Perlahan-lahan kelopak mata Jimin terbuka apabila dia merasakan pelik dengan situasinya sekarang . Rongga hidungnya terus menangkap bau wanita yang dia pernah bermati-matian sewaktu ketika dahulu . Dia terus sedar lalu menolak tubuh Soojin yang tidak berpakaian itu . Jantungnya berdegup begitu kencang . Dia melihat tubuhnya yang juga tidak berpakaian di bawah selimut .
"Good morning sayang" bisik Soojin lalu memeluk Jimin semula .
Lagi sekali tubuhnya ditolak tetapi kali ini dengan begitu kasar .
Jimin bangun dari katil lalu memakai semula pakaiannya yang berada di atas lantai . Otaknya bagaikan tidak berfungsi lagi . Dia langsung tidak tahu apa yang berlaku antara mereka berdua .
"Awak nak pergi mana ? Kejap lah sayang" tambah Soojin lagi sambil menepuk-nepuk katil disebelahnya .
"Aku tak tahu apa yang jadi semalam tapi kau kena tahu yang aku takkan pernah walau sekali pun nak bersetubuh dengan perempuan murah macam kau . Tengok kau pun aku jijik . Kau kena ingat tu perempuan" kata Jimin sambil menyarung bajunya .
Sebelum dia membuka dedaun pintu , dia sempat memberi amaran kepada Soojin .
"Kalau jadi apa-apa dekat keluarga aku , aku tak teragak untuk hantar kau jauh dari dunia ni . Kau ingat tu perempuan" lalu pintu bilik dihempas kuat .
Dia berlari ke arah keretanya yang berada di luar . Setiap orang yang berada di hotel tersebut memandangnya dengan hairan . Dia tidak hairan lagi apa yang orang nak cakap , otaknya hanya memikirkan Sarang .
Keretanya dipandu dengan begitu pantas . Seelok sahaja berhenti di lampu isyarat , dia tidak henti memaki hamun .
"Bodoh lah cepat lah sial !" hon kereta ditekan beberapa kali .
.
."Sarang ! Sarang !" dia memanggil nama isterinya dari ruang tamu .
Kakinya pantas bergerak ke bilik . Pintu bilik dibuka , dia melihat Sarang yang memandang telefon sambil air matanya mengalir .
Jimin mengambil telefon Sarang dan melihat gambarnya bersama Soojin dalam kejadian semalam . Dia membaling telefon hingga berkecai .
"Sarang.... saya boleh explain" tangan Sarang dicapai Jimin tetapi ditepis dengan kuat .
"Saya dah bagitahu awak dari dulu lagi... saya boleh berundur diri kalau awak rasa saya ni kongkong awak . Tolong lah Park Jimin... tolong... saya merayu... ceraikan saya kalau tu yang terbaik" tangan Sarang digenggam seperti memohon supaya Jimin mendengar rayuannya .
"Sayang apa cakap macam tu"
"Betul lah kan ! Awak memang betul-betul tak boleh tahan . Saya tahu saya mengandung tapi perlu ka awak buat macam tu dekat saya ?!"
"Sarang... jangan langkahkan kaki awak keluar dari rumah ni selagi awak bergelar isteri saya yang sah"
"Habis ? Ouh saya tahu... " Sarang menarik tangan Jimin supaya berada di atasnya .
"Buat saya macam mana awak buat saya dulu... cepat Jimin... saya rela....!"
Jimin terkedu . Dia tidak tahu apa yang patut dia lakukan . Dia kini berada di atas Sarang . Melihat isterinya yang merayu sedemikian membuatkan hatinya sakit .
"Tanak ? Then let me do that" Sarang menolak tubuh Jimin dan kini dia pula yang berada di atas Jimin .
Tali pinggang Jimin dibuka dengan laju . Tangannya terasa begitu bergetar . Dia baru sahaja untuk menyelak baju tidurnya tetapi Jimin menghalang .
"No... no Sarang no...." tangan Sarang dipegang kuat supaya dia tidak melakukan apa-apa yang pelik .
"Sayang listen... let's not do this okay ?" pujuk Jimin .
Sarang menangis keesakkan di bahu Jimin .
"Saya memang betul-betul nakkan awak . Ya saya tak boleh tahan... tapi saya sanggup tunggu awak Sarang saya sanggup . Saya kena perangkap... saya tak tahu apa yang dah terjadi... saya janji saya akan selesaikan masalah ni okay ?"
--
Walaupun dia sudah tahu bahawa Sarang sedang mandi , dia tetapi mendegilkan dirinya untuk membuka pintu yg tidak berkunci itu . Ingin juga mengenakan isterinya itu sebelum pergi ke tempat kerja . Dia memulas tombol pintu maka menjeritlah Sarang dengan sekuat hati .
"Yah !! Tutup lah balik ! Apa awak ni nak curi-curi masuk pulak !" jerit Sarang sambil menutup kemaluannya dengan tangan yang bersabun .
Lalu Jimin menutup pintu dan ketawa melihat gelagat Sarang .
"Kalau awak bukak sekali lagi siap awak !" tambah Sarang lagi sekali lalu mengunci pintu .
Tiba-tiba sahaja mukanya menjadi panas . Dia berasa malu apabila memikirkan tubuh badan Sarang yang semakin berisi itu . Almaklumlah kandungannya sudah mencecah 8 bulan .
.
.Sarapan pagi yang sudah siap dihidang di atas meja makan . Tepat pada waktu Jimin menurun anak tangga sambil membetulkan tali lehernya . Kejadian semalam membuatkan Sarang masih lagi marah . Dia cuba mengelak dari bersua muka dengan Jimin . Dia sedia mengatur langkah untuk ke bilik tetapi Jimin sempat mencapai tangannya .
"Teman saya makan" pinta Jimin .
Tidak mahu menjadi isteri yang menderhaka , dia terpaksa menunggu Jimin untuk menghabiskan makanan .
Beberapa minit berlalu dan Jimin pun sudah selesai makan . Sarang lagi sekali sudah bersedia untuk berlalu pergi tetapi kata-kata Jimin memberhentikannya .
"Awak isteri saya yang sah dan saya suami awak . Saya berhak untuk buat apa saja dan saya tak akan ceraikan awak . Jangan sebut benda-benda macam tu lagi lepas ni" sempat mereka memandang antara satu sama lain lalu Jimin terus keluar dari rumah .
--
"Tak mungkin Jimin hyung akan buat macam tu" kata Jihyun yang duduk di sebelah Sarang .
Mereka berada di taman untuk mengambil udara segar . Semenjak Taehyung dimasukkan ke dalam penjara , dan semenjak Jihyun pulang semula ke Korea , dia sering menceritakan masalahnya kepada Jihyun sebagaimana mereka pernah buat dahulu .
"Saya tak tahu lah Jihyun.... saya tak tahu sama ada nak percayakan apa yang saya tengok atau apa yang Jimin bagitahu saya.... " Sarang mengalirkan air mata oleh kerana tidak dapat menahan rasa kecewa .
"Saya tahu saya cuma pengganti tempat Soojin tapi.... patut ka dia buat saya macam tu ? Salah apa yang saya buat ? Sebab saya ni anak penagih dadah ka ?" luahnya sambil mengalir di tapak tangannya .
"Apa awak cakap macam tu... ni takda kaitan langsung dengan status awak . Mungkin betul apa yang awak tengok and apa yang Jimin hyung bagitahu awak tu tapi...."
"Tapi apa ? Sebab dia beli saya and dia boleh buat ja yang dia suka ? Macam tu ?"
Kali ini Jihyun tidak dapat berkata apa-apa . Dia hanya mengurut belakang Sarang untuk melegakan dia . Tiba-tiba cahaya yang memancarkan ke wajah mereka berdua menjadi sayup apabila seseorang berdiri di hadapan mereka .
"Apa semua ni?"
-
YOU ARE READING
HERO | PJM
Fanfiction"Kalau awak dengar cakap saya , takdanya awak kena rogol macam ni" "Jangan berani langkahkan kaki awak keluar dari rumah ni selagi awak bergelar isteri saya yang sah" "Ceraikan saya lepas saya lahirkan anak awak" Started on Jan 27