INTRO

1.8K 37 0
                                    


aku berjalan menghampiri motorku untuk ambil sekotak rokok, sebatang rokok ku ambil kemudian pemetik api ku nyalakan dan bakar rokok yang berada di mulutku. aku memandang langit sambil termenung mengingatkan masa lalu, sudah 4 tahun aku masih lagi tak boleh move on.

Nur Aryanna Binti Ahmad Firdaus, seorang gadis yang pernah bertakhta dihati untuk seketika dan dialah orang pertama yang buat aku jatuh cinta.

FLASHBACK

Telefonku yang berada di atas meja ku ambil, nombor Anne ku dail namun tak di jawab. aku cuba untuk kali kedua tetap sama panggilanku tidak dijawab.

aku ambil kunci motorku yang kemas di atas meja dan keluar untuk ke rumah Anne. sampai didepan rumahnya aku tak sedap hati

"asalamualaikum anne!" jeritku dengan kuat namun rumahnya seperti kosong dan gelap macam tiada orang tapi aku cuba lagi
"asalamualaikum anne! mane awak ni! jangan buat saya macam ni please, jangan buat saya risau!" telefon di dalam poketku ambil nombor anne ku dail banyak kali.

sebuah kereta berhenti didepan rumah, ku pandang seorang perempuan yang sangat aku kenal keluar dari kereta itu. air mata perempuan ku jatuh, perempuan yang aku sayang selama 3 tahun curang dibelakang aku. anne memandangku dengan wajah yang sangat terkejut tanpa berkata apa apa aku terus berlalu ke motor, aku hidupkan enjin motor dan dengan sepantas kilat aku pergi tinggalkan dia.

aku duduk di taman berdekatan rumahku, hujan turun membasahiku air mata mengalir dengan deras aku biarkan. sakit. pedih. hancur. aku bagaikan terkena renjatan elektrik lepas tengok depan mata apa yang berlaku. kawan aku pernah bagitahu yang anne selalu balik tiap malam dengan seorang lelaki tapi aku tak percaya sebab aku tahu yang dia takkan buat aku macam ni namun aku silap.

aku sangat kecewa. 3 tahun dia tipu aku. aku pandang ke langit dengan mata tertutup. hujan berhenti turun enjin motorku hidupkan dan pulang ke rumah dengan keadaan yang sangat lemah. sampai je dirumah aku terus ke tandas untuk bersihkan diri kemudian aku pergi ke bilik dan baring di katil ku. telefon yang berdering menandakan ada panggilan masuk aku biarkan. mesti dia. telefon kuambil kemudian aku switch off telefon dan letak atas meja balik. mataku pejam dengan rapat.

"semoga esok aku dapat mulakan hidup baru" aku berkata dalam hati.

semoga aku dapat lupakan dia, semua tentang dia dan aku berharap ini semua takkan terjadi.

END FLASHBACK

Rokok yang sudah separuh dihisap aku buang, setelah beberapa jam aku termenung telefon yang ada dalam poket aku keluarkan. nombor al kudail.

"hello al, kau kat mana?"
"okay japgi aku sampai sana" selepas beberapa minit buat panggilan, kunci motor aku ambik kemudian motor enjin dihidupkan dan terus berlalu pergi tinggalkan tempat itu.

hey:D hope you like my story. sy budak baru dalam wattpad ni, byk idea dalam kepala otak sy but kadang kadang timbul kadang kadang tenggelam balik 😂 maaf lah sebab intro dia sikit sangat but sy dah buat yang terbaik, jangan lupa vote kalau best.

My Girl ✓Where stories live. Discover now