selama ini .
Dia mengambil tempatnya di belakang kelas lalu meletakkan beg sandangnya di sebelah meja . Sejurus dia duduk , Jungkook iaitu rakan sekelasnya ataupun lebih dikenali sebagai secret admire di hati Sarang menyapanya dari arah jauh . Kemudian dia duduk di kerusi hadapan meja Sarang dengan senyuman bunny yang tidak lekang dari bibirnya .
"Sarang kenapa awak tak datang ? Awak sakit ?" tanpa menunggu beberapa saat tapak tangan Jungkook sudah berada di dahinya . Wajahnya yang asal pucat seperti dinding kini menjadi merah bak delima .
"Aa...anyi..." katanya perlahan .
"Awak nampak cantik sangat...." raut wajah Jungkook berubah apabila dia menyebut sedemikian dengan senyuman sinis di bibir .
Oleh itu , Jungkook kembali ke tempatnya semula dan guru mata pelajaran English pun tiba . Sarang dibiarkan berteka teki seorang diri .
--
Loceng berbunyi menandakan waktu persekolahan sudah pun tamat . Sedang Sarang berjalan di perkarangan sekolah , lagi sekali Jungkook menyapanya dari belakang . Ingin sahaja dia berjalan dengan pantas tetapi apakan daya tubuhnya masih lagi lemah .
--
Sudah 15 minit Jimin menunggu di perkarangan sekolah untuk mengambil Sarang pulang . Dia takut budak perempuan itu melarikan diri pula . Manalah tahu , budak zaman sekarang ini banyak sahaja kerenahnya . Sedang di mencari Sarang , ada sahaja budak-budak perempuan sebaya Sarang yang terjerit kecil melihatnya . Gedik betul .
Dia memerhatikan jam di pergelangan tangan lalu menghembuskan keluhan panjang . Kemudian matanya menangkap susuk tubuh Sarang yang sedang berjalan dengan seorang lelaki sambil tersenyum-senyum manja .
"Gatal kau ehh" tanpa berfikir panjang Jimin mendekati mereka berdua lalu menarik lengan Sarang .
Tidak kesah lah dia terkejut ka , orang pandang ka apa ka . Yang pasti dia amat panas melihat mereka berdua bersama .
"Ji...jimin... awak buat apa dekat sini ?" tergagap-gagap dibuatnya Sarang sambil cuba melepaskan tangannya .
"Kau siapa ?" bersuara Jungkook dengan nada yang agak tegas .
Jimin mengangkat keningnya sebelah memandang Jungkook yang acah hero itu . Kemudian dia tergelak kecil .
"Biadap betul budak-budak sekarang ni.... siapa aku tak penting . Sekarang masa untuk aku bawak balik budak kecik ni okay ? Beres bosskurr ?" lalu Jimin menarik kasar lengan Sarang beredar dari situ .
"Yah !" tengking Jungkook .
Jimin membuka pintu kereta lalu menolak tubuh Sarang masuk ke dalam . Dia merentap seat belt untuk Sarang lalu kembali ke tempat duduknya . Sarang tidak berkata apa-apa oleh kerana melihat Jimin berkasar sedemikian . Jantungnya bergedup begitu pantas . Apa pula yang bakal menimpanya kali ini .
Setibanya di rumah , Jimin masih lagi memegang pergelangan Sarang . Boleh dikatakan naik merak juga . Tapi dia sanggup berdiam dari dipukul seperti bola baseball . Kejadian dia dipukul oleh appanya kini bermain difikirannya . Sudah sekian lama dia tidak dipukul oleh appanya itu . Mungkin Jimin pula yang bakal menggantikan tempat tersebut .
Hoseok yang berada di ruang tamu asyik memanggil Jimin tetapi diendahnya . Dia ditarik masuk ke dalam bilik kemudian tubuhnya ditolak ke atas katil .
Jimin kini berada di atas Sarang , kedua-dua belah kakinya ditahan oleh Jimin . Air mata Sarang mula mengalir .
"Saya dah bagitau lepas habis sekolah balik terus.... kenapa degil sangat ?! Susah ka nak dengar cakap saya ?!" lengan Sarang digenggam kuat .
Luka yang terkena serpihan kaca beberapa hari lepas menjadi semakin sakit . Perbuatan Jimin terhenti apabila dia merasakan cecair yang mengalir di tangannya . Matanya membulat apabila mendapati lengan Sarang mula mengeluarkan darah .
Dia terus bangun dan bergerak ke tandas . Sarang terkaku dan menahan rasa sakitnya . Kedengaran bunyi air yang mengalir dari tandas . Beberapa saat kemudian Jimin keluar dengan first aid di tangan . Dia menarik lengan Sarang yang luka itu tetapi tanpa disedari Sarang menepis tangan Jimin dengan kasar .
"Jangan sentuh.."
"Sarang I'm sorry....." lagi sekali tangannya ditepis .
"I hate you"
-
YOU ARE READING
HERO | PJM
Fanfiction"Kalau awak dengar cakap saya , takdanya awak kena rogol macam ni" "Jangan berani langkahkan kaki awak keluar dari rumah ni selagi awak bergelar isteri saya yang sah" "Ceraikan saya lepas saya lahirkan anak awak" Started on Jan 27