"Bukan anak saya"
"Apa awak cakap ni ? Kenapa... kenapa awak cakap macam tu ? Awak dah gila ka ?" Sarang mula meninggikan suara setelah terkejut dengan apa yang didengarinya sebentar tadi .
"Sudah lah Park Sarang . Sudah sudah lah dengan lakonan awak tu . Awak ni beruntung tau saya beli awak . Kalau tak apa dah jadi lah dengan anak dalam kandungan awak tu . Kesian..." kata Jimin dengan serius lalu dia melemparkan kain basah yang dipegangnya tadi dan berlalu pergi .
"Yahh !!" tengking Sarang melepaskan geramnya .
Tidak sangka betul Jimin sanggup memperkatakan sedemikian terhadap dia dan anak mereka . Sudah puas dikerjanya , kemudian ditinggalkan begitu sahaja . Tiba-tiba perutnya berasa begitu sakit yang tidak dapat diungkap . Katilnya habis basah akibat cecair yang keluar .
"Doktor !" jeritnya sambil menekan-nekan butang kecemasan .
--
Kereta Jimin berhenti di lampu isyarat . Dia membuat hala tujunya entah ke mana setelah menyakitkan hati Sarang . Otaknya berliga-liga memikirkan masalah yang dihadapi .
"Hyung tak sangka betul Sarang sanggup tipu hyung hidup-hidup" luahnya kepada Jihyun .
"Dia tipu apa ?" soal Jihyun kekeliruan .
"Jungkook.... dia bagitahu hal yang sebenar . Anak dalam kandungan Sarang tu bukan anak hyung tapi anak Jungkook... hyung betul-betul kecewa lah.." rambutnya diraup kecewa atas segala hal yang berlaku .
"Kejap.... apa ? Jungkook cakap macam tu ? Hyung... hyung betul-betul percaya ka cakap dia tu ? Hyung tahu kan dia tu memang tergilakan Sarang . Kalau betul dia tahu itu anak dia... habis kenapa dia sanggup perkosa Sarang buat kali kedua ? Dia tak takut ka anak tu gugur ? Kalau dia betul-betul nakkan Sarang mesti dah lama dia jaga Sarang... bukan hyung . Fikir betul-betul . Jangan tersalah buat pilihan . Sarang... hanya ada satu dalam dunia ni hyung..." Jihyun menepuk bahu abangnya itu .
PON PON !
Jimin tersedar dari lamunannya setelah beberapa kereta dari belakang membunyikan hon . Lampu isyarat sudah menunjukkan warna merah kembali . Tanpa berfikir panjang dia terus membuat u-turn . Jalan menjadi huru-hara oleh kerana keretanya yang sesuka hati mencelah . Dia kini sedar akan kesilapannya . Kesilapannya terhadap Sarang . Kalaud dari awal lagi dia berfikiran matang , perkara ini tidak akan berlaku .
--
Jimin bergegas ke bilik Sarang yang terletak di tingkat 2 . Tetapi katil terkemas rapi seperti tiada orang . Dia memanggils seorang nurse yang lalu di kawasan tersebut .
"Isteri saya pergi mana ?" soalnya dengan cemas sekali .
"Isteri encik ?... Ouh doktor dah bawak dia masuk bilik bersalin 30 minit lepas"
"Okay kamsahamnida" dia terus berlari ke bilik yang diberitahu nurse tersebut .
Hampir 15 minit dia menunggu di hadapan bilik tersebut . Kehulur kehilir dibuatnya . Dalam fikirannya dia asyik menyalahkan diri sendiri . Kalau dia berfikir lebih cepat mesti dia dapat menemani Sarang dalam waktu sedemikian .
--
Setelah beberapa minit bertarung nyawa dan berehat . Sarang membuat keputusan untuk membawa Park Samin mengambil angin di luar . Walaupun waktus sudah senja dia tetap hendak keluar dari bilik tersebut . Dia mendakap erat anaknya itu sambil berjalan perlahan di luar .
Sedang dia leka melayan anaknya Park Samin , tiba-tiba bahunya dipegang oleh seseorang . Tubuhnya berganjak dan hampir terjatuh tetapi nasibnya masih lagi baik . Jimin menangkap pinggangnya yang kini ramping seperti dahulu . Jimin membantu Sarang berdiri dengan stabil . Wajah mereka hanya beberapa inci jauhnya . Jimin tersenyum manis membuatkan hati Sarang lembut . Tetapi dia mengetepikan perasaan itu setelah teringat kembali akan kata-kata Jimin .
Dia berjalan kembali meninggalkan Jimin . Anaknya masih lagi didakap . Tiba-tiba sahaja Park Samin menangis dengan kuat sekali . Dia memujuk dengan pelbagai cara tapi Samin masih lagi menangis . Jimin mengambil Samin dari dakapan Sarang lalu memujuk anaknya itu . Buat pertama kalinya dia memegang anaknya itu . Pujukannya berhasil lalu Samin berhenti menangis .
Sarang langsung tidak memandang Jimin . Hatinya masih lagi sakit dengan kenyataan tersebut .
"Buat apa awak datang sini . Tu bukan anak awak pun... anak orang lain" sindir Sarang masih lagi tidak melihat wajah Jimin .
Sarang menarik nafas panjang sebelum kembali berkata .
"Kalau dari awal lagi satu tahu yang awak nak bersangka buruk dengan saya sekarang... dah lama saya bungkus barang keluar dari rumah tu.. keluar dari hidup awak . Takpayah buang masa nak jaga perempuan pelacur macam saya . Saya ni kotor , anak pun entah anak siapa . Adik masuk penjara , omma dah tak ada , appa... Entah lah , saya ni memang betul-betul tak guna lah"
Samin yang baru sahaja sudah menangis kini menangis semula . Sarang mengambil semua Samin dari dakapan Jimin lalu membawanya pulang ke bilik dengan perlahan .
Tetapi Jimin masih tidak berputus asa . Dia mengikuti Sarang tidak jauh dari belakang . Dia perlu kembalikan semula keluarganya walau apa pun yang bakal terjadi .
Setibanya di bilik , Sarang hendak menyusukan Samin tetapi langsung tidak mahunya sehinggakan satu bilik hanya bergelumang dengan suaranya sahaja . Jimin mendekati Sarang dan Samin di katil , lalu dia mengambil tempat di sebelah Sarang .
"Awak buat apa lagi dekat sini , balik lah" kata Sarang dengan nada suara yang menyampah .
Jimin tidak berkata apa apa lalu dia membiarkan jarinya dipegang Samin . Lalu terus diam budak kecil itu . Perut kenyang hati pun senang .
"Saya tak kesah apa awak nak cakap , saya sanggup buat apa ja untuk awak"
"Untuk cinta kita"
-
YOU ARE READING
HERO | PJM
Fanfiction"Kalau awak dengar cakap saya , takdanya awak kena rogol macam ni" "Jangan berani langkahkan kaki awak keluar dari rumah ni selagi awak bergelar isteri saya yang sah" "Ceraikan saya lepas saya lahirkan anak awak" Started on Jan 27