Jimin yang duduk di ruang menunggu terkejut apabila mendengar jeritan dari bilik Sarang . Dia segera memasuki bilik tersebut dan mendapati Sarang membaling bantal dan cuba sedaya upaya untuk membuang jarum yang melekat di tangannya itu . Jimin segera mendekatinya lalu memegang kedua-dua belah tangan Sarang .
"Yah Sarang bertenang"
"Mana adik saya ?! Tolong jangan apa-apakan dia tolong....." merayu Sarang sambil menangis teresak-esak .
"Saya tak boleh buat apa-apa...saya minta maaf" pujuk Jimin lagi .
Tetapi pujuk rayu Jimin langsung tak termakan . Lagi kuat Sarang menangis .
"Awak kena berehat... nanti jadi apa-apa dekat awak" ujar Jimin .
"Saya nak balik... kenapa saya ada dekat sini ?" Sarang kembali tenang tetapi masih lagi risau .
"Sarang...saya nak awak terima apa yang saya nak bagitau ni sebab saya pun terima apa yang terjadi ni...awak... awak pregnant" Jimin mengeluh kecil setelah memberitahu Sarang tentang berita tersebut .
Sarang terkedu buat seketika . Dia seperti dihempap batu bersurat . Tidak tahu apa yang patut dilakukan seterusnya .
"Anak saya...itu anak saya"
Dia masih lagi berdiamkan diri . Janin yang berada di dalam perutnya sekarang ialah hasil dari Jimin . Hidupnya seperti tiada makna lagi .
"Apa yang awak dah buat ?..." Sarang hanya memandang lantai . Dia tertunduk lalu meraup kepalanya yang terasa pening itu .
Segala jangkaan Jimin menjadi bubur . Dia ingatkan Sarang akan gembira . Rancangannya yang sebelum ini bertukar 100% .
"Semua dah terjadi... takkan awak nak gugur ? Awak tak kesian ka dekat dia ?" soal Jimin tetapi Sarang langsung tidak memberi respond . Dia meraup rambutnya sambil mencekak pinggang .
"Listen....saya.. awak kena terima semua ni . Itu... anak kita . Anak saya . Saya kena bertanggungjawab . Saya tahu awak muda lagi . Awak belum bersedia . Tapi saya harap awak akan bersedia mulai sekarang . Kita mulakan hidup baru" bahu Sarang diusap lembut Jimin .
--
Setelah diberi kebenaran oleh doktor untuk pulang ke rumah , Jimin terus membawa Sarang berjumpa dengan adiknya Taehyung .
Sarang dan Taehyung berkomunikasi melalui telefon dengan berlapiskan kaca antara mereka . Tangan mereka ibarat disatukan walaupun terdapat kaca yang menghalang .
"Noona.... Tae minta maaf... Tae takut...Tae takut tengok noona kena belasah dengan lelaki tu...tolong maafkan Tae...." kata Taehyung melalui telefon . Dia menangis teresak sehinggakan mukanya menkadi merah .
"Tak Tae tak salah... noona tahu Tae cuma nak selamatkan noona . Noona janji noona akan carikan lawyer okay ? Tae akan bebas lepas ni... kan Jimin ?" Sarang beralih memandang Jikin yang berdiri di sebelahnya dengan pandangan yang penuh harapan . Tidak sanggup Jimin untuk katakan tidak .
Jimin mengangguk besertakan senyuman kecil .
"Masa dah tamat" kata seorang polis lalu membawa Taehyung pergi dari situ .
Sarang menghempas telefon tersebut lalu menangis setelah sekian lama menahannya .
"Jom balik" Jimin memegang lengan Sarang untuk menolongnya bangun tetapi tangan ditepis lembut .
"Saya okay..."
Jimin yang menurut dari belakang dan membenarkan Sarang untuk berjalan di hadapan . Dia melihat teliti setiap pergerakan Sarang . Tubuhnya yang kecil dulunya akan terloncat-loncat sekarang sudah menjadi seperti kayu . Wajahnya yang akan merah kalau disentuh oleh Jimin sudah menjadi pucat seperti mayat hidup .
Sepanjang perjalanan , hanya bunyi radio sahaja . Sarang hanya memandang ke luar tingkap . Kemudian Jimin mengeluarkan telefon bimbitnya dari dalam poket seluar lalu mendail nombor Hoseok .
"Hyung.. kau ada dekat rumah tak ?"
Sarang memandang Jimin sebelah mata .
"Kau tolong isikan air dalam tub boleh ?"
"Okay kejap lagi aku balik"
Setelah beberapa minit , mereka pun tiba di rumah . Sarang terus membuka pintu kereta dan masuk ke dalam rumah . Langkahnya laju untuk masuk ke dalam biliknya tetapi Jimin menangkap tangannya .
"Ikut saya" Jimin membawa Sarang ke biliknya sendiri .
Dia meletakkan kunci kereta dan dompetnya di atas meja lalu masuk ke dalam bilik mandi . Pintu dikunci lalu dia melepaskan tangan Sarang . Dia membuka bajunya di hadapan Sarang membuatkan Sarang terkejut . Kemudian di mendekati Sarang lalu membuka bajunya dengan hanya sekali cuba sahaja .
Otak Sarang ibarat tidak berfungsi pada waktu itu . Dia menurut Jimin apabila Jimin menariknya masuk ke dalam tub mandi yang sudah dipenuhi air dan sedikit sabun .
Dia berada berhadapan dengan Jimin . Pakaian dalam Sarang dibuka oleh Jimin lalu dilempar ke tepi . Oleh itu barulah Sarang kembali ke dunia nyata . Dia menutup payudaranya menggukan tangan .
Jimin tergelak kecik lalu mengalihkan tangan Sarang . Dia memandang setiap sudut wajah Sarang . Tanpa berkata apa-apa , bibirnya mendarat di bibir Sarang . Ciuman itu begitu gentle . Tangan Jimin berada di leher Sarang manakala tangan Sarang berada di dada Jimin . Jimin meleraikan ciuman lalu memandang tepat ke arah anak mata Sarang .
"Dah 3 minggu awak bawa anak kita... awak tak sedar ka ? Saya harap anak kita sihat . Tapi omma dia kena sihat jugak . Chu Sarang... saya nak awak luahkan apa yang awak pendam selama ni...waktu ni" tangan Sarang digenggam rapat .
Sarang hanya berdiamkan diri . Dia tidak tahu sama ada dia patut luah ataupun pendam . Tiba-tiba Jimin menarik Sarang supaya berada di atasnya . Jimin memeluk tubuh Sarang dari arah belakang . Perutnya yang hanya kelihatan sedikit membesar diusap oleh Jimin .
"Tell me..." Bisik Jimin lalu merehatkan kepalanya di kepala Sarang .
"Saya takut... saya taktahu apa motif awak yang sebenarnya . Awak beli saya , awak jaga saya...tapi sebab apa ? Saya taktahu apa hubungan awak dengan perempuan haritu...and saya taktahu sama ada lagi ramai perempuan yang ada hubungan dengan awak . Saya taktahu apa yang dah terjadi dekat saya tapi... saya jealous . Saya takut untuk sayang awak...tapi saya kalah . Saya tak ada apa-apa , saya masih belajar , saya tak ada harta , saya tak cantik . Awak layan saya macam orang lain . Tapi kenapa sekarang awak layan saya lain ? Kenapa awak tak benarkan saya gugurkan kandungan ni ? Kenapa saya ?" Sarang memandang Jimin walaupun lehernya terkiat .
"Macam yang saya bagitahu awak dulu . Saya ada sebab... mungkin sebelum ni saya tak bagitahu awak benda ni . Tapi sekarang awak kena tahu... saya sayang awak . Budak yang degil tanak dengar cakap saya . Sarang... saya nak nama awak tukar jadi Park Sarang"
"Kita kahwin ?"
-
YOU ARE READING
HERO | PJM
Fanfiction"Kalau awak dengar cakap saya , takdanya awak kena rogol macam ni" "Jangan berani langkahkan kaki awak keluar dari rumah ni selagi awak bergelar isteri saya yang sah" "Ceraikan saya lepas saya lahirkan anak awak" Started on Jan 27