Aku membuka kelopak mata aku perlahan-lahan dan benda pertama yang aku lihat ialah sebuah bilik berwarna putih yang kosong. Aku cuba bangun dari pembaringan dan terlihat Momo sedang berbaring dilengan aku.
' Mesti dia yang jaga aku ' aku masih bersyukur aku masih ada Momo dan aku tak sangka kawan sejak kecil aku lah yang makan aku.
" Momo " aku mengejutkannya secara perlahan dengan nada yang sedikit lemah. Momo yang rasa terganggu segera membuka matanya.
" Seohyun!! Oh tuhan syukur kau dah sedar kau tahu tak dah seminggu kau tak sedarkan diri? Risau aku takut terjadi apa-apa dengan kau " Momo segera memeluk aku.
" Seminggu? Tapi mana Bambam? Kau jangan cakap yang dia dah takde please aku masih tak kuat nak kehilangan dia sebagaimana aku kehilangan Omma aku " Momo hanya mendiamkan diri sepanjang itu.
" Momo? Momo !! "
" Ah? Ye saya? "
" Mana Bambam? Aku nak jumpa dia aku rindu dia, aku nak peluk dia, aku nak cium dia and I want him by my side " Momo memandang aku dengan pandangan simpati.
" Bambam...koma "
" Tapi dia masih hidup kan? Betul kan? Momo please lah straight to the point aku tak suka lah orang cakap separuh-separuh ni " Momo diam.
" Dia kehilangan banyak darah dah masih kritikal, darah jenis B dah habis jadi jangka hidup dia 50/50 kalau ada penderma dia masih boleh diselamatkan kalau tak--"
" Momo, darah aku jenis B "
" Seohyun..."
" Hell no aku tak nak kehilangan dia aku sanggup buat apa sahaja demi dia iaitu orang yang paling aku sayang didunia ni " Momo diam dan tidak lama selepas itu dia mengangguk.
" Aku bagi kau masa 3 hari untuk rehat kalau kau betul-betul sembuh kita boleh buat pemeriksaan sama ada darah kau boleh diderma atau tidak, okey? " aku mengangguk.
" Momo ya " Momo yang tadinya termenung mula mengalihkan pandangannya ke arah aku.
" Don't worry everything is gonna be alright " Momo hanya mendiamkan diri selepas itu. Aku juga membuat perkara yang sama.
" Seohyun..."
" Nae? "
" Kau tak nak tahu ke apa yang jadi dekat Nayeon, Sana dan Tzuyu? " dengar sahaja soalan yang terkeluar dari mulut Momo aku terus terdiam.
" Mereka bertiga dimasukkan ke sekolah budak-budak jahat atas sebab masih 17 tahun tapi selepas tu diorang akan dikenakan hukuman gantung sampai mati " mata aku terbeliak.
" Mwo? Hukuman seberat tu? "
" Yup sebab diorang dah buat kesalahan yang berat nak buat macam mana? Itulah padahnya " balasan daripada Momo membuatkan aku terdiam.
" Anyway, bahu kau dah okey belum? Kalau belum meh aku sapukan ubat " selepas ditegur baru teringat tentang bahu ni.
" Sikit lah tapi masih boleh angkat tangan walaupon agak payah " aku tersenyum pendek dihujung ayat.
" Kau nak dengar cerita yang boleh buatkan kau sakit hati tak? " soal Momo sambil membuat muka tahan geram. Aku segera mengangguk.
" Appa kau pergi bercuti dekat london katanya saja nak tinggalkan kau dengan aku " aku tergelak kecil mendengar dengusan milik Momo.
" Biasalah kau macam tak kenal je Appa aku sorang tu " Momo menggelengkan kepalanya dengan muka pokernya.
" Btw aku dah tahu latar belakang hidup kunpimook bhuwakul " dahi aku berkerut mendengar nama yang disebut Momo.
" Kun? Pi? Mook? Who's that? "
" Bambam kesayangan kau tu lah " mata aku terbutang kejadah nama pelik macam orang Thai ni?
" Ok firstly Bambam dijaga oleh neneknya sejak kecil lagi dan dibesarkan diThailand, nama Bambam dicipta oleh Neneknya atas sebab pipi dia yang tembam " aku tersenyum kecil.
" So cute~~ "
" Bambam mempunyai dua orang abang dan dia anak bongsu dari 3 orang adik beradik " aku mengangguk faham.
" Patutlah manja semacam "
" Bambam sebenarnya tak rabun dia pakai speck sebab nak menampakkan muka hodoh dia katanya lah " aku menggenggam penumbuk.
" Siaplah kau Bam berani kau menipu aku " aku memaparrkan muka poker dengan perasaan geram. Momo tergelak.
" Relax lah dia kata dia nak cari perempuan yang tak pandang dari segi kehenseman dan kekayaan "
" Oh..so kau dah tahu lah yang dia tu kaya? Omo habis pecah rahsia baby aku " Momo tergelak besar mendengar lawak hambar aku.
" Aku dah tahu lama " mata aku terbutang mendengar pengakuan berani Momo.
" Ok aku teruskan eh? Dia kaya ofcoz kau tahu kan pasal benda tu? Hospital ni pon abang dia punya "
" Abang yang nombor berapa? "
" Nombor 1 "
" Apa nama hospital ni? "
" BaekTaeBam Hospital pelik en nama hospital ni? Tapi kan kau tak tengok lagi bahagian-bahagian dalam hospital ni lawa siot jom lah keluar " Momo bernada teruja.
" Ada juga yang kena makan kasut kejap lagi karang " Momo tersengih melihat aku yang tengah membengang.
" And the last one dia suka kau "
TBC
YOU ARE READING
[C]Nerdy Boy✔
Fanfiction[ C O M P L E T E ] +Seketul jejaka Nerd yang digilai ramai Gadis+ start-15 December 2018 end-7 February 2019 Kim Seolhyun Bambam