SUDAH puas Farra menghubungi telefon bimbit Zackie, tetapi masih belum dapat dihubungi.
Mungkin Zackie mematikan talian. seingat Farra, Zackie keluar setelah menerima pangilan dari Natasha dan saat itu Datin Aisyah hanya mengadu lemah badan.
Farra yang kebetulan cuti menjaga Datin Aisyah. Tetapi sehingga ke petang, keadaan Datin Aisyah semakin membimbangkan.
Datin Aisyah semakin lemah dan menghadapi kesukaran untuk bernafas sehingga terpaksa dibawa ke hospital.
DADA Zackie berdebar kencang melihat ramai orang dirumahnya.
Terdengar bacaan Yasiin memenuhi ruang. Apa yang berlaku?. Dia tertanya sendiri.
Melihat sekujur tubuh yang terbaring kaku berselimut, Zackie menangis di dalam hati. Mama ! Allah !
Bahunya ditepuk oleh seseorang, Kelihatan Datuk Azlan Papanya. Tenang sahaja wajah tua itu sikit pun tiada bereaksi.
Segalanya urusan pengebumian jenazah Datin Aisyah telah selesai, pulang dari tanah perkuburan Zackie masuk ke bilik Arwah mamanya, dia menangis sendirian.
Nasiblah Farra ada, Isterinya itulah mengurus segala-galanya. Zackie pula seakan berjalan di awang-awangan masih tidak mampu menerima hakikat kehilangan Wanita tersayang dalam hidupnya! Mamanya.
''Sabar Zackie, TUHAN lebih menyayangi mama''. Farra memujuk lembut.
Zackie menangis dalam pelukan Farra, berkali-kali kekesalan dilahirkan. Namun isterinya itu terus memujuk meredakan perasaan bersalahnya.
Seminggu Zackie tidak berkerja, panggilan Natasha juga tidak dilayan. Hidupnya dirasakan tidak beerti lagi, segalanya hambar. Kata-kata pujukan dari papanya juga tidak diendahkan, tinggallah Farra yang masih bertahan melayani karenahnya.
''Zackie... Makan sikit ya, dah berapa hari Zackie macam ni." lembut Farra merayu tetapi sikit pun tidak dihiraukan.
Rayuan yang tidak berputus asa menyebabkan Zackie naik angin. Dulang yang berisi makanan yang dipegang Farra dirampas dan dihempas ke lantai. Berderai pingan kaca dan gelas jatuh bertaburan disana sini.
"Astagfirullah al'azim, Astagfirullah al'azim.''
Kedengaran isterinya mengucap panjang, tapi tidak dihiraukan.
''Tak faham bahasa ke!!!!." tengking Zackie keras.
Farra membisu dalam diam, tunduk membersihkan kotoran yang bersepah di lantai.
Malas dia mahu melayan karenah suaminya yang sentiasa melepaskan geram pada dirinya. Menyalahkan diri sendiri atas apa yang berlaku.
Zackie melihat sahaja perlakuan Farra tanpa rasa simpati. Dia melihat tangan Farra terkena serpihan tajam dari pinggan yang pecah, tertoreh agak dalam.
Darah mengalir keluar tetapi isterinya itu tidak pula mengadu sakit terus mengutip saki-baki pecahan.
Tanpa sepatah kata Farra melangkah keluar. Zackie diserang rasa bersalah terus mengekori langkah Farra sehingga kedapur.
Setelah meletakan dulang yang berisi serpihan di sinki dapur disitu barulah Farra melepaskan rasa sebaknya, menangis teresak sendiri.
''Mama... Farra lemah mama, Farra tak sekuat yang mama sangka. Maafkan Farra mama... Maafkan Farra...." Rintihnya perlahan.
Terharu Zackie mendengar rintihan dan tangisan isterinya, lantas tubuh isterinya dipeluk erat dari belakang. Farra tersentak!.
''Farra... Zackie minta maaf.... I'm sorry dear."
YOU ARE READING
Mithali Cinta [C]
Romance''It's not funny Farra!!. you Keluar dengan siapa sampai tak Ingat kerja!!.'' ''You tak berhak tahu! And you tak berhak Nak cemburu pada I Boss!!.'' ''Apa Maksud you I tak berhak!! I berhak tahu Farra!!!! Don't forget, You Isteri I !!!.'' Sayangmu...