Waktu sudah pun menunjukkan pukul 1 pagi . Sarang terjaga dari tidurnya apabila mendengar Samin menguek kecil . Kelibat Jimin langsung tidak terlihat . Sarang cuba membuang Jimin dari fikirannya . Sarang mendakap Samin sambil memberikan susu . Setelah Samin kembali tidur , Sarang membuat keputusan untuk turun ke bawah . Entah mengapa tiba-tiba sahaja dia terfikir untuk turun .
Lampu yang bersinar di dapur dapat dilihat oleh Sarang sebaik sahaja dia menjejakkan anak tangga yang terakhir . Kelihatan Jimin yang begitu kusut dan beberapa botol soju yang sudah habis berada di atas meja . Sarang segera ke Jimin lalu merampas botol yang berada di tangannya . Hatinya terasa seperti dibakar apabila melihat keadaan Jimin yang sebegitu rupa . Semua botol soju tersebut dilempar ke dalam tong sampah . Dia membuat haluannya untuk ke atas semula tetapi Jimin memanggilnya dengan lembut .
"Sarang..."
Tubuh Sarang terasa seperti dipaku .
"Sayang..." panggil Jimin lagi sekali .
Sarang memusingkan badannya menghala Jimin . Wajah Jimin sudah bertukar menjadi merah , merah kerana hendak menangis .
"Sampai bila saya nak hidup macam ni sayang... sampai bila saya tak dapat nak peluk awak.. peluk Samin" katanya lalu memukul-mukul dadanya .
"Awak terlalu mabuk" kata Sarang lalu menarik lengan Jimin untuk naik ke atas .
Setelah sampai di dalam bilik , Jimin menolak Sarang ke atas katil lalu menindih badannya .
"Jimin.. apa awak buat ni" Sarang cuba meleraikan situasi tersebut tetapi Jimin terus mencium bibir mulus Sarang .
Pada mulanya dia berasa terkejut dan tidak membalas ciuman Jimin sehinggalah Jimin bersuara .
"Awak tak sayang saya ka ?"
Sarang terus mendakap kedua belah pipi Jimin lalu menariknya dan terus berciuman . Jimin memasukkan tangannya ke dalam baju Sarang dan terus menangkap buah dada Sarang yang tidak berbalut dengan sebarang kain . Sarang mendesah perlahan . Tiba-tiba Jimin meleraikan ciuman .
"Tak boleh... kita tak boleh buat . Saya mabuk..." Jimin tersengeh kecil sambil matanya yang hampir hampir tertutup itu .
Jimin memperbetulkan semula posisi mereka dengan memeluk Sarang dari belakang .
"Goodnight sayang"
--
Badan Jimin terasa hangat , dia membukakan mata dengan perlahan . Pada masa itu , Sarang mengubah posisi dengan menghadap wajahnya ke arah Jimin. Dia masih lagi nyenyak tidur . Jimin membuka telefonnya lalu melihat jam sudah pun menunjukkan tepat pukul 10 pagi . Dia melempar telefonnya ke tepi bantal dengan menggunakan tangannya yang melapit kepala Sarang . Dia memandang wajah Sarang lalu terukir sebuah senyuman . Tangannya mengusap lembut bahagia belakang Sarang . Samin juga langsung tidak mengganggu malam indah mereka itu . Walaupun dia tidak ingat apa yang berlaku semalam , tetapi dia tetap gembira .
Kepala Sarang diangkat perlahan , tangan Jimin digantikan dengan bantal . Jimin kemudiannya masuk ke dalam bilik mandi untuk mencucikan dirinya .
Setelah selesai mandi , Jimin mengikat tuala di pinggangnya . Sarang sudah pun tidak kelihatan . Jimin segera memakai baju lalu mengeringkan rambutnya . Dia menurun anak tangga untuk ke ruang tamu . Kelihatan Sarang yang memakan pisang sambil menonton television .
Jimin mengambil tempat di sebelah Sarang lalu Sarang bangun . Jimin mengeluh kecewa , tetapi dia masih tidak putus asa . Dia berlari ke arah Sarang lalu Sarang berpatah balik . Niat Sarang untuk berpatah balik terbatal apabila dikepung oleh Jimin . Jimin meletakkan kedua belah tangan di sofa supaya Sarang tidak dapat lari .
YOU ARE READING
HERO | PJM
Fanfiction"Kalau awak dengar cakap saya , takdanya awak kena rogol macam ni" "Jangan berani langkahkan kaki awak keluar dari rumah ni selagi awak bergelar isteri saya yang sah" "Ceraikan saya lepas saya lahirkan anak awak" Started on Jan 27