(13)

130 12 2
                                        

" Awak anggap saya kawan awak ? Wow saya terharu sebab saya ingatkan awak bencikan saya " Dia tersenyum kelat . Dan aku dapat rasakan yang dia menipu .

" Yes , mulai sekarang kita kawan baik ye ? Janji dengan saya yang awak akan setia menjadi kawan saya sehingga ke akhir hayat kita " aku mengeluarkan pingky promise . Dia menyambut sambil tersenyum .

Aku membalas senyumamnya .

" Jom lah kita balik " aku menarik tangannya dan menuju ke arah pintu pagar . Dia memberhentikan langkah aku .

" Saya ada bawak kereta kejap saya pergi ambil , ye ? " Dia berlari meninggalkan aku seorang diri tidak lama selepas itu kereta ferrari miliknya menuju ke arah aku .

Mak Aii !!

" Jemput masuk my princess " Dia membukakan pintu keretanya lalu mempersilakan aku masuk . Aku masuk dengan muka diva lalu memakai tali pinggang keledar .

" Wow !! patutlah ramai yang minat awak rupanya awak ni kaya hm..." aku memerli dia sambil membuat muka seposen . Dia tersenyum sedikit .

" Diorang semua tapi bukan awak " aku tidak dapat mendengar ayat terakhir yang keluar dari mulut dia . Aku mengorek telinga bagi memastikan telinga aku tidak bermasalah .

" Awak ada cakap apa-apa ke , bam ? " aku menyoal semula . Dia menggeleng sambil tersenyum pendek . Aku mengangguk .

" So mana rumah awak , Seohyun ? " soal Dia lalu memandang aku dengan tatapan ingin tahu . Aku menoleh ke arah dia dengan muka blur .

" Apa awak tanya ? "

" Mana rumah awak ? " soal Dia lagi .

" Oh , terus je nampak rumah warna hijau itulah rumah saya " aku membalas dengan lebih terperinci . Dia mengangguk dan terus menekan minyak dengan kuat .

" Okey dah sampai "

" Nak membunuh orang memang nombor satu , ye ? " sindir aku lalu keluar dari kereta . Dia tersengih dan melambaikan tangannya ke arah aku sebelum kereta ferrari merahnya berlalu dari situ.

" Rumahku..."

"...nerakamu "

*****

" Hurm.." Bambam mengeluh untuk seketika sebelum mula melangkah masuk ke dalam rumah banglo miliknya . Dia masuk ke dalam rumah dan terus naik ke bilik tanpa menyapa ibubapanya terlebih dahulu .

" Kunpimook bhuwakul "

" Nae ? " Bambam membalas lalu menghampiri Ommanya yang sedang duduk bersantai dihadapan TV .

" Kamu dah ada calon menantu untuk Omma ? " Omma Bambam berkata dengan nada tegas . Bambam menggeleng .

" Omma , Bamie kan baru belajar lagi takkan Omma nak suruh Bamie kahwin kot " Taehyung iaitu abang kepada Bambam bersuara .

" Hurm..betul kata Tae tu , Omma bagi lah Bamie ni peluang untuk belajar " Baekhyun juga abang kepada Bambam membela .

" Haish kamu berdua ni sama jelah !! " Omma mereka terus masuk ke dalam bilik lalu menghempaskan pintu bilik dengan kuat .

Taehyung mendekati Bambam .

" Kau jangan dengar cakap Omma tu kau belajar dulu baru kau boleh dapat bini lawo!! " Disebabkan nasihat yang tidak berguna itu kepala Taehyung diketuk oleh Baekhyun yang memegang kamus tebal .

" Kau jangan nak ajar benda bukan-bukan dia baru 17 tahun tunggu 18 tahun baru lah boleh cerita pasal benda-benda ni " Bambam mengerutkan dahi melihat kedua hyungnya bergaduh . Atas kerana malas nak layan akhirnya Bambam masuk ke dalam biliknya yang berada ditingkat atas .

" Bambam terlalu naif untuk tahu benda-benda ni wahai Taehyung dan Baekhyun Bhuwakul " Papa mereka terus menghentakkan kepala Baekhyun dan Taehyung antara satu sama lain dan mereka terus pengsan .

" Apa lah Omma ni takkan nak aku kahwin awal kut ? Aku masih remaja tak matang lagi apatah lagi ak berkahwin " Bambam membebel seorang diri .

" Ergh tidur lagi bagus " Bambam bangun dari kedudukan dan terus masuk ke dalam bilik air untuk mandi .

Seusai mandi dia terus merebahkan badannya diatas katil yang empuk . Mukanya kian memerah apabila teringatkan tentang Seohyun . Ya gadis yang dia minati sejak pertama kali bertembung didepan pagar sekolah .

Tetapi senyumannya tidak lama setelah teringatkan kata-kata yang agak menusuk hatinya iaitu Seohyun menganggapnya sebagai seorang kawan .

FRIENDZONE

" Adik aku ni dah kenapa ? Sengih macam orang tak siuman je aku tengok " Baekhyun memukul kepala Taehyung .

" Tu adik aku jugak okey !! "

" Apa hyung berdua buat kat luar tu ?! " soal Bambam tak puas hati . Taehyung dan Baekhyun terus berlari ke bilik masing-masing .

*Keesokkan harinya*

" SEOHYUN !! " aku yang sedang sedap-sedap makan terbantut apabila seseorang datang ke arah aku dengan nafas tercungap-cungap .

" Apa kau nak ? "

" Ner--"

" Kenapa dengan dia ?! " aku menyoal dengan nada gelisah . Gadis pendek dihadapan aku itu memandang aku dengan tatapan pelik .

" Ma-maksud aku kenapa dengan dia ? " aku menyoal untuk kali kedua dengan nada malas . Walaupon hati berdebar-debar menantikan jawapan daripada gadis itu aka Hirai Momo .

" Dia kena buli lah apa lagi "

" Dengan siapa ?! "

" Got7 "

[C]Nerdy Boy✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang