(5)

142 13 0
                                    

Well sebenarnya aku taklah ambil point sangat pasal benda cintan cintun ni tapi kitorang ni musuh nak aku ulang ? MUSUH !!

Aku terasa macam dikhinati pulak dengan Nayeon tu tapi aku cuba untuk berfikiran positif yang Nayeon baru beli novel tu tapi tak boleh .

" Aku kena check tong sampah tu !! " dengan semangat yang berkobar-kobar aku pergi ke taman sekolah tempat aku membuli budak Nerd tu semalam .

Got Cha !!

" Kosong ?! " hadui satu lagi masalah . Dan aku baru teringat yang pengetua pernah cakap dia akan rampas buku-buku yang berterabur kat taman ni .

" Takkanlah aku nak pergi dekat bilik pengetua semata-mata nak tanya pasal buku tu ? Apa yang pengetua akan cakap nanti ? " aku bercakap seorang diri .

Semasa aku sedang leka memikirkan cara lain untuk bertanya aku terperasan satu susuk figura sedang berdiri dihadapan tong sampah yang aku pergi tadi .

Aku terus menyorok dibelakang semak samun . Aku memerhati lelaki itu dari situ dan baru lah aku boleh nampak dengan jelas .

" Nerd ? " aku segera berjalan perlahan keluar dari semak samun mahu pergi ke kelas . Baru beberapa langkah berjalan .

Dia memanggil nama aku .

" Apa ?! "

" C-Cikgu c-cari awak " ujar Dia dengan nada tersekat-sekat . Aku mengangguk lalu segera berjalan ke kelas dengan sempoi aku terus duduk ditempat aku .

" Hah Kim Seohyun mana awak pergi hah ? Fikir ni sekolah Omma Appa awak ke ? Awak fikir saya dibayar gaji untuk ulang-ulang subject yang sama hanya untuk awak ?! " Ok Sir Jimin mula membebel .

" Diam lah , Sir !! " marah aku dan aku mendapat tatapan tajam dari dia . Eleh mata dah lah kecik ada hati nak pandang aku tajam pulak sekeh baru tahu .

" Keluar dari kelas saya sekarang !! " Sir Jimin mula bengang . Aku mengangkat tangan tanda mengalah lalu keluar dari kelas dengan muka cool .

Panas siel !!

Aku terus berjalan ke arah kantin untuk membeli minuman . Dan aku bertembung lagi dengan Nerd ni lagi . Tapi kalini dia tak tegur aku . Pandang aku pon 2 saat je pastu toleh tempat lain .

" Woi !! "

" Y-ye ? "

" Asal kau tak tegur aku ? "

[C]Nerdy Boy✔Where stories live. Discover now