(17)

129 16 1
                                        

Sudah 3 hari berlaku dan hari ni aku terasa segar dan sihat seperti tiada apa yang penah berlaku pada aku. Momo memandang aku atas bawah.

" Dah ready? " aku mengangguk laju. Semangat sangat sampai aku terlupa yang aku pernah sakit bahagian bahu. Momo memimpin aku ke pejabat Docter yang merawat Bambam.

Pejabat Dr.You

" Macam mana dengan keadaan Cik? Kesihatan Cik? Cik kena banyak minum air sebelum menderma, arraseo? " Aku mengangguk mendengar nasihat Dr.You.

" Ok mari kita buat pemeriksaan ke atas Cik " Dr.You menyuruh aku baring di katil pesakit yang disediakan maka bermulalah sesi pemeriksaan.

Selepas siap membuat pemeriksaan aku mula puas hati kerana kelulusan darah dan kesihatan aku untuk menderma berjaya eh apa aku mengarut? Happy sangat sampai mereng otak ni.

" Jadi? Saya boleh menderma lah?! Yeha!! " aku melompat-lompat seperti tiada siapa yang boleh merosakkan mood happy aku.

" Boleh, esok kami akan membuat pemeriksaan untuk mengambil darah cik jadi banyakkan makan makanan yang sihat ye? " aku mengangguk.

" Kamsahamnida Dr.You " aku menunduk hormat dan berlalu keluar dari pejabat Dr.You dan terus memeluk Momo.

" Momo ya aku berjaya!! "

" Syukurlah "

" Jom pergi melawat Bambam aku rindu nak tengok muka dia " Aku segera menarik tangan Momo dan menuju ke wad ICU.

" Annyeonghaseyo " Aku dan Momo masuk ke dalam wad dengan perlahan-lahan dan menuju ke katil pesakit yang tertera nama Bambam disitu.

" Bambam, Seohyun datang ni bangun lah. Seohyun rindu Bambam tapi kenapa Bambam tak nak bangun? Bambam tak rindu Seohyun ke?  " aku menyoal sambil mengusap kepalanya.

" Bu...bukan " aku tersentak.

" Bam? Bamie?! " aku berdiri dari kedudukan dan menatap muka suci Bambam. Aku mimpi ke? Ah lantaklah.

" Seo.."

" Bamie? Awak yang bercakap ke? Atau hantu ke roh yang ada kat sini? " soalan aku dibalas senyuman kecil Bambam.

" Bambam awak betul-betul dah sedar? Oh tuhan terima kasih!! Bam? Awak nak tahu tak bertapa saya rindukan awak? Saya rindu dengar suara awak dan semua pasal awak saya rindu " aku bercerita dengan penuh semangat.

" Nae? Gomawo "

" Untuk? "

" Derma..."

" Siapa yang? Momo!! "

Tiba-tiba pintu dikuak dan 6 orang jejaka masuk ke dalam wad Bambam. Mata aku membulat takkan waktu sekarang pon diorang nak gaduh.

" Yah kambing apa korang buat dekat sini?! Korang nak buli Bambam lagi ke? Dia sakit sekarang!! " aku membuat aksi ingin bergusti . Got7 tergelak.

" Weh? Nak buli member sendiri? What the fark ?! " soalan Jinyoung membuatkan aku terdiam. Member? Bambam kau tipu aku lagi?!

" Yah Bamiee apa lagi benda yang awak tipu?! Mengaku cepat!! " jerit aku dengan suara yang lantang.

" Aiu tak faham apa-apa disini " Momo memandang keenam lelaki dihadapannya itu.

" Kitorang kawan Bambam kalau tanpa dia kenapa kitorang tubuhkan Got7 tapi member hanya 6 orang je tak boleh fikir? " sindir Yugyeom. Aku segera menendang alat sulitnya.

" Aduh!! "

" HAHAHAHA kacau lagi awek Bambam kan dah kena " mata aku membulat. Awek?

" Apa? Fikir kitorang tak tahu lah yang koranh suka antara satu sama lain? Weh bila nak kahwin? HAHAHAHA " Youngjae tergelak besar.

" Korang fikir pasal tu? Weh graduate pon belum!! " aku memandang Mereka bertujuh tidak puas hati. Momo tersengih.

" Kahwin muda lah " Momo smirk.

" Eiy korang ni!! Bambam tengok diorang ni!! Jom sepak diorang semua sama-sama " aku mengadu dengan nada yang agak gedik.

" Sejak bila jadi gedik ni? " Soal Momo berserta sindiran . Aku memaparkan muka poker lalu memandang ke arah Momo yang sedang tersenyum sinis.

" Sejak aku bertemu dirinya "

TBC

[C]Nerdy Boy✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang