Part 42 🌹

44.5K 482 56
                                    

MALAM itu Farra terkejut menerima tetamu yang tidak di undang. Dengan melihat wajah Zackie yang pucat, rasanya tidak sampai hati pula untuk menghalau Zackie keluar.

Nasib sahaja malam ini Fazilah tiada di rumah kerana ada urusan di luar kota.

Zackie memandang tidak berkelip melihat Farra berpakaian tidur yang agak terdedah. Seksi!

Menyedari dirinya diperhatikan. Farra lantas melangkah ke bilik mencapai baju luar gaun tidurnya.

Farra sebenarnya ingin tidur awal malam ini kerana keletihan. Entah kenapa sejak mengandung ni dia cepat penat. Lonceng yang bertalu-talu menyebabkan dia tergopah-gapah melangkah tanpa sedar berpakaian seksi begitu.

Kembali ke ruang tamu kelihatan Zackie berbaring di sofa bermalasan. Melihat kelibat Farra. Senyuman terukir di bibirnya.

"Mana you tahu, I tinggal dekat sini!." ujar Farra.

"I ikut you hari tu and now i tahu lah you tinggal dekat sini..hmmm... You sangat cantik Farra.. Hmmmm.. Hubby rindukan sayang.." lembut sekali kata-kata Zackie.

Farra hanya berlagak tenang, walaupun senyuman Zackie begitu mengoda di matanya.

"Kenapa you datang malam-malam ni??!." soal Farra masih lagi hairan dengan kedatangan yang tidak diduga itu.

"I rasa pening.. I macam nak demam Farra.. Tak boleh ke you jaga I... I seorang diri aje dekat rumah..." sayu kedengaran suara Zackie.

"Kenapa tak pergi klinik, I bukannya doktor. I tak pandai nak ubatkan orang!." dijeling Zackie yang masih memandang ke arahnya.

Kelihatan kerutan di dahi Zackie. Mungkinkah Zackie terasa dengan kata-katanya?. Namun Farra masih berlagak selamba.

Zackie mengeluh kecil memandang Farra di hadapannya cuba meraih simpati.

"I bukan perlukan doktor Farra.. I need someone to take care of me..."

Zackie mula bangkit dari pembaringan dan bersandar pula pada sofa itu. Wajah Farra di renung penuh kasih. Ayu sungguh Farra malam itu, tanpa mekap dengan rambut yang di biar mengurai. Menawan!

"Please Zackie! go back. Luka I ni belum lagi sembuh!." ujar Farra.

Diluahkan kata-kata yang terbuku dihati. Walaupun hatinya juga sayu mendengar luahan kata-kata Zackie.

Memang Zackie masih suaminya, tetapi kasih sayangnya telah di bunuh oleh suaminya sendiri hanya dalam masa satu hari sahaja sedangkan kasih itu telah bertahun lamanya.

Zackie tersenyum. dia merenung jauh ke dalam mata Farra. Farra kelihatan agak gugup direnung begitu.

"I tahu I salah Farra.. tapi berilah I peluang. Peluang untuk tebus dosa I pada you. Cukuplah dengan hukuman yang I terima selama ini. Please.... Kita boleh bina balik kehidupan dulu Farra.. I janji I akan ubat luka you, I takkan mencurigai you lagi..." ujar Zackie perlahan.

Farra terdiam. Dia masih belum bersedia, bimbang hatinya di lukai lagi. Orang lain yang melukai hatinya tidak sesakit mana, tetapi Zackie orang yang dicintainya. Bukan kepalang lagi dalam lukanya.

"I belum bersedia..." itu saja yang mampu diucapkan Farra.

"Belum bersedia... Itu cuma alasan you Farra, tapi hati you? Hati I..?." balas Zackie.

Farra tersentak. Dia merenung Zackie tajam.

"Apa pun alasan I, you patut teriima! You tak ada hak untuk menyoal I kerana apa yang berlaku semuanya salah you! You yang buang I!!." agak tinggi nada suara Farra.

Mithali Cinta [C]Where stories live. Discover now